Straight A Tapi Tak Sambung Belajar

Hi semua. Ni bukan confession, tapi soalan je.

Sempena musim keputusan SPM keluar ni kan. Nak tanya, ada tak dalam kalangan kawan, atau mungkin saudara mara korang yang dapat straight A,

Result memang cantik tambah tambah lagi aliran sains tulen yang tak sambung belajar di mana mana tempat?

Sebab ada jiran aku dapat straight A tapi dia kata dia macam takde passion nak belajar untuk degree/ diploma/ kemahiran lagi, macam dah takde semangat.

Dia macam letih asyik belajar belajar belajar je. Dia memang akan buat “the best at the current situation”.

Macam SPM, dia tak boleh nak elak, so dia memang study gila gila supaya dapat buat the best.

BTW dia ada bisnes kecil kecilan sejak sekolah, memang orangnya berkemahiran tak setara dengan usia. Kiranya memang sangat stable lah untuk dia sara diri atau berkeluarga nanti.

Bisnes dia pun dia buat lain dari orang lain, kiranya dia memang nak jadi the best macamtu lah.

Soal belajar, dia kata dia nak ambik macam short course/class yang pendek je yang berkenaan bisnes yang dia tengah buat, hanya untuk tambah tambah ilmu je. Dia nak cari guru je, bukan nak tambah pendidikan secara formal.

Jiran aku minta tanyakan. So far aku tengok bisnes dia makin maju dan dia pun happy je hari hari.

Mungkin dia tiba-tiba minta pendapat aku sebab dia insecure kot kawan kawan dia semua dah nak habis diploma, ada yang enrolled medschool apa semua.

Result dia memang top meletup, takde A-. 6A+ dengan 3A solid, kalau ikutkan memang result yang orang pakai untuk masuk medic, belajar oversea.

Apa pandangan korang?

– Puan Nicki Minajiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. dah minat dia buat bizz biarlah yg ko sibuk nk atur hidup dia da kenapa?? result ko berapa pulak? xde A? pttla bebal.

    • ko tu pahal, dia tnye la pendapat, bkn nk atur dia ko tu x baca abes, dh bia dia la nk dpt brp A ke xde A ke, ko tu pulak judge, sabuk ade org mcm ko ni

    • Kesian kau kak. Kau cakap kat dia bebal. Tapi kebebalan tu kelihatannya lebih berpihak kepada kau. Kau baca betul-betul tak? Jirannya tu yg minta pendapat dia. Minta dia tanya-tanyakan pada orang. Over reacted kau ni kak.

  2. Tanya dia balik, tujuan dia dulu xnak sambung belajar sebab apa? sbb nak buat bisnes kan? so teruskan bisnes tu. pastu kalau nak ilmu, amiklah diploma pengurusan bisnes xpun yg related dgn bisnes

  3. Saya termasuk dlm golongan yg percaya sambung belajar tu merugikan. Saya sendiri rasa rugi sambung belajar dulu. Kalau utk course engineering dan perubatan, itu boleh diterima. Tapi course pengurusan perniagaan etc, membazir masa..

    Zaman berlalu terlalu cepat. Pengetahuan blh dapat dari hands-on lagi banyak berbanding pengalaman dari kuliah. Tambahan subjek mcm TITAS, Tamadun Islam, tu pointless dan blh dapat dari internet sahaja.. Pegangan saya skrg, kita tak perlu tahu semua benda utk berjaya. Cukup jadi resourceful dan tau mana nak dapatkn sesuatu tu.

  4. Seboleh-bolehnya sambunglah belajar, paling kurang, hingga ada degree. Perkara yang penting di sini bukan setakat menimba ilmu demi menggenggam ijazah, tetapi ruang dan peluang yang ada sepanjang proses pembelajaran dan selepas menamatkan pengajian. Universiti ialah tempat berhimpunnya ramai bijak pandai yang mungkin membantu penyelidikan untuk memantapkan produk, dan melonjakkan bisness yang dibina kini. Apabila dia berstatus siswazah, lebih mudah dia mendaki untuk merealisasikan kejayaannya.

  5. Kalau ada pengalaman boleh buat diploma professional. Lebih praktikal dari buat diploma biasa. Go dik, jalan kita xsemestinya sama dgn orng lain tapi xrugi improved diri dgn ilmu

  6. Ade je yg pandai tp xnk belajar lg. Belajar lg tp semata² nk ikut ckp or pandangan org pun bkn elok. Belajar tp tak minat, nak buat apa? Dah passion dia kat business. Dtg la 21A sekalipun. Kalau dia x minat nk teruskan takyah la paksa. Buang masa nk buat apa pun. To tell u, ni zaman ijazah terbaik dtg dari jalanan. Pengalaman hidup lg penting dr huruf² atas kertas tu.

  7. Semua bergantung kepada niat. Kalau niat belajar semata2 nak kut org, baik tak payah. Jadi macam Khairul Aming, boleh je berjaya dlm bisnes. Kalau boleh diputar masa pun akak nak belajar kemahiran. Buka bisnes kecil2. Kerja makan gaji ni takde freedom. Jiwa tak tenang. Akhirnya tak ke mana juga

    • Hanya Cerita Rekaan Semata mata
      Tiada Lagi manusia yg berhempas pulas dlm peperiksaan ,Cemerlang dlm keputusan tiba tiba berhenti belajar ,tidak menyambung,
      Dia tiada keluargakah yg memberi nasihat,
      Cerita yg negatif, menggalakkan remaja berhenti belajar.

  8. Sambung lah belajar. Ambillah kursus yang berkaitan dengan bisnes yang sedang dibuat atau kursus perniagaan atau perakaunan dan sebagainya. Tak sama orang berilmu dengan tak berilmu walaupun pengalaman itu pun ilmu. Sambil belajar pun masih boleh teruskan dengan apa yang sedang dibuat. Betulkan niat menuntut ilmu kerana Allah. Ia satu tuntutan dalam agama walaupun bukan bidang agama asalkan bukan ilmu salah. Bukan kerana takut orang mengata, tapi untuk kebaikan diri, keluarga, agama dan negara. Takkanlah menuntut ilmu tu satu yang sia-sia.

  9. Kalau hendak belajar carilah guru kalau nak berniaga pun carilah guru. Biasanya seseorang yang berjaya dalam hidup adalah kerana pengalaman dalam hidup maksudnya dalam bekerja termasuk buat bisnes dan jika nak lebih berjaya jadikan Allah sebagai rakan bisnes kalian. Rujuklah Ir Solah. Bagaimana cara dia menjadikan Allah sebagai rakan bisnesnya. Maaf jika ada yang tersinggung🙏😊

  10. Hhmmm..oklah tu…adk tu result mantap…ada bizzz lg…dy owner…dylh kuli…bizz pun lain dr lain..so dy fikir longterm tu…jgn pndg sblh mata…better nk study pun dy ada target…at my suggestion…carry on bizz..lani sapa bijak dy berjaya….lani jd doc pun pyh…tiada rest…stresss…

  11. Hebatnya results SPM dia
    Alhamdulillah spm tahun ni sangat puas hati saya dapat 8A+4A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *