Pengalaman Dijangkiti Influenze A H1N1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya nak share pengalaman saya dijangkiti Influenza A H1N1. Sebabnya saya tengok masyarakat macam endah tak endah dengan penularan wabak ni. Mereka fikir batuk selsema sakit tekak demam biasa. Yes! Itu untuk orang yang tidak berisiko. Tetapi untuk yang berisiko, ianya boleh bawa maut.

Saya pernah dijangkiti H1N1 pada tahun 2009. Itu adalah pengalaman yang saya tak kan lupakan sampai bila2. Sebab tu saya nak share dengan semua orang.

Sangat sakit! Saya tak pernah rasa sakit teruk macam tu sekali. Saya sangat kuat, sakit camana pun saya tahan. Tapi masa dijangkiti H1N1 saya tak tau nak cakap apa, memang tak mampu, sakit.

Saya dapat wabak H1N1 dari Melaka. Masa tu Melaka adalah tempat wabak… Pukul 9 pagi saya pergi Melaka jalan2… Pukul 8 malam masuk Jaya Jusco, keluar dari Jusco saya dah rasa sakit2 badan, sakit sendi. Bila berjalan macam menggigil rasa nak terjatuh.

Tibe rumah pukul 9.30 malam dan 10 malam serta merta saya demam panas menggigil. Saya pergi klinik suhu saya 40°C, doktor bagi panadol, ubat batuk dan ubat selsema.

Lepas 4 hari ubat dah habis tapi demam tak kurang, malah suhu badan makin tinggi 42°c sampai saya kena sawan… rasa nak pecah kepala. Esok paginya saya pergi Klinik Kesihatan Kerajaan. Saya ambil nab 3 kali tapi asthma tak kurang maka doktor bagi suntikan…

H1N1 ni sangat berbahaya kepada orang2 yang berisiko tinggi seperti penghidap asthma macam saya. Selain tu kanak2/ warga emas/ penghidap kencing manis/ darah tinggi/ buah pinggang dll (tak ingat apa lagi). Sila berhati2. Kalau yang tak berisiko tu cuma demam, selsema, batuk biasa je. Jangan dekati orang yang berisiko…

2 minggu saya dikuarantin di Hospital A… dan 2 minggu di ICU Hospital Pakar B… seminggu koma.

Alhamdulillah, umur saya panjang. Kalau tidak saya jadi mangsa ke 48 yang maut kerana H1N1, selepas seorang student UITM yang maut akibat wabak ini. Jenazahnya dimandikan dihospital dan memang diuruskan seperti pesakit HIV dibalut dengan plastik serta tiada ciuman terakhir dari keluarga

Okay, kalau orang yang terkena jangkitan cepat2lah ke hospital. U guyz akan :

1) Demam panas yang tinggi 39°c ke atas. Macam saya, demam panas pergi klinik. Ubat dah habis tapi suhu makin tinggi 42°c sampai kena sawan. Sakit kepala mcm nak pecah.

2) Sakit sendi. Ni memang tak tahan… Masa kat klinik KK lepas ambil nab kena tunggu doktor. Nombor giliran lambat lagi, saya tak tahan… kat situ juga saya menjerit & menangis.. .nangis sungguh2 sebab sakit sangat. Dia punya sakit, masyaa Allah. Bayangkan dia punye sakit seolah2 setiap sendi2 kena toreh dan ada batu2 kecil di celah2 sendi. Nak duduk pun sakit…

3) Virus tu serang paru2 saya. Nak nafas memang sakit… Dahla nafas pendek, seolah2 paru2 saya sedang menanggung bebanan yang sangat berat. Dalam hati saya memang dah fikir, “aku tak lama ni”

4) Cirit-birit. Dengan keadaan yang lemah kita kena cirit birit. Cirit tu memang dah tak serupa tahi. Macam minyak cair… bila nak keluar pun tak tahu… memang tak rasa bila nak keluar, tiba2 je katil dah basah.

Masa tu yang uruskan saya ialah nurse… Nak uruskan saya pun mereka sangat berhati2, setiap pergerakan kecil akan buatkan saya penat sangat2. Terima kasih banyak2. Saya memang respek dan pandang tinggi dengan kerjaya seorang jururawat.

5. Loya. Sebelum koma saya dah loya dan takde selera makan. Tekak dah sakit2 banyak luka. Lepas sedar dari koma pun masih loya2, makan muntah makan muntah.

Minggu ke 3 saya kena transfer ke ICU Hospital Pakar B sebab waktu tu hospital A takde fasiliti yang cukup untuk saya.

Masa saya disorong ke dalam ambulan, saya dah diawang awangan. Saya sedar ambulan bawa laju gila pastu dengar suara nurse cakap kat doktor cakap denyutan nadi saya semakin lemah. Pastu saya dah tak sedar, koma.

Kalau tak silap saya lepas seminggu koma, doktor dah panggil famili datang melawat. Nyawa saya pun dah nyawa nyawa ikan. Doktor minta keluarga redha jika apa2 kemungkinan yang berlaku. Tilam pun dah bentang kat ruang tamu, huhuhu (makcik yang cerita semula pada saya)…

Untuk pengetahuan semua, dalam koma saya nampak diri saya sendiri, suasana gelap hitam… dan saya dengar apa yang famili cakap. Saya dapat rasa suasananya… saya dapat rasakan genggaman2 tangan dari famili besar saya.

Saya dengar famili, pakcik makcik saya cakap saya kena kuat, saya kena kuat semangat. Saya tak boleh nak balas, saya tak boleh bergerak. Tapi saya dapat rasa air mata saya mengalir.

Ada famili cakap dengan saya suruh baca zikir banyak2, suruh baca doa, suruh baca surah2 lazim, ayat2 al quran… saya buat. Masa tu baru saya sedar yang saya sangat kritikal. Dalam hati saya zikir banyak2 sebab takut sangat. Saya cakap sungguh2, “Ya Allah aku taknak mati lagi”…

U guyz kalau ada famili atau kawan2 yang koma, berkomunikasilah dengan mereka. Bagi kata2 semangat, ajar mereka zikir, ajar doa, ajar baca surah2 lazim… mereka dengar. Dalam keadaan diri ketakutan dan terperangkap seperti dalam dunia lain, itu adalah sumber kekuatan yang ada.

Kebetulan makcik saya baru balik umrah, dia bagi air zam zam. Mama minta tolong nurse basah2kan bibir dan suapkan air zam2 ke mulut saya. Dengan izin Allah swt dan keberkatan air zam zam, tengahari esoknya saya terus sedar dari koma dan duduk.

Tak lama lepas tu 4 orang doktor pakar datang, mereka cakap, “AMAZING”. Alhamdulillah.

U guyz berhati2, jangkitan ni tak boleh dipandang sebelah mata. Saya dah melaluinya.. sebab tu saya share. Sharing is caring kan?

Mulai sekarang buatlah langkah pencegahan awal seperti pakai mask, kerap cuci tangan dan hidung. Selain tu boleh dapatkan vaksin di klinik2 swasta.

Kepada anti vaksin, virus & bakteria sentiasa berevolusi dan sentiasa update dari zaman ke zaman. Jangan bandingkan zaman nabi dengan zaman sekarang. Sayangi diri sendiri, keluarga terutamanya anak2.

Kalau ada famili, kawan2 atau orang sekeliling yang terkena jangkitan Influenza A H1N1, rekemen kan pengambilan air zam zam… Pastikan air zam zam yang original sebab sekarang ni banyak palsu. Dengan izin Allah swt dan keberkatan air zam zam, Inshaa Allah.

Doakan saya diberikan kesihatan yang baik. Bila lagi sekali Influenza A menular, saya memang trauma dan takut.

Assalamualaikum wbt.

– Cik Wire Jewelries (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *