Assalamualaikum. First of all, saya rindu sangat dengan iiumc ni. Dah lama tak baca cerita-cerita kat sini. Dulu memang pembaca tegar. Entah macam mana loss contact sekarang dah terjumpa balik :)
Okay, saya straight to the point ya. Bila saya baca tajuk-tajuk kat sini, banyak juga cerita yang masih dalam circle yang sama, mental illness, depression, anxiety etc. Mesti korang rasa macam, okay fine, she’s another person yang nak share pengalaman.
Betul. Tapi bukan je nak share pengalaman, saya akan sharekan jugak ‘cara mudah’ saya sembuh dengan penyakit ni. And yang paling penting, moral of the story atas apa yang berlaku dalam hidup ‘kita’ yang sama-sama terjebak dalam situasi ni.
And the story started..
Aku semasa kanak-kanak dan di alam persekolahan adalah orang yang paling beruntung sekali. Kadang-kadang aku terfikir sejenak semua yang aku miliki waktu tu, dan aku sangat-sangat bersyukur atas segala kurniaan Allah terhadap aku. Especially, dari segi kepandaian.
Untuk score waktu sekolah, bukan satu masalah untuk aku. Aku ada memori yang bagus. Tapi, dengan kelebihan ni, rupanya aku sedang diuji dalam kesenangan. Aku lupa Allah. Aku abaikan Allah. Aku tinggalkan suruhan Allah.
Aku sangat lalai dengan perintah Allah. Aku solat kadang-kadang. Kadang nak dapatkan 3 waktu solat sehari pun dah kira pencapaian besar dalam hidup aku. Tahu tak kenapa aku tak jaga solat?
Okay first, mungkin didikan ibubapa, yang tak beratkan soal ni dari kecik lagi. So, lesson learn. Second, aku dapat apa yang aku nak. Ayah terlalu menekankan soal akademik ke atas aku, sebab dia nampak potensi dalam diri aku.
Bila aku dapat result yang bagus, aku rasa aku tak perlu bersusah payah untuk solat lagi. Time tu, bila aku tengok orang yang jaga solat, berpakaian longgar bertudung labuh menutup aurat, aku respect kat diorang tapi aku rasa aku tak perlu bersusah payah macam diorang untuk berjaya.
Aku terus ‘dilimpahi’ dengan kejayaan dan aku mampu maintain dengan result yang baik mungkin sebab aku hanya bersekolah di luar bandar. Aku teruskan hidup dengan sentiasa mempertahankan ‘nombor 1’ (struggle juga) dan masih culas dengan solat.
Tapi, lama-kelamaan, keadaan menjadi makin sukar dan payah. Aku give up dengan aliran ‘science stream’. Dulu bolehla aku skor sebab kertas sains cuma satu tapi masa SPM aku tersungkur dengan variasi gred dalam result aku.
Bermulalah ‘sakit’ aku. Iman tak kuat nak hadap. Aku dapat result, mak aku boleh terima sebab dia bukan jenis push anak. Tapi ayah aku, tak. Aku sampai rumah aku tunggu dia balik untuk inform result aku, bila dia balik, aku dah bersedia nak bagitau. Tapi yang berlaku sebaliknya bila dia berpaling dari muka aku dan terus masuk bilik tanpa sepatah kata.
Fuhh sakitnya tuh disini aku cakap. Memang scene tu aku ingat sampai sekarang. Dia langsung tak pedulikan result aku sebab dia dah dapat tahu dari cikgu aku. So, scene tu terus terngiang-ngiang dalam ingatan dan buat aku down teruk. Aku kebanggaannya, waktu tu tak lagi.
Aku teruskan pengajian peringkat diploma macam biasa. Tapi time tu aku dah mula rapuh. Kalau aku diberi dorongan yang betul mungkin aku boleh buat yang lebih baik masa diploma tapi tak. Aku down di universiti. Aku rasa semua ujian datang dalam satu masa.
Result SPM dah memang buat aku depress, aku diuji dengan jerawat batu pula sampai tahap konfiden aku 0. Sedangkan dulu orang sibuk tanya aku pakai produk apa muka flawless. Dan, aku start rabun. Aku kena pakai spec yang menjejaskan lagi penampilan aku yang sedia ada berjerawat batu. Aku rasa semua benda datang sekelip mata dan keyakinan aku drop drastically.
Aku ‘dipasangkan’ dengan best friend yang cantik dan flawless buat aku makin tiada keyakinan bila berjalan sebelah dia. Macam beauty, and the beast. Time tu aku berusaha semampu boleh untuk pulihkan jerawat batu tapi semua usaha tak jalan. Aku terus dilanda depress.
Keadaan aku makin teruk dan di penghujung diploma aku mula dapatkan bantuan dari pakar psikiatri. Tapi entah macam mana, yeah. It helps me, but also make me worsen. Masa zaman awal degree pulak, aku akhirnya berhenti makan ubat yang aku konsisten almost setahun, dengan bantuan seorang ustaz. Ada zikir yang diamalkan.
Tapi, jalan masih berliku-liku. Aku tak dapat bekerja pula. Kepala otak out tak dapat buat kerja. Ada masa aku menganggur lama jugak, orang sekeliling, adik-beradik, saudara-mara bukan main marah, aku ada degree tapi aku tak kerja. Dalam hati, hanya Tuhan saja tahu apa yang aku lalui.
Dalam 2 tahun lepas, Allah buka hati aku untuk makan supplemen. Kira ni rawatan alternatif juga la. Antara yang utama, vitamin B Complex dan Fish Oil.
Lepas aku amalkan, keadaan semakin okay. Nak kata 100% sembuh tu belum, tapi mak selalu sejukkan hati aku, dia cakap “nanti makin lama aku akan makin okay”. So yeah. Sokongan orang yang memahami juga perlu ya. Oh ye, masalah jerawat aku makin sembuh lepas makan Vitamin C.
Sekarang, aku masih consume lagi supplemen. Dan dah boleh kerja tapi performance belum di tahap optimum. Aku masih dalam proses pemulihan kalau boleh di tahap paling optimum, dan masih berusaha tapi sejak amalkan supplemen, ‘war’ aku dengan ‘penyakit’ ni makin mudah. Jauh beza kalau dibandingkan waktu aku sakit teruk dulu.
Itu saja perkongsian dari aku, dan moral of the story aku nak share,
1. Solat jangan tinggal gais. Kalau kau jaga solat, inshaaAllah kau dipermudahkan urusan hidup kat dunia.
2. Kalau aku ada anak, aku utamakan solat dan bukannya akademik semata. (lesson learn in very hard way)
3. Boleh consider amik supplemen untuk mereka yang tengah struggle dengan mental health. So far ni ‘penawar’ aku yang jalan.
4. Percaya hikmah Allah atas segala perjalanan hidup kita. Walaupun kita belum nampak, ianya ADA. Dan Allah pasti akan tunjuk nanti.
5. Sentiasa minta pertolongan dan petunjuk Banyak-Banyak dari Allah.
So, itu je dari aku. Coretan pendek tapi harap berkesan :)
Thank you for reading this.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit