Aduhai abah kenapalah abah garang sangat, sampai akak pun takut tau hahaha. Baiklah kali ini Tok nak bercerita tentang abah Tok. Beliau sangat terkenal dengan sifat garang nya. Dan walaupun umurnya sudah mencapai 70 tahun, garangnya masih valid dan Tok masih takut kepadanya. Tapi garangnya kali ini agak berbaza tidak macam ketika beliau muda-muda dulu.
Abah Tok ni orang Melaka. Macam biasalah orang Melaka ni terkenal dengan sifatnya yang dikatakan garang. Tapi garang abah Tok ni bukanya garang yang kuat maki. Tok panggil garang terhormat hahaha.
Kenapa garang terhormat sebab satu tiada makian. Kedua suaranya yang agak kasar dan besar. Ketiga marah dia berhikmah sampai menusuk ke jantung Tok dan adik-beradik yang lain. Wahahah. Tok selalu kecil hati dan merajuk dengan Abah Tok. Bila semua ini dicantumkan marahnya akan menghasilkan kesan yang positif kepada diri Tok. Pendek kata menjadi orang berguna akhirnya.
Abah dulu seorang pengurus ladang di Felda. Kini telah pencen hampir 15 tahun. Jadi kehidupan Tok boleh dikatakan nomad atas sebab sentiasa berpindah randah. Dari Negeri Sembilan ke Perak. Settle di Perak, kami terbang ke Sarawak. Mungkin disebabkan jawatan yang beliau pegang menjadikan beliau begitu. Abah Tok garang. Kalau dia kata perbuatan itu salah, memang salah. Dan beliau akan hanya bagi kata dua sahaja. Sampai pekerja beliau pun naik takut dengan beliau.
Kegarangan abah juga menyebabkan beliau sering sahaja diancam oleh orang yang pernah kena marah. Tapi abah gagahkan juga. Bukan apa abah cakap ini untuk kebaikan masing-masing bila kena marah. Pernah abah cerita kepada Tok. Pekerjanya dalam diam buat kerja jahat. Mana taknya hasil dari ladang dijual ke luar (pasaran gelap) kerana harganya yang lebih tinggi.
Satu hari abah pasang perangkap untuk kantoikan si polan. Yes, umpan mengena. Tak lama kemudian abah dapat khabar angin si polan nak memukul abah. Si polan sudah tunggu diladang getah. Dalam garang-garang beliau masih ada juga insan yang baik hati dan mengambil berat tentang abah. Insan ini ialah orang Jawa. Kata abah, orangnya bagus dan kuat bekerja. Keris sering sahaja dipinggang.
Kata orang Jawa tu, “Encik jangan takut saya dah bawa kawan-kawan dibelakang saya untuk back up encik”. Siap parang dengan keris kalau encik kena pukul kami ramai-ramai pukul si polan tu”.
Begitulah kot dialognya. Abah sudah tiba di ladang getah. Memang rutinnya untuk melihat dan memastikan ladang getah sentiasa dalam keadaan yang baik. Berita baik. Si polan itu tak muncul. Mungkin takut juga kot dengan kehadiran orang Jawa tu. Abah kata juga orang Jawa tu sangat garang dan lantang. Lagi hebat dari abah ahahaha. Jadi garang pun kena ancam yang tak garang pun apatah lagi.
Bila dirumah pula, Tok paling takut bila abah yang ajar mengaji. Biasanya, selepas maghrib abah akan pulang ke rumah dan mengajar kami adik beradik. Serius Tok cakap bila abah yang mengajar kami semua, kami sangat layu hahaha sebab abah garang dan mesti kena marah sebab asyik buat salah sahaja bila mengaji. Abah tak perlukan rotan untuk mengajar kami. Cukuplah dengan suaranya yang besar, Gulp.
Setelah siap bertudung dan bersongkok masing-masing kami adik beradik dah siap sedia dengan muqadam masing-masing. Dengar je range rover abah masuk parking, suasana yang hiruk piruk tadi kembali senyap. Boleh dengar bunyi selipar abah. Langkahnya perlahan tapi hentakanya padu. Jeng jeng jeng. “Abah otw weyh, move, move “ Macam ala-ala tentera gitu. Abah pun dah sampai di pintu dengan senyuman.
Masing-masing kalau boleh tak nak jadi nombor satu. Sebab biasanya pada awal-awal abah punya tenaga nak mengajar, jadi kemungkinan nak kena marah sangatlah tinggi hahaha. Tapi biasanya Tok lah orang pertama yang kena dulu. Bersiap sedialah. Tapi tak juga, kadang bila yang pertama teruk yang seterus pun akan kena juga. Sebab angin abah dah mula tak baikkkk. Ingat boleh terlepas!?
Kami paling seronok sekali bila abah ada kelas mengaji atau abah lambat sampai rumah dari solat maghrib. Sebab apa? Sebab mak atau angah yang akan ajar kami berempat. Hahaha. Time ni masing-masing macam monyet perangai. Suka nya bukan kepalang. Dengan mak boleh main-main. Apalah nak jadi kami pada ketika itu kan. Sekarang semua dah besar panjang. Mengaji sudah pandai. Sudah tahu mana panjang mana pendek. Sudah kenal huruf ali ba ta. Terima kasih abahku yang garang.
Bila dah besar, sekali sekala Tok turun ke bawah minta abah dengar bacaan Tok bukan apa mana tahu ada yang salah. Tapi kali ini sudah berbeza cara abah menegur. Sambil dia tegur dia senyum tak ada lagi garang dengan suara yang agak kasar. Mana salah dia ulang balik sampai bacaan Tok menjadi betul.
Ni Tok nak cerita pasal adik Tok, Cik Min. Hal mengaji juga. Di sebabkan Cik Min, Tok dan abang terpaksa duduk kat luar pada waktu malam. Begini ceritanya. Masa itu kami sudah berpindah di tempat yang baru tapi masih di dalam Negeri Sembilan. Dan abah juga sudah cari orang yang pandai mengajar kami mengaji. Waktu itu sudah selesai waktu magrib. Dan kami sudah lambat dan kalau boleh tak nak lambat. Sebab kami takut nak balik kalau lewat sangat.
Selalunya kami bertiga berjalan kaki untuk ke rumah Mak cik Mon. Tapi entah kenapa Cik Min berkeras nak naik basikal. Basikal kecil dia tu. Warna oren dan beroda. Alamak. Dah lah lambat lepas tu nak kita tunggu dia dengan basikal 4 roda tu. Aduhai. Tak ada makna Tok dan abang nak tunggu. Jadi, kami pun tinggalkan dia. Dan dia menangis teresak-esak sambil peluk mak. Haaaa. Di sini isunya bermula.
Habisnya mengaji kami pulang ke rumah. Perasaan gembira dapat balik awal bertukar menjadi pahit. Abah dah tunggu dekat depan pintu. Kami tak jangka apa-apa. Macam biasa sambil senyum-senyum kat abah. Tapi abah sikit tak senyum. Sampai sahaja pintu rumah kami kena marah. Beliau jerkah Tok dan abang. Terkejut kami tanpa tak jangka kenapa abah marah. Rupanya kes sebelum pergi mengaji tadi. Dia mengadu kat abah. Wahaha.
Dah kena tiau dengan abah semua, kami berdua terpaksa lah duduk kat luar. Dan panas sahaja bila melihat Cik Min tergelak seorang diri kat dalam rumah sambil tunjuk simbol padan muka kat kami. Siap lah kau Cik Min. Namun, paling kelakar sekali kami tak berpanjangan duduk diluar. Sebab, angah tiba-tiba balik ke rumah hahaha. Kerana angah, kami Berjaya masuk ke dalam rumah semula. Kalau tak, sampai ke subuh lah kami keluar ditemani hantu dan kelawar.
Bukan sahaja dalam hal mengaji, abah juga pandai berbahasa inggeris dan matematik. Tapi kalau boleh tak nak abah yang ajar. Hahaha sebab ending dia akan berakhir dengan air mata. hahaha. Abah garang sangat. Pernah sekali abah ajar pelajaran matematik bundar. Tok memang tak faham bila di sekolah. Memang fail bab bundar. Kerja sekolah rendah tak dapat nak buat.
Akhir sekali abah yang ajar, Puas dia ajar tapi masih juga tak faham. Menangis lah kat situ sambil beliau membebel pada Tok. Dah lah tak faham kena marah lagi ahahah. Tapi akhirnya Tok faham bila abah dah slow talk dan senyum-senyum sikit hahaha. Dan Tok lulus ujian bundar ketika itu. Terima kasih abah. Dan itu adalah kali pertama dan terakhir abah ajar Tok berkenaan dengan kerja sekolah hihihi.
Kegarangan abah juga buat kami jadi fobia. Bila dengar sahaja bunyi enjin range rover beliau dari jauh. Kami bertempiaran balik masuk kerumah. Itu terjadi bila kami leka bermain di luar rumah. Abah selalu pesan jangan duduk diluar rumah bila masa maghrib, nanti syaitan bertengek. Kami pun kalau nak main dekat luar tak boleh jauh-jauh. Cukuplah depan rumah. Lebih dari itu bahana lah hahahaha.
Pernah juga Tok kena marah sebab main kat sungai. Abah Nampak je Tok, kat situ juga dia jerit “Pergi balik rumah” Berdesup Tok balik rumah sampai tertinggal selipar Tok. Aduhai abah. Garangnya kamu. Mana tak marahnya, Tok pergi sungai seorang diri semata-mata nak tangkap ikan dan nak tengok air. Itu sahaja. Memang mendapatlah.
Sekarang abah masih garang. Garangnya kali ini lain macam. Bawa kereta kena marah. Ambil barang lambat pun kena marah. Salah dengar pun kena marah. Hahaha. Sampai Tok rasa nak putus asa. Tapi kerana dia abah kita dan sudah berumur Tok kena bagi 200% untuk sabar.
Tapi kadang Tok merajuk juga dengan abah. Sampai tak bercakap. Tapi sampai bila Tok nak macam itu. Itulah lelaki yang telah bagi bermacam-macam pengorbanan kepada Tok. Macam mana pun dia pada kita, Tok tetap kena hormat dan tak boleh melangkaui batas.
Pernah Tok tanya pada mak. Abah ni dari muda memang garang ke? Mak cakap tak. Beliau jadi garang lepas mak beranakan kami semua hahaha. Nampaknya, kehadiran kami sangat menguji personaliti beliau. Ampunkan kami abah. Saya sebagai anak nak mengucapkan terima kasih atas segalanya. Kerana abah kami jadi manusia yang berguna.
Baiklah, itu sahaja. Terima kasih.
– Tok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit