Hi semua, aku Puteh, seorang perempuan yang berumur 28 tahun. Aku merupakan anak sulung daripada empat beradik, single dan masih belum berkahwin.
Disini aku nak ceritakan pengalaman aku di dalam “Financial Favoritism” di antara adik beradik aku. Ha, mesti semua tertanyakan apa itu “Financial Favoritism”?
Okay, secara amnya, “Financial Favoritism” dikalangan adik beradik ialah dimana parents korang tak sediakan keperluan kewangan kat korang tapi sediakan segala-galanya untuk adik beradik korang.
Oh ya, parents korang mampu dari segi kewangan and macam parents aku, campur2 gaji ibu bapa aku, dalam 20k sebulan.
Ni antara situasi-situasi yang aku alami sepanjang hidup aku:
1. Aku start beli barang2 aku sejak umur 13-14 tahun. Yes, beli baju raya sendiri etc. Sebab parents aku mmg tak beli.
2. Duit sekolah aku dulu dalam RM2 je, blh la makan nasi goreng RM1 daily. Aku ni sports person, join sports sampai peringkat negeri, masa dapat tawaran SUKMA, parents aku tak bagi aku join. Dengan alasan, susah takda sapa nak hantar pegi latihan.
Sekarang, bila anak-anak kawan parents aku masuk SUKMA, SEA, diorang selalu bangga. Walhal bukan anak sendiri yang masuk. And baru-baru ni, adik aku ada mentioned, “seronok hidup zaman sekolah, duit sekolah sehari RM10”. Baru aku sedar, duit sekolah aku saja yang RM2.
3. Aku kena ke sekolah naik bas, adik2 aku parents aku hantar and amik.
4. Aku start buat business kecil2 jual baju masa umur aku 15-16 tahun, jual makanan. Kalau harga barang RM10, aku jual RM5, jadi dapatlah tanggung perbelanjaan aku. Aku buat business sampai lah aku masuk university, siap jalan angkut beg besar dari university ke Poslaju, dalam 2km jugak la.
5. Aku ni straight A’s student , parents aku tak pernah hargai. Bila aku dah dpt straight A’s dalam PMR, parents aku macam sekat process belajar aku. Aku nak sangat tuition lepas sekolah, sebab aku jarang ada dalam kelas, al maklumlah budak sports.
Walaupun aku join sports, hari2 training, aku still dapat buktikan yang aku mampu dapat straight A’s dalam PMR dan masuk kelas aliran sains tulen untuk SPM. Adik-adik aku pulak senang nak dpt tuition, tak masuk sukan dan tak dapat straight A’s pun.
Dulu mak aku selalu ulang2 yang aku ni Guinea Pig (Lab Rat) dalam family. Well, anak sulong kan. Result SPM aku tak berapa bagus (bagi aku tak berapa bagus sebab tak straight A’s), parents aku tak kisah pun.
Aku ingat lagi, lepas amik result, aku duduk kat kerusi yang aku selalu lepak sorang2 lepas habis training sports, aku menangis. Aku menangis sungguh2 waktu tu, walaupun parents aku ada, peluk aku. Aku rasa aku sorang sangat, rasa takda orang support aku.
6. Lepas habis belajar SPM, parents aku tak pernah amik port nak discuss dengan aku untuk study kat mana. Semua tempat study, aku decide sendiri. Kalau ikut dengan result aku dan status kewangan family aku, boleh je aku dimasukkan dalam A-level, Foundation dan seumpamanya.
7. Adik-adik aku dapat kereta. Alah, kereta Axia, MyVi semua tu. Dengan bulan2 parents aku bayar, diorang just bayar duit minyak. Aku? Aku naik Grab gi kerja, naik LRT.
Sejak dapat license kereta, takde pulak parents aku beriya nak beli kereta kat aku. Untuk semua anak perempuan, kebanyakannya parents atau ayah yang akan ajar diorang pegang stereng buat pertama kali. Aku lain pula, aku belajar dengan instructor tu terus.
Oh ya, masa aku amik license, berapa banyak kali instructor driving school tu pegang2, raba2 paha. Aku? Aku bodoh nak suarakan sebab aku rasa tak ada orang yang akan dengar keluhan aku.
8. Masa nak sambung degree, walaupun aku dapat sambung ke UPM dengan kos kritikal negara, aku terpaksa tolak. Sebab aku nak cari universiti yang confirm dapat MARA, dekat dengan rumah yang aku tak payah menyewa, dan ada orang yang boleh hantar aku.
So, aku sambung study kat private university dengan adanya MARA , tinggal di rumah makcik aku, pergi university dengan makcik aku. Kalau makcik aku pegi keja pukul 6.30am, aku kena ikut dia sebab dia akan dropby aku kat university. Walaupun kelas aku start pukul 2pm, aku still kena pergi university pukul 6.30am.
9. Oh ya, masuk aku sambung belajar, aku dapat duit poket MARA RM700 bulan2. Parents aku just bagi RM200. Bersyukurlah masih ada yang diorang bagi. Tapi bagi adik-adik aku, diorang dah ada kereta waktu tu. Parents aku bayar RM500 monthly untuk duit kereta diorang. Belum lagi duit belanja yang lain-lain. Dan aku?
10. Masa intern, aku dapat tempat intern di tempat tinggal aku sendiri. Oh ya, aku study di negeri XXX, asal dari negeri YYY. Jadi, aku balik negeri asal aku untuk intern. Jarak tempat intern dengan rumah parents aku ialah 7 km. Tu pun, ayah aku suruh aku sewa luar, berdekatan tempat intern.
11. Bila aku dah start kerja, well alhamdulilah aku dapat kerja setelah sebulan habis belajar (aku menganggur sebulan saja). Gaji aku juga agak banyak dari kebiasaan fresh graduate yang lain, jadi aku kena sewa rumah yang dekat dengan tempat kerja.
Ayah aku kononnya nak tolong aku dengan sewa rumah baru, jadi dia sanggup bayar half untuk adik aku tinggal dengan aku, sebab tempat kerja dia dengan tempat kerja aku berdekatan. Well, aku bayar, dia ada orang tolong bayarkan. Gaji? Gaji kami berdua lebih kurang sama.
12. Ada orang pernah masuk minang aku. Ex-boyfriend aku. Tapi parents aku buat tak endah. Asal ex-boyfriend aku datang ke rumah dengan family dia untuk cakap benda ni, mesti parents aku buat tak endah. Tukar topik.
So aku decide untuk putuskan hubungan kami. Sebab aku tahu, dia lebih berhak untuk dapatkan keluarga isteri yang hargai dia. And aku tak rasa nak kahwin dah.
13. Aku dah banyak kali kena sexual harrasment dalam public transport. Yes, aku banyak amik bas, LRT etc. And tak ada sapa pun tahu pasal ni sebab diorang tak patut tahu. Parents aku pun tak pernah kisah.
14. Kadang Mak aku bising sebab aku still pakai baju2 yang aku beli 5 tahun lepas. Aku tak beli mekap sangat. Bagi aku, satu lipstick cukup. Mak aku pulak, tiap bulan shopping tudung baju etc.
Sometimes, nak je aku cakap kat Mak aku tentang expenses aku and hidup aku. Tapi aku tau, dia tak pernah paham pun. And Mak aku ada satu pesyen, suka selongkar barang2 aku, and pakai barang aku. Aku tak kisah kalau nak pinjam, tapi aku kisah bila orang curi-curi pakai barang aku tapi tak nak mengaku.
Macam mana aku tahu mak aku pakai barang aku? Kawan-kawan Mak aku rajin up status gambar-gambar diorang at work. Aku tak kisah nak pinjam, tapi dengan duit hasil titik peluh aku, and buat tak mengaku dia ambil brg aku. Entah lah.
15. Simpanan aku tak banyak pun. Sekarang, aku nak settlekan hutang-hutang aku, Hutang MARA, hutang kat parents aku (4k) sebab aku nak start kerja haritu. Diorang bagi “pinjam” sebab aku nak start up my life.
Sekarang, walaupun aku dah bekerja kat sebuah syarikat, aku still tak mampu nak beli iPhone ke apa ke. Sebab aku ada tanggungjawab nak kena “bela” diri sendiri. Takut2 nanti one day, aku kena buang kerja ke, sakit ke, kat mana aku nak merempat?
Aku takut nak beli kereta sendiri sebab aku rasa, kalau anything happened, accident or maintenance, sapa nak tolong support aku dari belakang? Aku just tak ada sapa-sapa.
Apa yang aku rasa sekarang? Tertekan? Depressi? Stress? Korang pandai2 lah assume. Aku dah tak kisah dah. Am just bitter, that’s all.
– Puteh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit