Jangan sesekali kata, “sabar” sebab dia dah sabar lama dah tapi gantikan dengan perkataan, “saya ada bila awak perlukan saya”.
Kenapa orang yang ada mental illness suka jauhkan diri sebab skill orang lain sebagai pendengar yang baik tiada.
Baik pasangan, baik family atau orang lain, skill kau menjadi pendengar yang baik kena ada.
Dia tak minta kena depresi atau penyakit mental lain, dia tak minta delusi, halusinasi, kemurungan, kerisauan, rasa nak bunuh diri tu, itu semua simptom dia.
Jangan sesekali kata, “Iman awak ni rendah”. Nanti dia lagi rasa apa guna aku solat, doa kalau orang asyik ingat aku kena depresi sebab iman aku rendah.
Jangan sesekali tanya, “kenapa, macam mana boleh kena depresi”. Awak akan buat dia refresh balik memori lama dia.
Jangan sesekali cakap, “alaaa aku pun sama, kau je tu lemah, banyakkan baca Quran nanti kau okay”. Ada je kes hafizah kena depresi malah skizo lagi, nak kata tak baca Quran jugak ke?
Jangan paksa diorang untuk luah kalau diorang taknak tapi cakap, “bila dah bersedia untuk luah carilah aku, aku sedia mendengar”.
Actually aku pesakit, dan aku juga pendengar sebab tu aku faham apa keperluan sebagai pesakit mereka perlukan, kami tak perlukan nasihat tapi kami perlukan pendengar yang baik.
Kenapa aku cakap mcm ni, sebenarnya diorang tahu pasal solat, pasal baca Quran, diorang tahu dah, cuma diorang nak seorang pendengar sahaja.
Benda yang sepatutnya korang kena tanya adalah, “apa yang saya boleh tolong awak untuk kurangkan beban awak supaya awak jadi lega dan stabil sedikit?”.
Tapi kita ni suka comparekan situasi kita dengan orang lain, benda ni lah aku bentang depan pekerja pekerja FELCRA hari tu, dan benda ni membantu mereka untuk memahami kalau kalau ada pekerja mereka yang mengalami depresi.
Buat yang ada pasangan, kawan, ahli keluarga, pekerja yang ada masalah mental illness, keep them on your track, banyakkan menjadi pendengar yang baik bukan penghukum syurga neraka orang lain.
Jangan dengar kata kata anasir luar terutama pada pasangan yang dah kahwin, teruskan kuat kan pasangan anda.
Anda lebih tahu dia siapa banding kawan kawan anda, takkan hanya kerana sakit sebegini dah dengar kata orang suruh tinggalkan/ceraikan.
Ada sebab tuhan letak mereka dalam hidup anda.
Saya doakan semoga survivor yang lain terus kuat.
The do’s yang sepatutnya kita sebagai pendengar bertindak kepada orang yang lalui penyakit depresi atau penyakit lain seangkatan dengan nya..
– Mendengar.
–Menunjukkan Respon anda faham apa yang mereka luah.
– Jangan bandingkan apa mereka luah dengan situasi awak sebelum ini, sebaliknya letak diri kita di dalam ujian orang lain, adakan sifat empati.
– Jangan judge, sebaliknya berilah kata kata sokongan yang baik.
– Cakap ” saya ada, kita akan sama sama lalui perkara ini bersama, saya akan cuba faham mengenai penyakit awak, saya sayang awak.
– Kalau awak taknak luah sekarang, tak apa, kalau dah bersedia nanti saya ada.
– Semua orang sayangkan awak, walaupun awak rasa tidak berguna, awak sangat penting dan berguna kepada orang lain, awak adalah priority saya/kami.
– Apa yang boleh saya bantu awak supaya awak kembali stabil, mood awak kembali normal.
– Jangan bandingkan mereka dengan orang lain sehingga mereka rasa mereka tak sempurna atau kewujudan mereka tidak dihargai.
– Buat mereka rasa disayangi, diperlukan.
– Ambil tahu mengenai mereka, ubat apa mereka makan, bila temujanji mereka dengan doktor.
– Ajak mereka melakukan aktiviti yang boleh buat mereka lupa beban mereka sebentar.
– Jangan triggerkan mereka dengan memori lama, sebaliknya ingatkan mereka moment indah dalam hidup mereka.
Semoga yang menjadi care giver kepada pesakit mental illness mampu menjadi pendengar yang baik, bukan pendengar yang toksik.
– Aku AS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit