Assalamualaikum wbt. Alhamdulilah jika admin menyiarkan confession ni.
Aku terpanggil menulis tentang tips tak mudah jatuh cinta ni sebab ramai betul sekarang ni mengambil inisiatif perigi mencari timba meluahkan tentang hati dan perasaan kepada lelaki iaitu kaum wanita.
Ya, kaum wanita dah bersepah sekarang. Populasi wanita terus meningkat dan lelaki makin menurun menjadikan trend wanita mengejar lelaki tanpa mengira status makin meningkat.
Korang tahu tak sifat lelaki ni ialah pemburu. Pemburu ni dorang suka memburu. Walau sebaik dan pemalu seorang lelaki sebenarnya mereka suka jika mereka yang mengejar perempuan.
Sifat perempuan ialah diburu. Sebab tu perempuan harus mempunyai sifat malu bersesuaian untuk menjadi makhluk yang diburu.
Maka disebabkan perbezaan itu, segala tindak tanduk kaum hawa harus dibatasi termasuklah hal hati dan perasaan. Tidak salah menjadi perigi jika timba yang bakal digunakan untuk mengambil air itu timba yang berkualiti.
Ciri timba berkualiti semestinya lelaki yang tidak sempurna tetapi mempunyai kriteria lelaki yang layak dibuat suami dan ayah kepada zuriat keturunan kita.
Lelaki S merupakan seorang lelaki yang cukup baik tetapi masih ragu-ragu dalam mengurus kehidupannya walaupun mempunyai kerjaya yang stabil dan berpedapatan lumayan.
Perempuan L wanita berusia 23 tahun dan jatuh cinta pandang pertama pada S. Mengatur pelbagai strategi tetapi akhirnya gagal S tidak mencintai L. L sedih , kecewa dan makan hati manakala S keliru memikirkan apa yang dilakukan olehnya sehingga L jatuh cinta kepadanya.
Lelaki pemberi perhatian dan perempuan mencipta harapan untuk diri sendiri. Zaman sekarang, bukan lagi zaman mak ayah kita dahulu.
Jika lelaki sekadar mengajak kita makan dan bersembang sehingga jam 1 pagi hal-hal kehidupannya, mungkin itu sekadar penghilang kesunyiannya. Begitu juga dengan kita kaum wanita.
Jika lelaki mengajak kita melihat wayang dan kita sangat seronok sehingga habis satu almari memilih baju yang sesuai, masih lagi kena kawal hati mungkin dia tiada teman tengok movie. Maka jadilah diri sendiri ajak kawan teman dan tontonlah movie tu.
Jika lelaki ajak join event larian, hiking, flying fox sama-sama, masih lagi jangan terlalu seronok sampai setiap minggu kau penatkan badan join semua event tu tanpa rest. Mungkin time ni dia nak show off kat kawan-kawan, yang aku ada awek. Sebenarnya , lelaki ni bergurau je tak maksudkan.
Jika lelaki bagi satu dua lagu favourite kau. Ingatlah mungkin dia sekadar menguji vokalnya dan nak kau nilai kekuatan vokalnya. Maka nilailah seadilnya. Jika tak merdu cakap je tak. Tak payahlah menipu semata-mata jaga hati dia.
Jika lelaki mula bercerita dan bagi ayat pick up line macam indahnya pelangi , indahnya lagi jika kita bersanding di pelamin. Haaaa.. Kau jangan perasan dia nak kat kau betul -betul.
Aku tau tu baru sikit. Ada banyak lagi lah skill lelaki ni yang ala-ala caring nak mati kat kau sebenarnya dorang anggap kawan je.
Sekali kau reveal kau suka, fall in love bla bla dengan depa terus tak kawan dah. Rasa sakit tu kalau aku, tak dapat bayangkan berapa lama masa nak pulih. Kau hilang kawan kau sebab perasaan kau yang perasan lelaki tu suka kau.
Aku tak ada lah hebat sangat. Tapi aku selalu beringat, walau kadang aku suka sangat lelaki K dan aku nak hidup sampai nazak dengan dia bersambung lagi di firdausi aku degil tak nak cakap kat dia aku sebenarnya nak kita kahwin.
Aku selalu pesan pergilah kahwin cuma bagitau aku kalau dah ada someone, supaya aku tak gila gayut dengan kau lagi. Siap bagi pakej lagi pilih aku jadi pengapit dia.
Aku tanya gak dia, kita ni kawan aku selalu ganggu hidup dia, okey ke tak. Dia jawab okey. Aku kata aku risau gak takut dia ingat aku gilakan dia. Aku cakap aku sayang persahabatan ni. Hebat tak ? Permainan aku.
Kesimpulannya, mustahil bila kau dah spent masa dengan dia dan kau perempuan dia lelaki kau tak jatuh cinta sangat mustahil. Tapi aku nak bagitau, aku takkan confess apa -apa.
Aku pun tak sure dia yang terbaik untuk aku atau sekadar mainan perasaan. Selagi istikarah belum terjawab dan hati aku tak tetap maka aku tak boleh 100 percent jatuh cinta kat lelaki tu. Ini mengarut.
Hati kau, Allah bagi satu sorang. Hati ni kena tetap dan kuat untuk memilih dengan izin Allah, lelaki tu baru aku boleh bagitau. Tu pun kalau aku rasa lelaki tu berbaloi dimiliki. Kalau sekadar jatuh minat sikit-sikit, kawallah jangan cepat perasaan lelaki tu suka kita.
Walau semua benda orang bercinta buat, selagi dia tak bagitau, tak mahu jumpa mak ayah kita ajak kahwin, tak bersalam tangan dengan tok kadi. Jangan mudah jatuh cinta.
Semoga kelak boleh jatuh cinta 100% dengan si halal sampai mati. Sekarang ni kalau korang nak rasa jatuh cinta senang-senang , kawallah rasa tu supaya terpandu dan terarah. Jangan cepat perasan ye lelaki memang pemburu yang hebat.
– Miss B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit