Aku Dan Zakat Pendapatan

Assalamualaikum semua. Aku nak confess dan share pengalaman aku dengan zakat pendapatan. Sedikit tentang aku, Lilly, wanita berkerjaya berusia 30-an dan dah berkahwin. Tapi tak kisah pun semua tu, takde kena mengena sangat dengan topik pun heee.

Semuanya bermula bila aku dinaikkan pangkat pada 2014, daripada jawatan kerani ke jawatan pegawai. Pada masa tu, aku dah buat potongan gaji untuk zakat pendapatan aku (mengikut perkiraan gaji kerani aku) dan masa tu aku bayar lebih dari kadar yang sepatutnya.

Malangnya, ketika aku dinaikkan pangkat, aku terlupa untuk recalculate jumlah zakat yang sepatutnya aku bayar. Gaji aku dipotong pada kadar yang sama je and benda ni berlarutan sampai ke Disember 2019. Sebab lonjakan pangkat aku tu bertingkat jugaklah, jumlah zakat pendapatan yang harus aku bayar agak banyak bezanya dengan yang asal.

Aku cakap pada suami, aku nak bawa semua slip gaji aku (termasuk borang EC untuk cukai tu) dari bulan aku naik pangkat sampailah ke bulan Disember 2019 ke pusat pungutan zakat terdekat. Nasib baik aku simpan, skema betul aku ni rupanya hehehe.

Sampai ke pusat pungutan zakat, aku minta pegawai di situ untuk buat pengiraan untuk aku. Dari tahun 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019. Jenuh.

Nah, kau.

Jumlah yang patut aku bayar adalah lebih kurang RM 2,600.00. Aku rasa malu dan sedih. Bukan segan dengan pegawai tu, tapi sedar kelalaian aku. Jumlah tu tak lah banyak sangat, tapi tak juga sedikit. Bukan jumlah tu yang aku risaukan sangat pun, tapi sedikit sebanyak it reflects how I have been dismissive of this responsibility.

As if kau tak tahu yang membayar zakat itu salah satu rukun Islam, ya Lilly? Aku teringat balik pada satu zaman ni, senang-senang je aku kirimkan RM50.00 bila suami aku solat Jumaat. I could do it every week dan tak terasa pun duit aku berkurang. Tapi sedekah itu sunat, Lilly, dan zakat itu wajib.

Aku patut lebih peka dengan hal sebegini supaya lepas ni, aku boleh bertindak dengan lebih bijak serta berilmu. Ada je cakap, boleh je bayar zakat sendiri-sendiri (tak perlu melalui pusat pungutan zakat pun) tapi pada aku, bila kerajaan dah tetapkan channel tu, ikut je la.

So kat pusat pungutan zakat tu sendiri aku terus update potongan gaji untuk pembayaran zakat aku. Banyak juga beza dia tapi sebanyak mana perbezaan dia tu, sebanyak tu jugaklah kelalaian aku selama ini. Haih.

Tujuan aku menulis ni adalah untuk meyeru kawan-kawan, adik-kakak-abang-pakcik-makcik untuk kita semua revise balik pembayaran zakat pendapatan kita.

Pada aku, kesilapan aku kecik je, aku terlepas pandang (bukan aku sengaja tak mahu bayar) tapi akibat kelalaian aku tu, aku tak fikir kecik. Semoga Allah permudahkan aku untuk membayar balik zakat pendapatan aku yang dah terlepas tu beserta zakat dari future earnings aku juga.

Sebenarnya, aku mula terfikir tentang zakat pendapatan ni bila aku mula rasa teringinnnn untuk mengerjakan Haji tahun ni. Perasaan sayu dan hiba tu jangan cakaplah, aku sampai ke tahap dengan strangers dan kawan biasa pun aku bagitau aku teringin nak pegi Haji padahal aku bukanlah seorang yang ringan mulut bercerita tentang diri sendiri. Apatah lagi nak share tentang spiritual journey aku.

Aku jugak banyakkkkk kekurangan dari segi menutup aurat, ilmu apatah lagi amal. Bila tengok akaun Tabung Haji aku pun, adoii menyedihkan. Tapi takpelah, inilah usaha aku.

Betulkan aku kalau tersilap, rasanya boleh je aku increase portion untuk simpanan Tabung Haji aku dan kurangkan pembayaran zakat yang aku kena bayar tu. Tapi takpe kot. Semoga ‘sakit’ membayar tu menjadi pengajaran untuk diri aku sendiri.

Malam tu, aku balik dan bukak almari aku. Aku tergelak tengok duck tower aku yang pendek tu (not even a tower – less than 10 ok!) aku belek baju cantik-cantik serta makeup & skincare berjenama yang aku beli sebelum ini. I wish I had spent all that money towards Hajj or towards zakat pendapatan aku. Tapi aku fikir daripada aku menyesal – baik aku bersyukur.

Setiap satu benda yang aku beli tu, aku betul-betul nak at that time. And I got it. I have had my fun. Maybe I can use my money for better things pulak lepas ni.

Mungkin ada orang lain yang macam aku kat luar sana. Dia bukan tak mahu bayar zakat, dia cuma terleka sikit. Aku doakan dia juga tersedar dan cepat-cepat betulkan kesilapan dia. Semoga dia akan lebih peka dengan semua tanggungjawab dia.

Doakan aku ye semua! And thanks for reading!

P/s : untuk confessor Gohan yang share tentang tips Haji tu, thanks sis, saya baca banyak kali. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/?s=tips+haji). Semoga saya pun dapat laksanakan ibadah haji sebaik sis.

– Lilly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit