Kenapa Tak Beri Peluang?

Assalamualaikum semua. Aku Akasia (bukan nama sebenar), berumur awal 40 an, wanita bujang, bekerjaya sebagai pegawai kanan kerajaan. Kalau artikel ini disiarkan oleh admin, terima kasih daun keladi.

Long story short, aku berkenalan dengan seorang jejaka sebaya, B, yang masih bujang, di tempat kerjaku. Orangnya segak, tak berapa kacak tetapi manis orangnya. Tak berapa mesra alam, tetapi kadangkala peramah juga. Menjaga solat, bijak, dan rajin.

Kami berkenalan melalui seorang rakan sejawat. Rakan tersebut bercerita kepadaku tentang B, dan bertanya jika aku bersetuju untuk berkenalan. Aku pada mulanya ragu-ragu kerana melihat karakter B yang tidak berapa bercampur dengan orang. Tapi aku terimalah juga memandangkan diri ini dah lama single.

Kawan punya kawan, dah hampir 4 tahun. Sepanjang berkawan, kami hanya berhubung melalui WhatsApp, hanya pernah 4 kali call, beberapa kali makan bersama di cafe pejabat. Tak pernah keluar bersama. Beberapa kerja bersama sebab ada urusan yang memerlukan kami bekerja bersama.

Aku pernah tanya kepadanya, sama ada dia telah mempunyai pasangan atau belum, tetapi jawapannya no komen. Aku cakap padanya, aku akan undur diri jika dia telah mempunyai pasangan. Dia hanya menukar topik.

Aku tak pernah confess yang aku sukakan dia. Aku confess pada Allah sahaja. Tapi, baru-baru ini, ada yang bertanya kepadanya tentang perasaannya terhadapku. Jawapannya, hanya teman sekerja. Tak boleh lebih dari itu. Memang tak boleh. Dia cuma anggap aku kawan rapat di tempat kerja. Luar dari tempat kerja, takde apa-apa.

Entahlah. Kenapa tidak beri peluang? Dah berkawan lama, apalah salahnya beri peluang, cuba dulu. Pada umur sekarang ni, semua benda boleh dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Mungkin takut jadi isu, atau takut hilang profesionalisme.

Entahlah. Aku mengaku ada rasa kecewa dan heartbroken. Tapi pada umur 40 an begini, tiada gunanya memberi respon yang buruk. Aku diamkan saja. Buat macam biasa. Kawan macam biasa. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan masing-masing happy.

Dia masih okay dengan aku. Bekerja denganku seperti biasa, masih mesra, masih contact. Aku layan seperti biasa. Tak apalah. Aku serah pada Allah. Kalau jodoh, tak ke mana kan? Hati manusia ni boleh berubah. Takdir pun boleh berubah.

Buat masa ini aku mahu utamakan ibadat, ilmu, dan mengumpul harta. Aku bersyukur dah ada semuanya, kecuali suami dan anak saja. Tak apalah. Adalah nanti tu. Aku akan terus berdoa kepada Yang Maha Esa.

Pesananku kepada semua wanita dan gadis yang membaca ini, always be cool in whatever situation with men. Some people will expect you to react. But if you be cool, mereka akan pandang kita dengan cara berbeza. Lebih hormat, lebih kagum.

Maaflah dengan confession mengarut ini tapi harapnya ada beri pengajaran kepada sesiapa saja, walau seorang.

– Akasia Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *