Job Hunting Scam

Assalamualaikum, sebenarnya aku dah lama tak tulis confession. Sebelum ni aku salah seorang pembaca setia IIUM Confession. Mungkin sebab aku busy dengan hal dunia nyata jadi aku dah kurang di media sosial. Apa yang aku nak luah ni aku harap jadikan pengajaran terutama sekali untuk fresh grad yang tengah busy hunting kerja tu.

Ok sebagai permulaan cerita. Aku lepasan sarjana, aku baru ja habis study dalam bulan October hari tu, konvo pun belum tapi aku ni jenis yang tak suka sangat nak buang masa dkt rumah, jadi aku hunting lah kerja merata rata website jobstreet, linkedin, indeed, maukerja dan lain-lain lagi aku apply.

Alhamdulillah banyak jugak iv aku dapat, mcm2 jawatan tapi ada yang aku terpaksa tolak iv sebab jauh daripada rumah aku, kiraan traffic berapa jam perjalanan dan so on sebab aku baru berkahwin dan kalau boleh aku nak lah even aku kerja, life aku masih balance, aku tak nak lah keluar gelap, balik rumah pun gelap.

Satu hari aku ada apply melalui mudah. Jawatan junior executive. Gaji pun padu lah jugak bagi aku RM 2000 – RM 2500 dia offer. Aku send application dan seminggu lepas tu dia panggil iv. Company ni company property dan aku in charge bahagian account department. Lepas dah iv apa semua tu seminggu lepas tu aku dapat kerja tu.

Memang bersyukur habis lah dapat situ sebab dekat dengan rumah, jammed pun tak, tol pun tak da, makanan pun murah area situ untuk lunch cuma parking je lah mahal RM 1.00 per hour. Dan company aku tak ada sewaan atau subscribe monthly ka apa, kalau nak kena urus sendiri ja. Tapi aku terima je lah sebab setiap benda yang pro tu mesti ada contra.

Aku lupa nak bagi tahu sebenarnya tarikh aku letak boleh start kerja tu awal Nov, tapi kekosongan nak pakai tu sebenarnya bulan 1. Jadi dia call aku dia cakap memang nak ambil aku sangat2 dan dia risik2 jugak kalau aku ada apply tempat lain. Aku cakap tak da pun sebab aku ni jenis tunggu satu-satu. Let say tak dapat aku baru proceed lain pulak. Dah dia cakap nak sangat aku kerja situ tapi tak available untuk tarikh aku start tu.

Aku pun macam cakap lah boleh ke kalau aku nak intern atau jadi trainee dekat situ bagi aku mahir lah jugak selok belok company tu at least. Pastu dia tanya aku berapa aku expect untuk gaji trainee tu, lepas tu dia cakap selalu budak-budak intern dia, dia bayar 600. Aku macam nego-nego dengan dia, aku mintak 1000. Aku pun fikir alah dua bulan je gaji 1000 tu then back to asal as aku expected.

Aku pun mula kerja, dekat department aku, ada 3 orang include aku. Lepas tu hari first aku kerja, aku dapat tahu yang salah sorg budak acc department aku kena terminate sebab si kak HR tu cakap dia memang mintak kerja sebagai temporary until company jumpa oanrg permanent (which is aku).

So aku pun macam tak pe lah lagi kan, aku dengar je lah. Aku kan budak baru mesti lah set set baik awal2 lagi. Aku pun mcm tak bercampur sgt lagi sebab busy buat kerja admin dengan HR hari tu. Yang kelakar aku duduk meja reception hari pertama tu tapi aku igt ok je lah kowt untuk hari tu je aku rasa.

Hari kedua aku lunch dengan budak acc yang kena terminate tu memandangkan kami berdua ja perempuan tapi aku mcm tak da lah cerita apa pun kata aku tahu dia kena terminate sebab aku dah masuk, dan dia pun tak cerita apa-apa pun.

Until tetiba ada satu staff ni, dia datang dekat aku, memang tetiba sangat dia datang lepas tu marah dekat aku complain cakap gaji tak masuk lagi apa semua. Lepas tu aku pun tak cakap apa, aku banyak dengar je. Aku cuma cakap nanti masuk lah tu kowt sambil buat kerja aku ja. Hari kedua tu aku buat kerja under senior account aku, aku cuma kena edit table excel yang dia buat ja sebab boss tak puas hati report dia dengan appendix dia. Jadi aku betulkan je lah table tu dan report tu.

Ada 3 kerja boss suruh aku settlekan, benda yang sama, edit table. Aku pun mula lah buat kerja dengan sehabis baik. Cuba implement lah konon apa yang dah belajar sangat dulu. Alih2 dia complain cakap aku buat tak kena. Dia nak macam lain. Korang paham tak dia nak report, summary report tapi macam karangan. Dia nak ada analysis, ada hypothesis, ada conclusion. Alah macam kau buat experiment amali dekat sekolah tu.

Ok jadi aku pun buat macam mana dia nak. Alih-alih dia cakap apa yang aku buat ni, dia cakap dia tak suruh pun aku buat macam tu pun. Aku pun dah macam pelik dah, dah tu boss nak macam mana tapi aku ni jenis diam, aku ikut ja dia suruh betulkan apa. Memang report aku tu conteng2 habis, dan tulisan dia sumpah buruk aku tak faham dia tulis apa. Macam mana aku tulis thesis dulu supervisor aku betulkan draft aku, macam tu jugak boss aku betulkan cuma lebih banyak conteng dia berbanding thesis aku.

Dan sejujurnya sekali briefing dia tu boleh makan masa 3 jam semata-mata sebab table excel dan ada lagi benda-benda tak kaitan. Jadi aku tadah je telinga aku dengar. Lepas aku betulkan pun ada lagi yang salah dan aku tetap kena buat table excel tu seminggu. Aku betulkan tu ja. Kira seminggu aku betulkan table tu sahaja kerja aku.

Tu part pertama, part kedua pulak, setiap kali semua staff nak submit apa-apa kerja yang dia dah bagi. Kitaorg kena buat system form. System form ni, company dia ja yang ada, dia ja yang buat selama aku kerja company lain sebelum ni. The reason kenapa dia buat system tu sebenarnya bagi memudahkan dia untuk rujuk sebab staff dah ramai lari dari dia jadi in case staff lari dia boleh trace lah mana certain-certain file tapi yang tak best nya bila kerja tu in between.

Maksudnya aku dapat kerja tu daripada kerja orang lain, jadi orang yang asal lah tahu flow dari mula sampai habis, jadi dia expect aku buat tu jugak walaupun aku start dekat tengah kerja. Sampai benda 10 tahun lepas dia suruh cari balik untuk nak claim sebab company financial agak kritikal.

Sebenarnya budak acc tu kena terminate sebab company dah tak mampu nak bayar gaji dia. Plus aku kan murah sebab mintak seribu. Jadi aku dapat baca sebenarnya aku ni dah di ambil kesempatan dengan kata kata janji manis.

To be honest aku nak kerja elok-elok. Kadang aku nak tolong bangsa aku, tapi bangsa sendiri yang buat dekat bangsa sendiri. Kira kebajikan staff benda terakhir dia count. Dan department kitaorg selalu kena push sebab mostly kitaorg urus hal personal stuff instead of office. Pernah sekali datang office black out sebab bos tak bayar bil, dia bayar bil rumah dia dulu sampai 4k. Aku tak pasti dia duduk rumah ke iCity.

Then banyak janji manis lagi, seorang senior acc aku, dia accident, si kak HR tu cakap company bayar MC until 2 month. Padahal habuk pun tak bayar dan KWSP pun dah 3 bulan tak bayar dekat semua staff. Aku pun mcm tak suka vibes situ. Aku cuba untuk tak memilih kerja tapi kadang-kadang aku rasa kesian graduan zaman sekarang bila ekonomi gawat kita nak kerja, tapi ada company ambil kesempatan.

To be honest aku cadang hati-hati lah job hunting terutama sekali kalau company tu tak ada official website atau cuma iklankan jawatan di tempat yang free sebab kadang-kadang position nya gah tapi sebenarnya kau di hire buat benda lain. Aku so far patah hati jugak kena scam tapi tak pa lah aku dah dapat iv tempat lain dan aku harap doakan aku lah supaya dapat kerja yang setimpal.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *