Assalamualaikum. Baru je baca story pasal most of Malays Women Gemuk. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/perempuan-melayu-dan-obesiti/).
Jadinya aku nak kongsi cara aku turunkan berat badan tanpa perlu berlapar. Dan menyihatkan badan.
Aku ni dalam ketegori gemuk. Berat aku 75 kg dan Alhamdulillah dah turun 10 kg. Tinggal lagi 5 kg nak turunkan lagi.
Punca utama aku gemuk adalah ASAL STRESS AKU MAKAN. Aku jadikan makanan tu sebagai ubat stress. Ni la habit yang sangat bahaya. Asalnya masa sekolah dulu berat aku hanya 55 kg. Masuk IPTA 60kg. Puncanya makan mee segera banyak sangat masa belajar dulu. Habis IPTA naik mendadak 75 kg bila stress kerja.
Aku melantak nasi sangat banyak. Lauk sikit je. Air manis dua tiga kali aku minum. Tak masuk lagi roti yang aku letak susuk pekat and then aku cicah dengan air milo. Aku suka masak, asal tengok video masak atau orang share makanan sedap-sedap, aku akan cuba masak benda tu.
Aku dah cuba macam-macam diet. Sebenarnya menjadi. Turun la kejap lepas tu naik balik sebab dah mula bosan dengan diet tu. Sebab aku jenis orang yang sentiasa lapar. Lagi stress lagi aku lapar.
Nak jadikan cerita. Aku tergerak hati nak check kesihatan aku. Dari sini la aku dapat tahu yang JANTUNG aku problem, HATI aku ada kimia banyak mungkin sebab pengambilan ubat pada setiap hari supaya aku boleh buang air besar disebabkan masalah sembelit dan buasir dan GULA dalam darah tinggi. Kalau tak jaga boleh kena kencing manis.
Masa dapat tahu ni, agak menggeletar. Aku muda lagi, anak pun belum ada. Macam mana kalau sakit makin kronik. Jadi dari situ la aku berazam nak mulakan cara hidup sihat.
Tanya la diri kau sendiri, sampai bila nak terus gemuk?
Sanggup ke muda-muda dah sakit macam-macam?
Jadi aku nak amal pemakanan yang sihat sebelum terlambat. Aku tak nak diet saja. Amal diet atkin la, etc semua tu bagi aku agak membosankan. Tapi tu terpulang kat masing-masing la, kalau rasa diet yang korang amal tu bagus, teruskan saja.
AMAL GAYA PEMAKANAN SIHAT.
1. Mudah je. Ikut je pyramid makanan Malaysia. Boleh rujuk link yang aku kasi ni.
http://www.myhealth.gov.my/
2. GULA kurangkan. Air manis kalau nak juga minum boleh la ambil sehari sekali sahaja dalam kuantiti gula yang sikit. Tapi aku lebih prefer jus buah tanpa gula.
3. ROTI sebaiknya tak payah ambil. Antara roti dan nasi, nasi lebih baik dari roti sebab roti tu adunan dia dah tambah gula.
4. Aku juga usaha elak ambil makanan yang diproses di kilang.
5. Pengambilan air mineral kena ikut berat kau. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Boleh je google.
6. MASA SUBUH/ SELEPAS SOLAT— subuh aku ambil satu sudu kecil madu. Niat ikut sunnah. Madu ni aku kacau dalam segelas air. Kau boleh je nak doa penawar apa-apa, minta sembuh sakit ke. Terpulang la. Tapi madu kena pandai-pandai beli, jangan beli madu tiruan pulak.
7. SARAPAN— disebabkan aku tak suka makan buah begitu saja, jadi aku telan jus buah dan seratnya tak ditapis. Rugi la kau tapis serat dia ambil air je. Serat tu bagus untuk pencernaan dan dia bagi kau kenyang.
(Serat memainkan peranan penting bagi membantu mengurangkan risiko pelbagai masalah gangguan kesihatan seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sembelit dan obesiti. –harian metro-)
Selain jus buah, boleh juga makan oat. Adakala kalau tak ambil jus buah, aku buat oat. Disebabkan oat ni aku tak berapa gemar. So aku blender oat dengan pisang. Jadi la ala-ala smoothies gitu.
Resepinya mudah je.
• Oat 6 sudu besar.
• 3 atau 2 biji pisang berangan (pisang ni wangi).
• susu tepung 3 sudu besar (tak masukan pun taka pa, kadang2 aku tak letak pun susu).
• Nak sejuk boleh guna air berais.
• Kemudian blender semua bahan ni.
Tapi aku ingatkan makan pisang pun ada limit. Sebab pisang kalau kau ambil lebih dari 7 boleh overdose of potassium, or a deadly dose of radiation. Orang dewasa yang sihat hanya boleh ambil 3,5000 mg potassium per day. Anggaran Pisang dengan berat 125 kg ada lebih kurang 450 mg. meaning a healthy person can consume at least seven-and-half bananas before reaching the recommended level.
8. TENGAH HARI— 1 cawan (2 senduk) nasi sederhana dengan seketul ayam goreng bersama sayur campur.
Resepi sayur campur aku simple je.
• Seketul ayam isi, hiris nipis dan kecil. Lepas tu kau gaul sikit dengan garam.
• Goreng ayam tu dalam satu senduk minyak. Bila ayam dah kuning sikit kau kaut minyak tu tinggal sikit je untuk kau tumis bawang putih dan bawang merah.
• Bawah dah naik bau, kau masukkan sayur dan air. (air jangan banyak sangat nanti kuah tak sedap)
• Sayur yang aku masak…. broccoli, bunga gubis, carrot, sayur pak choi, dan kubis.
• Nak sedap boleh je masukkan perasa yang kau suka, macam perencah meggi ke, sos tiram ke kan. Tapi aku tak masukkan pun perencah sebab aku ada masalah elergik teruk.
• Garam secukup rasa.
• Akhir sekali, kalau suka masukkan sebiji telur.
SAYUR KENA BANYAK DARI NASI. BARU KENYANG SAMPAI PETANG. MALAMNYA KAU BOLEH KENTUT SEPUASNYA =D
9. Petang kalau lapar, aku buah/ ratah baki sayur campur/ minumsmoothies/ atau juga aku goreng nasi dengan baki sayur campur tu. Cuma jumlah nasi untuk petang lebih sikit dari tg hari. Kira dalam satu senduk je. Sikit je.
Bagi aku la…. Amal gaya hidup sihat ni bermakna sampai ke tua kau akan terus amalkan. Kalau diet ni main kejap-kejap je lama-lama jadi bosan. Amal pemakanan sihat, badan kita sihat dan kita juga tak de la nak gemuk sangat.
DENGAN AMALAN PEMAKANAN NI, AKU HILANG 1 KG SEMINGGU. TAPI ITU TERPULANG KAU LA, KALAU KAU RASA DIET LAIN TU LEBIH BAGUS, TERSERAH KAU LA.
TIP: Kalau kau nak cepat turun, jangan sesekali ambil gula pasir. Lagipun gula tu ibu segala penyakit dan makanan barah. Kalau rajin, pergi la jogging.
Jadi ni je perkongsian aku. Doakan kesihatan aku makin sihat dan berat badan aku turun ke normal.
Tanya diri sampai bila nak gemuk dan penuh penyakit. Badan kau, bukan badan orang lain.
Kat sini aku kongsi link untuk info2 sihat dan makanan2 sihat dari doctor. Boleh la pergi tengok.
Youtube dr Sakit Puan :
https://www.youtube.com/watch?
Youtube hal kesihatan dan pemakanan Dr Noordin :
https://www.youtube.com/
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit