Bawa Anak Ke Surau

Asalamualaikum semua. Ye aku tahu, bagus terapkan budaya bawa anak anak pergi ke majlis ilmu walaupun masih kecil, ye aku tahu.

Tapi mak ayah pun, bagi aku kalau nak bawak anak anak ke surau atau masjid, sila didik dari rumah, apa boleh dan apa tak boleh, bukannya dekat public baru nak nasihat panjang lebar, memang tak menjadi lah cite dia.. Didikan bermula dari rumah.

Dekat kampung aku, setiap jumaat ada kuliah, dan mak mak mesti bawa anak, why not kan?

Kalau yang bising sikit sikit, merengek sikit tak kisah, fitrah budak budak, yang buat aku panasnya budak nie dah umur 3 tahun, lelaki, keluar masuk surau tak pakai selipar, kau rase, termenung makcik makcik yang mop lantai tu tadi..

Masa ustaz bercakap dia berlari lari di belakang okey, tak de masalah pun, tapi tiba tiba menjerit bising, mak dia? Biar je, mak cik makcik dah jeling baru acah acah marah (orang marah betul dan acah acah beza okey).

Bukan dia sorang je budak dekat situ, tapi ada lagi, budak umur 2 tahun pun ada, baby pun ada, ada tu anak dia buas juga bisng, 2 kali tegur anak dia tak makan saman terus dia ambil anak, balik..

Dia kata, ‘tak boleh lah macam nie, nak didik anak pergi surau jadi kacau orang, tengok tahun depan lah bila dah besar sikit’ nampak tak beza?

Budak budak yang sebaya dengan dia yang lain, mak mak umpan bagi susu, bawa mainan, dan macam macam lah.. Jadi behave je, walaupun ada lah bising sikit tapi tak macam budak tu..

Lepas tu, lepas kuliah ada makan makan, yang si mak nie cerdik, dah anak tu umur 3 tahun, letak lah makanan yang sepadan dengan umur dia, tak cukup tambah, nie tak…

Letak macam orang dewasa nak makan, lepas tu anak pun main makanan atas lantai.. Membazir..

Kadang tu, ada makcik tu bawa makanan untuk anak dia, tapi si budak kecik nie pulak, mengamuk nak juga gula gula tu, makcik tu pun bagi lah dalam 1,2 macam tu.. Tapi dia mengamuk tak cukup..

Last last makcik tu begang, makcik tu ambik semua gula gula tu bagi dia sorang..

Mak dia? Macam biasa lah acah je lebih.

Sudahnya hari nie, sekali lagi dia bising, mak aku umpan, nah keropok, tapi janji dulu jangan bising, janji? Dia angguk, haa kau lepas tu behave pula peragai dia.. Mak dia, hahaha macam tu lah.

Jadi aku nak cakap, tak salah bawa anak pergi majlis ilmu, bahkan bagus, tapi tolong didik dari rumah apa boleh apa tak boleh, adab macam mana, bukan nya masa kau dah duduk dalam tu baru nak tegur, tak lut bro..

Jangan guna ayat, ‘kecik lagi, besar nanti pandailah budak budak’.

Dah tu kalau tak marah dari kecik, macam mana nak elok bila besar.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *