Assalamuaalaikum semua, Salam 2020. Dian ni haa. Aku dah lama nak confess something sebenarnya. Tapi asyik tak sempat je. Alhamdulillah aku dah kerja sekarang. Kerja kilang je. Allah dah letak aku untuk jalan ni, jangan lah pertikai apa apa. Syukur nikmat Allah.
InsyaAllah kalau tak de apa apa bulan Mac nanti aku bertunang, Doakan ya. Ok bukan nak cerita soal peribadi, nak cerita tentang realiti kerja. Pastikan baca sampai habis kalau nk komen yang tak berapa murni tu ya.
Lepas aku habis kursus tu aku dah kerja. Alhamdulillah dekat 6 bulan jugak aku kat kilang tu. Kilangnya di Senai, Johor. Kilang yang dah lama beroperasi. Dah 30 tahun. Kilang tu bermula dengan huruf M. Semua okey. Aku pun enjoy, dengan kawan kawan, persekitaran yang pada aku sangat selesa. Tapi permulaan aku ke kilang tu berstatus kan kontrak. Selama 3 bulan.
Pada awalnya aku okey je sebab aku fikir 3 bulan tu macam training semua proses kerja sampai kita mahir lah kan. Lepas habis 3 bulan tu supervisor bagi surat sambung kontrak lagi 3 bulan. So 6 bulan lah semua sekali. Kontrak ni masalahnya kita tak dapat kelebihan yang kilang sediakan. Contoh macam cuti tahunan semua tu.
Aku dah banyak jugak belajar proses kerja kat situ. Kadang tu asyik muka aku dengan kawan kawan aku je yang kena tolong tempat yang tak cukup orang. Ramai jugak budak local yang masuk dengan status kontrak. Ada yang masuk kontrak 3 bulan, 2 bulan. Masa tu memang customer request output yang tinggi. Mainpower kena cukup. Kalau tak tak dapat buat penghantaran pada tarikh yang ditetapkan.
Dalam 50 orang jugak pekerja local baru yang masuk. Umur semua lingkungan 19-20an. Dan aku tahu memang mereka masuk bukan setakat ikut kawan atau suka suka. Memang niat nak cari duit. Ada yang kena tolong keluarga dan sebagainya.
Bulan ke empat aku dekat kilang tu ada desas desus tentang kilang nak kurangkan pekerja pulak. Mereka tak di sambungkan kontrak. Kalau 2 bulan, 2 bulan je lah mereka berkhidmat. Sedangkan awal masuk, bahagian pengurusan ada cakap kontrak ni akan bertukar jadi pekerja tetap jika tiada masalah kedatangan.
Ya, aku berani cakap semua yang masuk tiada masalah kedatangan. Kalau ada pun sorang dua. Tu pun dah cabut macam tu je. Selebihnya masih kekal. Aku ulang sekali lagi, suasana kerja yang selesa tu yang membuatkan mereka enjoy je walaupun kerja 12 jam. Aku mula risau dah selagi tak dapat surat jadi pekerja tetap.
Setahu aku tempoh percubaan 3 bulan sahaja, 6 bulan tu kalau tak mahir atau ada masalah disiplin. Kumpulan pertama yang ditamatkan kontrak dalam 17 orang. Ada yang menangis. Sebab mereka cuba jaga kehadiran dan disiplin. Pelik juga tak dapat jadi pekerja tetap. Macam macam persoalan dalam otak aku masa tu.
Kemudian, satu hari tu aku tengok ada sekumpulan warga Indonesia. 17 orang semua sekali. Ohh, patutlah ambil pekerja local sebagai kontrak, mereka dah ada rencana untuk ganti local worker dengan foreigner worker. Hati aku dah mula rasa marah dan tak puas hati.
Aku tanya supervisor, dia cakap orang atas yang buat macam tu. Dia cakap company terlebih request pekerja asing, jadinya kena kurang pekerja local. Allah.. alasan apakah yang aku dengar ni? Aku dah mula kalut fikir nak cari kerja lain. Tapi supervisor aku asyik yakinkan yang aku tak tersenarai dalam kontrak yang tak disambungkan.
Lepas 17 orang tu, kumpulan kedua pulak ditamatkan kontrak nya, 23 orang. Perkara yang sama juga, kali ni warga Myanmar 23 orang dibawa masuk. Senior worker umur lingkungan 40-55 tahun dah mengeluh, baru ajar budak melayu lepas tu kontrak habis. Nak ajar myanmar bukan semua faham bahasa kita.
Kumpulan kontrak terakhir iaitu kumpulan aku dalam 12 orang. Tinggal ini sahaja yang bertahan. Ada yang bakal dapat pekerja tetap dan bakal ditamatkan kontraknya. Aku dah nekad, tak boleh tunggu keputusan kilang ni. Aku kena siap sedia cari kerja lain. Dah tak da hati nak kerja. Barisan pengurusan kilang semuanya melayu.
Lupa nak cakap, pihak atasan siap pujuk warga indonesia yang dah tamat kontrak 2 tahun tu untuk mereka sambung kontrak lagi. Tapi nasib anak melayu jadi macam ni pula. Bila perlu kami dikerah sana sini. Bila tak perlu campak kan saja. Jangan suruh aku faham kerja kalian. Kecewa.
Setiap mereka yang tamat kontrak akan dipanggil pada hari terakhir, manager yang panggil. Ada yang tanya kenapa kami tak disambungkan? Manager jawab mereka tak suka budak melayu. Kalau tak suka boleh tak bagi amaran pada yang bermasalah sahaja? Bukan semua nya kau tendang.
Tahun 2020 ni aku dah kerja kilang lain. Berhadapan kilang lama aku. Tiada istilah kontrak dalam kilang baru aku ni. Masuk terus jadi pekerja tetap. Tempoh percubaan dalam masa dua minggu sahaja. Kumpulan aku yang 12 orang tu ada yang dah resign juga. Masing masing dah tak da hati. Sebab nasib macam anak tiri.
Ada yang bertahan, tapi masih diberi surat sambung kontrak lagi hingga bulan mac 2020 nanti. Janji yang dulu 6 bulan tu maksimum kontrak. Bulan ketujuh sepatutnya dah tandatangan surat pekerja tetap dan layak dapat kelebihan yang kilang sediakan. Hakikatnya sampai hari ni, hampeh. Mujur aku undur diri awal sedikit.
Tolong lah boss boss melayu dekat luar sana, jangan pandang rendah pada anak melayu. Sedih aku tengok mereka yang habis sekolah nak kerja sungguh sungguh tapi jadi macam ni. Nak sambung belajar tak mampu. Kena sara keluarga dan adik yang lain.
Aku harap sangat tolong lah berhenti bawa masuk pekerja asing. Orang kita ramai yang menganggur. Yang memilih kerja tu satu hal lah. Yang memilih kerja tu pun mungkin tak pernah interview kerja kilang.
Tapi yang datang interview kerja kilang walaupun ada diploma atau ijazah, memang mereka perlukan kerja. Nak cari duit bayar hutang weh! Nak bawa mak ayah jalan, bawa mak ayah makan sedap. Korang faham tak? Sedih aku tau.
Tu je nak cakap. Aku doakan semua urusan korang dan yang baca ni dipermudahkan selalu. Mohon doa kalian juga doakan urusan aku dipermudahkan. Sayang semua. Ada masa kita borak lagi.
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit