Untuk part I, (https://iiumc.com/mak-5/).
Salam sejahtera kepada semua. Sebelum aku tulis sambungan dari post “Mak” pada 15 Januari 2020 yang lalu, aku nak ucapkan terima kasih pada admin kerana sudi publish post aku.
Dari komen pembaca aku dapat sedikit sebanyak semangat yang hilang. Aku tak boleh luahkan secara zahir kepada orang sekeliling aku, sebab aku tak reti. Aku hanya mampu luahkan dengan cara macam ni je.
Sebenarnya aku tak ada niat pun nak sambung post yang kedua ni tapi disebabkan sambil mengemas-mengemas aku buka youtube dan terdengar lagu “Ibu – Azzam” terus aku rasa nak karang sesuatu. Just to share honest feeling and thoughts, asking for more opinions.
Sebelum aku bercerita, aku nak terangkan yang aku ni bukanlah anak yang baik sangat macam netizen komen sebelum ni. Rasa serba-salah pulak orang ingat aku ni baik sangat. Aku pun manusia biasa. Ada hari aku boleh layan mak aku dengan baik, ada hari tak.
Ada kadang-kadang tu berselisih faham juga sebab kami sama-sama angin. Ada hari kami merajuk sampai tak nak makan sekali. Tapi tak lama lah, lepas tu baik je balik macam tak ada apa jadi. Itulah ragam kami anak-beranak.
Ok sebenarnye aku sorang-sorang di rumah mak aku sekarang. Tak tahu nak buat apa dirumah ni. Dulu selalu juga menempel disebelah mak main candy crush dengan mak aku kalau tak keluar jalan-jalan.
Ya, mak aku ni bukan lah mak-mak yang terlampau konservatif. Dia tahu guna apps yang tertentu secara basic dan berpada-pada. Nak masak pun tengok resipi internet. Ok. Air mata tetiba nak keluar pulak. Sekarang baru aku tahu.
Apa yang aku rasa rimas, letih dan tak suka tu sebenarnya apa yang aku tengah rindukan. Bebelan mak, teguran mak, kemarahan mak, kecerewetan mak, benda kecik-kecik mak suruh dan apa-apa sahaja yang berkaitan mak aku.
Mak aku suka request aku potong kuku tangan dan kaki dia. Kalau untuk drive kereta pun pilih aku lagi dari adik-adik aku. Kalau nak masak pun tunggu aku balik untuk masak dari adik-adik aku.
Jadi, aku selalu lah bising kenapa asyik-asyik aku tapi aku buat je jugak walaupun bising. Tapi tu dulu. Sekarang, dah tak ada command tu semua. Aku rindu-rindu sangat nak buat lagi. Kalau korang biasa dengar pepatah “dah tak ada baru terhegeh-hegeh”, itulah aku sekarang.
Alangkah bagusnya kalau dapat cubaan kali pertama rasa kehilangan orang yang kita sayang sebelum diorang pergi betul-betul buat selamanya, tentu-tentu lepas rasa trial aku buat semuanya tanpa rasa jemu. Tapi tu tak mungkin.
Hidup sehari-hari dan mati tu hanya sekali. Rindu yang tak berpenghujung dan menyesal tak sudah tu yang aku rasa sekarang.
Walaupun zahirnya orang nampak aku jalani kehidupan seharian macam normal, hati menangis selalu teringat mak aku. Dari sekecik-kecik benda sampai ke besar-besar benda mesti terkenangkan mak aku. “Mak aku suka ni, mak aku suka tu, kalau mak aku ni, kalau mak aku tu…”
Sedihnya, hanya Tuhan yang tahu. Ya, aku faham mati tu pasti. Aku pun akan mati juga nanti. Bak kata netizen, hanya masa yang dapat ubati semua ni. Kawan aku pun ada pesan supaya sibukkan diri supaya dapat larikan fikiran dari selalu ingat apa yang dah jadi. Tapi aku susah nak buat benda tu.
Aku ada terfikir untuk lari berhijrah ke satu negara ni. Tapi aku rasa macam pentingkan diri sangat kalau aku tinggalkan semua disini walaupun aku yakin semua boleh survive sekiranya aku tak ada. Aku rasa memori aku akan stuck ditahap yang sama kalau aku tak berhijrah.
Aku pernah ambik masa lebih 5 tahun untuk move on dari apa yang aku sayang, aku berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, aku fikir tempat baru mampu melupakan aku pada seribu satu kenangan yang aku asyik repeat dalam otak aku ni.
Aku pun tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Sama ada aku pergi dulu atau yang lain-lain akan pergi dulu. Aku cuma nak cari ketenangan dan hidup sederhana menjadi hambanya sampai masa aku tiba.
Aku dah tak ada cita-cita setinggi gunung sebab aku rasa dah habis tujuan lain didunia ni bila mak aku dah tak ada. Walaupun adik-adik aku masih ada, sokongan aku tak akan pernah putus.
Sebab suatu masa nanti, pasti semua kami ini akan bawa haluan masing-masing nanti bila dah berkeluarga. Aku nak semua bersedia dari awal. Dan aku hanya nak keluar dari cycle kehidupan yang aku tengah jalani ni supaya aku boleh teruskan hidup dengan seadanya.
Mintak pendapat semua sama ada aku berfikir secara rasional atau tidak. Betul ke tindakan aku untuk berhijrah ke tempat lain jauh dari orang-orang yang sayang aku..
– C. Z25 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit