Assalamualaikum semua, okay sebelum aku mula aku ingin memohon maaf jika ada tersalah bahasa atau ada ayat yang membuat reader tak senang untuk membacanya.
Nama aku zara (bukan nama sebenar), aku adalah anak bongsu dari 2 orang adik beradik, abang aku pula bekerja sebagai tentera. Dan aku sudah berkahwin. Okay straight to the point. Aku hanya ingin minta pendapat dan pandangan dari sisi lain.
Aku sudah berkahwin sejak 7 bulan yang lepas, alhamdulillah perkahwinan aku dan suami sangat-sangat bahagia dan jarang ada konflik antara kami suami isteri. Sebelum kami berumah tangga, ibu aku memang sangat mengawasi aku ketika aku bercinta dengan suami. Kemana jua aku pergi dengan suami pasti ibu akan temankan kami sekali.
Pada mulanya, kami tak berapa ambil kisah sebab ye lah wajarlah seorang ibu memantau anak perempuannya ketika bercinta, takut terjadi perkara-perkara yang tak diingini. Lagi-lagi aku adalah satu-satunya anak perempuan dia. Bukan itu sahaja, ibu turut spotcheck handphone aku dan suami. Ibu akan baca semua whatsapp aku dan suami, lihat gambar-gambar di galery aku dan suami.
Ye, ibu aku tahu password handphone kami. Dan jika kami mahu pergi makan di restoran berdekatan rumah sahaja pun ibu pasti turut serta. Sepanjang setahun lebih kami bercinta, itulah yang kami terpaksa hadap dengan ibu yang terlalu mengongkong dan terlalu mengawasi kami.
Kami bercinta dalam keadaan yang sangat tak bebas. Tapi tak mengapa, aku cuma berharap ibu buat begitu ketika aku dan suami sedang bercinta sahaja. Dan semoga nanti jika kami sudah berkahwin, ibu memberikan kebebasan untuk aku bersama dengan suami.
Alhamdulillah pada 17/5/2019 aku dan suami diijab kabulkan, dan sah menjadi suami isteri. Okay, aku terpaksa tinggal serumah dengan ibu dan ayah sebab kami sudah berjanji dengan ayah atas permintaan ayah yang ingin kami tinggal bersamanya untuk menjaga mereka ketika mereka sudah uzur nanti. Yelah, abang aku tentera jarang balik ke rumah atas tugasan. Jadi tinggallah aku satu-satunya anak yang boleh jaga kedua ibu bapa dirumah.
Alhamdulillah suami aku sangat memahami dan dia setuju untuk tinggal bersama kedua ibu bapa aku. Awal perkahwinan kami sangat-sangatlah okay dan tiada masalah tapi tak lama lepas tu sangkaan aku meleset, ibu tetap berkelakuan yang sama. Masih spotcheck handphone aku dan suami, jika kami ingin keluar bersama, ibu mesti nak ikut juga. Seakan-akan kami tak boleh nak dating berdua.
Suami aku dah mula rasa tak selesa dengan kelakuan ibu mertua dia yang aneh. 2 bulan kami diamkan dengan kelakuan ibu yang pelik itu, tapi masuk bulan ketiga suami aku dah tak tahan dengan sikap ibu yang sering campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Jika kami ada gaduh-gaduh manja dia whatsapp, ibu pasti ingin tahu kenapa.
Mesti ramai yang cakap, “janganlah bagi handphone tu dekat ibu”. Okay kalau tak bagi sekali pun ibu akan senyap-senyap masuk bilik dan spotcheck. Biasanya dia akan buat kerja menyelinap masuk bilik pengantin ni bila suami aku kerja, dan aku pula tengah mandi. Ikut dialah, kalau dia rasa time tu line clear dia on.
Kadang-kadang pernah je time pukul 3-4 pagi ibu masuk bilik kami, dia spotchecknya handphone kita orang senyap-senyap. Dompet aku dan suami pun ibu spotcheck. Kita orang pun satu hal juga time tu, lupa nak kunci pintu. Masing-masing dah penat kerja balik kerja terus tidur sampai lupa nak kunci pintu. Time ibu senyap-senyap masuk bilik tu sebenarnya suami aku dah terjaga, sebab dengar macam ada orang masuk kan tapi suami aku buat acah acah tidur je.
Keesokannya suami aku cerita apa yang jadi semalam, suami aku memang rasa nak mengamuk. Aku dan suami jadi hilang rasa hormat dengan ibu, ibu seperti tak ada adab dengan kami suami isteri. Korang rasa elok ke seorang orang tua buat macam tu dekat anak dia yang dah berkahwin. Disebabkan perangai ibu yang makin melampau, membuatkan kami sering bergaduh mulut didalam bilik, “kenapa dengan ibu tu, cukup-cukuplah ambil tahu hal rumah tangga kita. Abang rimas lah”. Aku jadi buntu taktau nak buat apa.
Jika ditegur perangai ibu itu, pasti dia marah dan tak mengendahkan langsung kata-kata kami. Ibu juga sering ingin menang dengan kata-kata. Seperti mencurah air ke daun keladi pun ada, sia-sia. Sikapnya masih sama seperti tiada perasaan malu sering ambil tahu tentang hal rumah tangga anaknya sendiri dan ibu juga macam takde perasaan malu dengan suami aku. Dari zaman bercinta sampai lah dah berkahwin aku dan suami tiada privacy langsung.
Pernah aku bertikam lidah dengan ibu, waktu itu suami aku outstation. Pada waktu malam aku dan suami akan video call bersama untuk melepaskan rindu tapi ibu pasti ingin menyibuk sekali mahu bervideo call dengan suami aku. Aku ingin merampas handphone yang ada ditangan ibu, tapi ibu menggenggam handphone aku dengan kuat. Seolah-olah dia tak bagi handphone tu kepada aku, kerana belum siap berborak dengan menantu dia, bertanyakan khabar bla bla dan sebagainya.
Aku dengan perasaan marah yang membuak, aku sabarkan diri aku istighfar dalam hati banyak-banyak. Aku meninggikan suara sedikit dengan ibu aku, “dah lah tu ibu, zara nak berbual jugak dengan abang ammar” sambil ada adegan tarik menarik handphone, lalu ibu terus campak handphone aku ke atas meja dengan muka yang sangat bengis memarahi aku.
“Nah lah amik ni! Orang tak habis cakap lagi dia pun sibuk jugak nak bercakap!” ibu terus berlalu pergi ke ruang tamu. Aku terpinga-pinga seorang diri di dapur. Aku yang menyibuk ke atau dia yang menyibuk. Suami aku masih lagi didalam talian video call, dan suami aku dengar pergaduhan kecil tadi.
Sejak dari haritu, suami tekad untuk tak bagi lagi ibu spotcheck handphone. Suami amat bertegas. Tiada lagi bagi muka terhadap ibu, kalau tak berbuat demikian sampai bila ibu mahu berubah?Kami pun sudah tukar password handphone masing-masing, aku dan suami cuba slowtalk dengan ibu secara baik tentang had dia sebagai seorang ibu.
Bila anak sudah berkahwin, anak dan ibu bapa sudah mempunyai had dia yang ibu bapa tak boleh campur tangan. Begitu juga dengan hal bila kami mahu keluar bersama, ibu tak boleh jadi orang ketiga. Kami juga insan biasa yang mahukan saat romantis bersama pasangan, berjalan berdua bersama suami. Kami terangkan semuanya berharap ibu akan faham. Tapi hampa, ibu tak mengaku perbuatan dia itu semua salah, dan masih mahu menang sahaja
“Ala apa salahnya mak spotcheck, mak suka je nak baca tu, pastu kalau zara dengan ammar nak keluar pun salah ke mak nak ikut blablabla” haih korang aku buntu gila, makin dibetulkan makin disalahkan. End up, kami bergaduh. Ibu bermasam muka dengan kami, tak bertegur dengan kami, seolah-olah ingin menunjukkan protes terhadap kami.
Dah banyak kali dah sebenarnya kami bergaduh pasal hal-hal privacy tapi entahlah, orang tua kan. Bila cakap dia nak menang saja. Tapi biasanya lepas beberapa hari, kami akan berbaik semula, macam tu jelah kami sekeluarga, gaduh baik gaduh baik entah sampai bila mahu begitu.
Baru-baru ni, aku gaduh besar dengan ibu. Biasanya aku akan sambut suami aku dari outstation, dan selalunya mak mesti nak ikut sekali tapi sehari sebelum hari aku nak ambil suami di terminal, suami berpesan pada aku supaya biar aku sahaja sorang yang ambil dia. Tak usah ibu ikut sekali, ibu duduk sahaja dirumah. Aku turutkan, jadi aku beritahu ibu, “ibu, esok biar zara je pergi ambil abang ammar dekat terminal eh” ibu terus berubah muka masam seakan tak suka.
Ibu terus menuduh bahawa suami aku yang suruh aku berkata demikian supaya dia jangan ikut. Ye memang betul, sesekali bagilah peluang aku ambil suami aku di terminal. Apa salahnya? Kat mana salah aku? Mak terus menerus menghentam aku dan suami “yelah sekarang mana nak ibu ikut dah, ni mesti ammar yang suruh cakap kan jangan bagi ibu ikut” , ayat ibu memang akan sentiasa buat aku dan suami rasa serba salah sedangkan salahnya dari dia.
Aku jadi semakin geram, aku terus cakap dekat ibu, “ibu nak zara dengan abang ammar bercerai ke?” ibu terkejut aku boleh berani keluarkan ayat sebegitu. Ibu membalas ,”ibu takde cakap pun macam tu, awak ni mulut awak ni yang jahat zara” ibu terus berlalu pergi sambil menangis. Satu lagi masalah datang haih, aku tahu aku derhaka cakap macam tu. Tapi aku dah sampai tahap limit kesabaran aku, dalam kepala aku cuma fikir satu je, cerai.
Aku takut disebabkan banyak campur tangan ibu dalam hal rumah tangga aku nanti end up aku dan suami pisah. Aku taknak macam tu, minta jauh lah perkara-perkara macam tu. Aku sayang suami aku, aku sayang keluarga aku, aku saya ibu ayah tapi aku nak ibu berubah, itu je. Aku tak minta banyak. Sejak dari hari tu ibu langsung dah tak bertegur dengan aku dan suami.
Ibu sekarang banyak kurungkan diri dia dalam bilik je. Aku sempat minta maaf dekat ibu, tapi nampak gaya macam ibu masih sama tak nak berborak dah dengan kami. Suami aku kata, “biarlah ibu tu, dia rasa dia nak tegur tegurlah. Kita buat macam biasa je, yang penting setiap bulan beri dia duit, beli barang dapur.” Aku tak tau lah sampai bila ibu akan macam tu, terus kurungkan diri dia dalam bilik.
Korang, tolong doakan aku supaya aku kuat dan family aku jadi sedia kala balik. Taktau dah berapa banyak air mata aku habis sepanjang 7 bulan kahwin ni. Aku cuma nak bahagia macam orang lain je, aku taknak hidup macam ni. Hidup dalam keadaan tak ada privacy. Aku rasa aku lagi banyak gaduh dengan ibu berbanding suami. Aku expect dulu mesti banyak gaduh-gaduh manja dengan suami tapi sebaliknya pulak.
Mak sekarang memang dah berubah, bukan mak yang aku kenal sebelum aku bercinta dengan suami dulu. Hm aku sayangkan rumah tangga aku, aku taknak rumah tangga aku roboh disebabkan orang ketiga. Dan orang ketiga tu ibu aku sendiri. Bayangkan lah sepanjang perkahwinan, kena dengar cakap ibu je. Habistu, apa function suami aku jadi ketua keluarga. Korang fikir lah sendiri.
Aku rasa ramai je yang mak ayah dia campur tangan dalam rumah tangga kan. Nasihat aku, selagi kau dan suami boleh slow talk slow talk lah. Yang mana tinggal serumah dengan ibu bapa tu kalau boleh korang carilah rumah sendiri. Itu lagi baik, rumah sewa pun tak ape sebab 80% penceraian berlaku sebab campur tangan orang tua. Dalam islam pun memang disuruh tinggal sendiri selepas mendirikan rumah tangga.
Aku dan suami pun ada berfikiran untuk cari rumah sewa jugak buat masa ni tapi tengoklah macam mana, sedangkan dulu dah pernah berjanji dengan ayah suruh tinggal sama. Tapi macam taktaulah, kalau dah perangai ibu macam tu macam mana kan. Tak sedap nak tinggal sama dah bila jadi macam ni. Aku pun tak mintak jadi macam ni. Takpe, ni mungkin ujian buat aku dan suami.
Itu sahajalah kisah dari aku. Aku minta maaf sekali lagi, jika ada yang mungkin bagi impak negatif ke apa. Aku cuma ceritakan kisah aku sahaja. Aku masih sayangkan keluarga aku. Doakan aku ye korang. Dan aku pun doakan korang semua sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.
Yang benar,
– Zara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit