Episod Pilu Hidupku

Aku Rose, usia dalam pertengahan 20-an. Cerita ni 100% pasal diri aku & agak panjang. Maaf kalau tak menarik & maaf bahasa aku pasal bahasa yang aku guna.

Aku seorang anak yang kuat melawan. Tapi dalam masa yang sama aku bukan orang yang suka berfoya – foya. Aku juga seorang anak tak pernah keluar rumah kecuali sekolah ataupun keluar tu pon dengan family je. Dengan kawan pun aku tak keluar kecuali pasal assignment sekolah.

Lepas SPM, aku kerja. Waktu kerja aku dipertemukan dengan sorang lelaki, Z. Aku selalu keluar dengan rakan sekerja jugak. Keluar makan lepak – lepak. Family aku tak suka aku dengan dia terutama ayah aku.

Dengan Z aku belajar keluar. Semestinya senyap-senyap. Bukan aku tak pernah minta izin ayah aku tapi dia tak izinkan. Dan aku yang selalu terperap kat rumah dapat keluar mula rasa seronok. Tolong jangan judge aku. Bayangkan kat tempat aku.

Z sebenarnya bekas banduan. Dia pernah kena tangkap waktu kami masih baru berkapel. Aku tau kisah silam dia tapi aku tak tau die masih terjebak masa kami berkapel. Waktu dalam tahanan family die merayu aku jangan tinggalkan die.

Aku pun tak ada niat nak tinggalkan dia sebab aku percaya tiap orang boleh berubah & layak dapat peluang kedua. Family aku tak tau yang die bekas banduan. Kecuali sorang kenalan rapat keluarga aku, T. Lama kelamaan family aku mula terima dia. Tapi biasalah bahagia tak akan lama. Parent aku dihasut oleh T dan dia bocorkan rahsia Z. Tentangan family aku makin kuat.

Banyak kali aku minta putus sebab aku tak tahan dengan family aku tapi Z paksa aku untuk teruskan. Aku tertekan sangat sebab tersekat kat tengah. Bayangkan tersepit di tengah kiri & kanan masing – masing tak nak mengalah. Family Z pula sangat sokong kami sebab aku boleh secara perlahan mengubah Z.

Aku ada 3 beradik. Aku bukanlah yang bongsu. Adik beradik aku lebih bebas dibandingkan aku. Keluar rumah balik pagi tak ada hal untuk diorang tapi untuk aku balik paling lambat 11 malam jadi hal besar. Pernah mak aku tuduh aku dah tak ada dara. Waktu tu tuhan je tau perasaan aku. Rase nak je aku pergi hospital atau klinik buat virginity test dah tu tunjuk kat parent aku.

Sampai satu hari, aku keluar dengan Z sebab aku tak tahan dengan family aku. Waktu Z hantar aku balik, dia kena pukul dengan ayah aku. Ayah aku bersemuka dengan aku. Aku dipukul hanya kerana menyatakan ketidakpuasan aku. Parent aku tak adil pada kami adik beradik. Adik beradik aku yang lain boleh keluar balik pagi tapi aku balik pukul 11 dituduh macam – macam.

Lepas hari tu, aku dikurung di rumah. Aku cuma duduk dalam bilik. Terkurung di dalam penjara buatan manusia dan apa yang aku nampak cuma dinding dan bumbung putih. Depresi mula bersarang dalam diri aku. Aku rasa sangat tak berdaya. Semua orang yang tau pasal apa yang terjadi hanya tutup mata dengan keadaan aku. Tak ada satu orang pun tolong aku keluar dari sini.

Z langsung tak boleh dekat aku padahal cuma dia yang boleh bawa aku keluar. Parent dengan adik beradik aku? Memasing buat hal sendiri. Aku macam tak wujud. Dan masa tu juga 2 kali aku cuba bunuh diri tapi family aku dan semua orang tak ada sapa yang tau. Aku mula hilang percaya kat manusia dan aku develop socialphobia sebab apa yang aku alami. Aku juga takut untuk bercinta dengan lelaki.

Beberapa bulan lepas tu aku dapat tawaran belajar. Niat aku pergi salah satunya sebab aku tak nak duduk dalam rumah tu. Dan selama aku belajar, aku tak pernah balik kecuali cuti sem panjang sebab hostel mesti dikosongkan dan aku tak ada tempat nak pergi.

Aku cuba atasi fobia aku sebab orang yang aku akan jumpa kat tempat belajar tak terlibat pon dengan masalah aku dan diorang tak salah. Tapi sangkaan aku meleset. Biasalah kat u, sekolah atau apa – apa institusi sekali pon, akan selalu berpuak – puak. Aku mula rasa rendah diri dan jadi pendiam. Aku lebih suka bersendirian. Aku ada beberapa kawan cuma aku lebih suka sendiri.

Aku masih terperangkap dalam depresi sampai ke hari ini walaupun sebenarnya kisah aku dan Z sudah 4 5 tahun lalu. Dan keputusan exam aku beberapa sem tak bagus. Mungkin kerana niat aku tak betul dan aku masih dihantui kisah silam.

Beberapa sem berlalu dan aku mula cuba maafkan family aku. Tapi fitrah manusia, senang memaafkan tapi susah melupakan. Aku mula sedar dan mula belajar. Kehidupan aku makin baik. Z pula? Kami putus pada hari kami dipukul ayah aku dan aku yang putuskan.

Kami ada juga berjumpa lepas tu senyap – senyap. Sampai satu hari kami bergaduh besar dan tak berjumpa. Pada hari tu, dia merayu jangan tinggal kan dia dan dia tak boleh hidup tanpa aku tapi aku masih berkeras. Sebulan lepas kami gaduh, dia balik dengan ex dia. (jap nak gelak). Diorang dah tunang pun.

Kehidupan aku makin baik. Aku mula balik rumah. Tapi biasalah bahagia bukan untuk aku. Waktu tu kami ada assignment projek berkumpulan. Aku ada meeting jadi tak dapat balik rumah.

Beberapa hari lepas tu ayah aku meninggal dunia. Tapi yang mengecewakan aku meeting tu cancel last minit. Dan aku tak tau apa malangnya nasib aku, telefon aku rosak. Aku tak dapat contact group member aku dan aku bercuti selama seminggu.

Bila balik dari cuti, group member aku dingin dengan aku. Aku diperlakukan macam ahli group yang langsung tak menyumbang apa – apa. Padahal bila diorang suruh aku buat kerja aku buat. Cuma untuk contact aku problem sebab telefon aku rosak. Aku sedih sangat. Bukan tu je, lecturer aku pun mempersoalkan kenapa aku cuti lama.

Walaupun waktu aku sedih sangat takda sapa tolong aku, takkan aku nak biar mak aku jadi macam aku. Aku tau aku bukan top student ataupun dean list student tapi tak boleh ke aku bersedih bila ayah aku meninggal, aku tak boleh ade perasaan ke?

Group member untuk assignment aku semua top student & perfectionist. Tapi sepandai mana pun tolonglah tolak ansur. Aku ke yang bunuh ayah aku? Tolonglah korang layan aku macam aku yang bunuh ayah aku dan buat kematian dia satu alasan untuk tak buat kerja dan ignore korang.

Balik daripada cuti lepas ayah aku meninggal, aku mula jadi emotionless. Muka aku jadi takda emosi dan aku bertambah pendiam. Aku bertambah socialphobia. Sampai sorang group mate assignment aku tertanya group mate lain diorang ade marah aku ke. Aku dapat tau dari bestfriend aku.

Sampai ke hari ni, aku tak bertegur dengan classmate aku kecuali kalau perlu & bestfriends aku ataupun orang tegur aku. Tapi aku still suka sorang.

Cerita aku tak habis kat situ. Aku sekarang seorang student final year. Dan aku dapat tau yang aku mungkin dah tak dapat tajaan/ pinjaman. Aku kena bayar sendiri yuran aku. Mak aku tak kerja. Sekarang aku masih buntu untuk cari duit yuran. Aku cari kerja tapi semua tak terima student.

Aku masih lagi dihantui kisah depresi aku dan kisah hidup aku. Aku masih teringat apa yang ayah aku buat walaupun dia dah takda. Aku tau aku bukan anak yang baik. Tapi bukan senang kita nak lupa benda yang jadi dalam hidup kita. Tambah yang tinggalkan kesan dan trauma dalam hidup kita.

Ada beberapa lagi benda yang jadi dalam hidup aku. Tapi aku putuskan untuk tak cerita. Aku takut orang yang kenal aku tau ni aku. Doakan aku kuat. Ingatlah semua apa yang kita buat kat orang akan tinggalkan kesan pada orang tu.

Kepada parent, berlaku adil lah pada anak – anak. Dan kepada orang yang buat aku menderita, tolong jangan tanya kenapa aku jadi pendiam & jadi emotionless. KORANG penyebabnya. Nilah episod pilu hidupku. Nampak macam drama tapi ni 100% cerita hidup aku. Kalau aku cerita benda yang aku tak nak cerita tu lagi korang akan cakap drama dan rekaan je semua ni.

Terima kasih sebab baca sampai habis cerita boring ni. Doakan aku kuat.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *