Tinta Seorang Graduan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tinta-seorang-graduan/).

Terima kasih admin iium confessions andai artikel ini dipilih untuk disiarkan.

Buat pembaca yang budiman, terima kasih untuk nasihat yang positif dan doa yang anda kirimkan melalui komen. Buat mereka yang bertanya mengapa pilih bidang edu? InsyaAllah, aku akan menjawab persoalan anda.

Ingin aku tegaskan, setiap perkara yang kita lalui adalah tak sama, ada yang mudah dan ada yang susah. Disebalik kejayaan dan kegagalan seseorang, kita tak tahu apa yang dia telah lalui, jadi dengar kan sebaiknya, kalau perlu bantulah seadanya.

Tahun 2013 aku menyenaraikan nama2 universiti, phone number beserta course yang sesuai. Setelah call setiap universiti aku membuat pilihan. Fokus utama adalah aspek yuran.

Aku datang dari keluarga yang susah, mula bekerja semasa berumur 14 tahun. Zaman degree dan master aku bekerja mencari pendapatan sendiri. Pada masa itu, UA ini menawarkan yuran yang rendah berbanding U lain.

Justeru, aku memilih UA ini dimana course yang ditawarkan bersesuaian dan bonusnya ada pendidikan. Itulah sebab utama, kenapa pendidikan menjadi pilihan. Sebenarnya banyak aspek yang perlu diteliti sebelum jump to conclusion. Ini cerita aku, lain orang lain asbab pemilihannya.

“Dia yang salah pilih course salahkan tak ada kerja” . Kenyataan ini terlalu menyakitkan graduan macam kami. Tambahan pula, sudah aku nyatakan pengalaman kerja yang aku ada.

Semasa degree, aku mendapat course yang aku tidak minta dan itu adalah takdir yang Allah dah tetapkan. Adakah aku perlu salahkan takdir? Adakah aku perlu salahkan kerajaan?

Segelintir daripada kita mendapat  bidang yang baik dengan peluang pekerjaan yang banyak. Itu rezeki mereka, tidak perlu dipertikaikan lagi. Segelintir lagi, mendapat bidang yang kritikal, ini juga rezeki, rezeki belajar cuma peluang pekerjaan dalam bidang tersebut agak terhad.

Belajar untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarga, setelah tamat belajar baru tahu hakikat sebenar. Berapa ramai graduan yang buka mata setelah hampir tamat belajar atau sudah tamat belajar.

Commonlah dah 2020, bukalah minda, berhentilah judge tanpa statement yang kukuh. Jika kalian tidak mampu bersangka baik, pejamlah mata, biarkan sahaja.

Pembaca yang budiman. Saban tahun jumlah pengangguran meningkat. Adakah semua graduan tersebut salah memilih bidang? Adakah mereka terlalu memilih pekerjaan?

Baik lah, biar aku bertinta. Kalau diberi pilihan aku akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan bidang dan gaji yang lebih baik. Tetapi, rezeki tidak memihak padaku, jelas aku tidak duduk goyang kaki sebaliknya aku mencari rezeki walaupun hanya bergaji kecil.

Jika ingin mengupas soal ini pastinya mengambil masa yang agak lama. Kenapa? Kerana aku hanyalah seorang daripada berpuluh ribu graduan yang ada. Sudah aku katakan, ini bukan masa yang tepat untuk menuding jari. Tetapi ini luahan, luahan aku seorang graduan.

Terima kasih buat pembaca budiman. Komen positif kalian bukan sahaja membantu meningkatkan semangat dan motivasi aku tetapi turut membantu graduan lain yang juga seperti aku. Semoga Allah permudahkan urusan dan rezeki kalian, amiin.

– Kaoru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *