Assalamualikum WBT. Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca IIUM Confession yang sudi untuk klik dan baca tulisan aku yang tidak seberapa ini.
Dan tak dilupakan juga, kepada para admin yang sudi untuk approve dan siarkan tulisan aku ini kepada semua lapisan masyarakat majmuk khususnya di Malaysia.
Aku tak sangka page IIUM Confesion ni bukan sahaja banyak dibaca oleh orang Malaysia sahaja tetapi oleh orang luar juga. Yelah, baru-baru ini kan ada seorang American yang tulis confession tentang Linkin Park dan hantarkan kepada pihak IIUM Confession.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/how-both-linkin-park-and-chester-bennington-gave-an-inspiration-to-me/).
Jujurnya aku pun minat juga Linkin Park ini tapi tak adalah sampai tahap hardcore punya fans. Hanya fans yang biasa-biasa sahaja. Dengar lagu LP hanya sekadar halwa telinga sementara darah masih muda.
For the Linkin Park’s confessor, I would like to say, kudos for having the courage and urge to post your confessions here in IIUM Confession and I hope you will have a very great and wonderful journey in your life start from today until forever.
I really enjoy reading your thoughts on Linkin Park and Chester. Just believe that there are many people that you don’t even know around you that always pray and hope for the best for you. Just chin up and keep smilin’ even the you know a really big storm is coming ahead.
Baiklah, berbalik kepada tujuan asal aku tulis untuk hari ini adalah untuk ajak kalian semua untuk kita sama-sama keluarkan kita punya senjata. Yes, senjata.
Aku yakin, setiap hari korang mesti guna senjata ini mungkin dengan adanya senjata ini kehidupan korang dimudahkan serta diselamatkan dari segala marabahaya yang bakal mengancam hidup korang dan keluarga.
Aku tahu para pembaca sekalian adalah dari golongan bijak pandai dan mesti sudah dapat agak apa senjata yang aku nak maksudkan ini. Ya, benar sekali, senjata yang aku maksudkan ini adalah DOA.
Di sini, aku tak mahu cerita panjang tentang fadhilat doa ataupun cara berdoa yang berkesan et cetera sebab aku tahu kita semua mesti sudah sedia maklum tentang prosedur untuk berdoa ini dan nak berdoa ini memang mudah dan tidak susah pun.
Even sekarang ini pun kita boleh letak phone kita buat seketika dan berdoa. Tanpa menadah tangan pun tidak apa. Berdoa dalam hati pun sudah memadai. Masha Allah, memang sungguh istimewa senjata mukmin ini kan?
Aku tahu, kalian ada masalah yang lagi dekat dan mungkin lebih utama untuk korang doakan. Lebih-lebih lagi sekarang ini kan musim final exam dan semua orang sedang sibuk menalaah pelajaran. Aku pun sama juga, tapi entah kenapa Allah jentik hati aku untuk merayu doa dari kalian dari belajar untuk final exam.
Mungkin sebab aku rasa, perkara ini lebih utama dan penting berbanding final exam aku. (Tapi, kepada yang sudi untuk doakan semoga Allah mudahkan aku jawab dan faham pelajaran yang aku belajar selama ini untuk final exam minggu depan juga digalakkan…) Itu mungkin lebih signifikan kepada pelajar la.
Mungkin kepada kalian yang sudah dewasa mungkin sekarang ini, korang tengah alami kesempitan kewangan, masalah rumah tangga, masalah kerja dan segala jenis cabaran yang mungkin Allah pilih untuk kita hadapi.
Ya, anda semua hamba Allah yang ‘qowiy’ dan sudah semestinya kita semua dapat harungi cabaran ini bersama. Malaysia kan boleh! (semalam kan dah menang bola, Tahniah kepada brother Safawi)
Okay, cukup-cukuplah dengan selingan yang entah apa-apa tersebut. Berbalik lagi kepada topik, sebenarnya aku baru sahaja terlihat satu video tentang seorang Pak Arab yang pergi ke China dan melawat satu Kawasan di China yang diberi nama ‘Xinjiang’.
Tak silap aku, maksud ‘Xinjiang’ itu sendiri wilayah baru atau Kawasan baru. Aku harap kalian memang sedia maklumlah dengan apa yang sedang menimpa saudara muslim kita di Xinjiang. Ya tentang penyiksaan etnik Uighur (wuu-ghurr).
Aku dimaklumkan yang saudara kita ini ditembatkan dalam satu kem yang diberi nama ‘reeducation camp’ dimana mereka ini kononnya ditempatkan disitu untuk belajar Bahasa Mandarin dan belajar apa yang kerajaan China hendak mereka praktikkan dalam kehidupan mereka mungkin.
Sedar atau tak perkara ini bukannya berlaku pada tahun 2019 malah beberapa tahun yang lepas. Aku rasa ini mungkin isu penghapusan etnik yang suatu ketika daulu pernah berlaku di German.
Tapi itu kisah puluhan tahun yang lepas tapi ini perkara yang berlaku pada tahun 2019! Tahun dimana semua orang dimomokkan berada pada ambang globalisasi dan kepesatan teknologi serta maklumat semuanya di luar jangkauan dapat diakses di hujung jari.
Tapi apakan daya, isu etnik Uighur yang dah berlaku beberapa tahun yang lepas baru sahaja mendapat perhatian tahun ini.
Aku tulis ini bukan untuk buat rusuhan atau apa tapi aku cuma nak minta bantuan kalian untuk keluarkan senjata kalian buat sahabat-sahabat kita disana. Mungkin Allah dengar doa kecil para pembaca yang baca tulisan aku buat hari ini.
Tapi aku harap kalian boleh doakan bukan buat saudara kita di Xinjiang sahaja tapi di Palestin, Rohighya, dan Syria.
Kalian tahu, saudara kita di nun jauh di Xinjiang sana, mereka diharamkan untuk berpuasa dan malahan mereka juga tidak dibenarkan untuk pakai skirt labuh apatah lagi hijab. Ucapan ‘assalamualikum’ juga dijawab ‘walaikumsalam’ dengan penuh ketakutan tapi masih dijawab.
Masjid -masjid disita, malah dipaksa untuk menari dikelilingnya untuk menghiburkan pengunjung yang datang. Segala praktik cara hidup islam yang luhur dalam diri dikikis secara paksa.
Syukur kepada Allah, kami disini masih lagi mampu untuk melakukan ibadah kepadamu tanpa halangan dari siapa-siapa.
Aku harap, kalian boleh doakan buat semua saudara muslim kita di sana, mungkin qunut nazilah boleh dibaca khas buat mereka dalam solat subuh kita.
Moga Allah dengar dan terima doa kita. Mungkin seksaan mereka tidak akan berhenti sekelip mata sebaik sahaja kita sudah berdoa. Mungkin disebabkan doa kecil yang kita titip tersebut, Allah selamatkan mungkin salah seorang mereka yang diancam nyawanya disana.
(P/s: aku harap mungkin ada satu confession yang lebih terperinci tentang apa yang berlaku di Xinjiang oleh mereka yang lebih arif dan tahu dengan lebih mendalam tentang isu global ini. Ayuh sama-sama kita enlighten mereka yang tidak tahu tentang perkara ini. Ya jangan malu jangan segan!)
– Khalifah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit