Surirumah Kena Ada Simpanan Sendiri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/surirumah-kena-ada-simpanan-sendiri/).

Assalamualaikum. Terima kasih jika siarkan konfesi saya buat kali kedua.

Terima kasih yang membaca konfesi saya yang pertama. Ramai yang beri kata2 positif , buatkan saya lagi bersemangat buat sales sebagai dropship sahaja.

Saya rasa terpanggil menulis konfesi kedua sebab ramai yang bertanya tips bisnes dropship.

Cara saya senang, kunci utama adalah:

Servis.

Disebabkan kita dropship sahaja, jadi kurang untung berbanding agent atau suplier, kita kena mantapkan servis kita. Itu yang membezakan kita.

Ramai orang suka makan mcd sebab best kan? Tapi ada yang lebih suka makan kat KFC walaupun mcd lagi best, sebab? Servis KFC sangat mantop. Macamtu jugak orang lagi suka beli dengan dropship macam kita berbanding agent lain sebab? Servis.

Jadi, pastikan bagi servis yang paling terbaik pada customer. Caranya?

Pertama,

Reply pm secepat mungkin. Jangan sia2kan peluang anda. Jangan tunggu lebih dari sejam balas pertanyaan customer. Ianya akan buatkan dia fikir anda tidak serius menjual.

Cara saya, kalau ada customer pm, saya transfer anak kat suami ketika suami ada, kalau suami tak ada, saya sepahkan mainan kegemaran depan dia, bagi diaa distract untuk saya layan customer. Tapi sambil chat customer, kena pantau jugak anak ya, pastikan tidak ada benda² berbahaya disekeliling.

Orang kata boleh sambil dukung sambil chat. Tapi saya tak boleh fokus. Hehe.

Kedua,

Sentiasa merendah diri dengan customer. Contoh, Walaupun customer anda golongan miskin dari anda. Tetaplah layan customer sperti raja.

Biasakan panggilan customer cik, puan, cikpuan. Saya tak recommend panggil sis, adik, kakak, awak. Tapi bergantung pada jenis customer, kalau yang jenis open dan ramah mungkin boleh. Dan sentiasa jaga bahasa jangan terlihat kasar.

Ketiga,

Mantapkan skill edit gambar dan video. Kalau zaman saya study u dulu nak edit gambar susah sangat. Kena pakai photoshop.

Sekarang semua hujung jari je, pakai apps sahaja hasil dia sangat mampu menarik pembeli.

Contoh, saya gemar edit gambar produk dan tulis kat ruang yang tersedia tawaran menarik seperti “postage harini” “2 hari boleh dapat” “wow” “stok terhad”, etc. Ia sangat² membantu upkan sales saya. Kunci dia kena rajin try n error. Antara apps yang saya recomend guna ialah snapseed, picsart, phonto.

Keempat,

Simpan database customer. Sangat rugi jika tak simpan maklumat yang pernah beli dengan kita. Save nama dan nombor telefon dia. Bila ada sales boleh whatsapp dia (dengan cara yang bukan mengganggu) atau update jualan di status fb, whatsapp, atau instagram, jadi automatik customer boleh nampak.

Ada banyak lagi sebenarnya tips tapi nanti jadi panjang pula konfesi ni. Itu Sahaja yang basic yang boleh saya kongsikan

Apa² pun, saya nak ucapkan terima kasih pada suami, sebab banyak menyokong dan membantu saya, sebab time saya layan customer, up produk, atau iklan apa² saya buat jauh² kat ruang kerja saya supaya saya boleh fokus, time tu lah suami tolong jagakan anak. Hehe.

Siapa kata jadi dropship tak mampu saving? Siapa kata surirumah tidak ada harta? Kita mampu berdiri lebih tinggi jika kita mahu dan konsisten berusaha.

– Orang biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *