Dilema Dan Keraguan

Saya ada keraguan dalam diri. Sejak dari zaman belajar lagi. Saya nak start dengan kerjaya yang bagus, tapi saya ragu-ragu dengan diri, saya boleh atau tak. First saya kerja, saya ditipu. Saya down. Akhirnya, saya hanya mohon jadi Admin Asst sahaja walhal kawan lain dah jadi Exec.

Bila saya ada kesungguhan nak berubah, saya cuba nasib. Mohon jadi HR Exec. Saya dapat, tapi company tak kukuh. Mereka paksa saya buat kerja Admin, HR, dengan PA dengan gaji yang sikit. Saya relakan sebab nak cari pengalaman.

Kemudian saya cuba lagi dekat tempat lain, dapat jadi PA. Lagi sekali, saya ditindas. Kerja bagai nak gila, hari-hari balik pukul 8,9 malam. Gaji terlalu kecil, saya terganggu dengan kerja yang tak pernah habis dan tekanan dari boss.

Nama pun PA kan, tapi sampai kad kahwin family dia saya nak kena hantar, shaver, alat rebus telur, barang isteri anak pun saya nak kena beli. Over sangatlah. Hari Ahad pun kena kacau.

Saya ambil keputusan untuk berhenti kerana syarikat tu melampau sangat. Saya sudah bekerja dengan 4 syarikat, semuanya jenis cekik kudrat orang tapi gaji kedekut yang amat. Takde OT, minyak kenderaan tak boleh claim sebab belum permanent, sorang buat 2,3 jawatan punya kerja, macam-macam lagi. (4 syarikat semua syarikat Melayu).

Makin lama, makin teruk layanan saya dapat setiap kali saya dapat kerja baru. Macam kerja dengan ‘Israel’ pulak rasa. Melayu nak tindas bangsa sendiri. Nampak peluang lagi nak pijak. Padahal kalau Cina kerja dengan Cina, gaji besar. Lagi diorang sayang dan jaga.

Sekarang saya sudah berkahwin dan bekerja sebagai Admin Asst lagi. (Kerja dengan Cina). Saya happy kali ni sebab gaji tak macam dulu. Syarikat yang saya bekerja sekarang sangat bagus, senang mintak cuti, balik on time, cuti Sabtu Ahad.

Memang sesuailah dengan saya yang ada anak ni, boleh luangkan masa hujung minggu. Kerja pun tak stress. Suami saya pula dah sediakan semua keperluan dari rumah, kereta, semua yang saya tak pernah ada kalau saya bergantung pada gaji sendiri.

Walaupun saya sudah ada semua, tapi itu hak suami, hasil titik peluh dia sendiri. Saya? Basikal pun tak ada. Haha. Saya cemburu. Dengan SPM, suami saya mampu ada semua. Dengan DEGREE, saya tak ada apa. Kawan-kawan sudah jauh kedepan menjadi SENIOR Exec.

Saya nak kejar impian saya. Saya nak ada harta sendiri yang saya boleh banggakan. Boleh wariskan. Tapi macam mana dengan anak saya? Kalau saya berhenti dah cari peluang baru, boleh ke saya luangkan masa dengan anak macam sekarang? Mungkin kena kerja hari Sabtu. Mungkin jadi macam dulu, balik lambat sentiasa. Saya ragu-ragu lagi.

Persoalan bermain dalam kepala saya ni. Sampai sini je ke usaha saya? Ini je ke gaji yang saya mampu dapat? Kalau saya berhenti cari kerja lain, saya akan menyesal? Kena pijak lagi ke macam sebelum ni? Patut ke saya lupakan impian saya dan fokus pada suami dan anak?

Saya pasti ramai yang dilema macam saya. Boleh saya minta pendapat saudara saudari apa patut saya lakukan?

Sini saya bagi tips cara elak bekerja dengan company ‘Israel’ berdasarkan pengalaman.

1. Company yang bagus tak akan sentiasa post jawatan kosong. Kalau selang 2,3 bulan ada je jawatan yang sama dia cari, tu bukan company yang bagus. Kalau bagus takkan ada yang nak berhenti sentiasa.

2. Mudah sangat proses interview, tiba-tiba suruh datang esok kerja.

3. Masa interview, tengok keadaan keliling. Kalau susunan perabot tak teratur, lampu tak terpasang atau ada yang rosak tak berganti, suasana kelam, maka ada kemungkinan company tu ada masalah. Company bagus sentiasa jaga keperluan pekerja, environment bekerja, dll. Tengok karpet lah senang, kalau kepam tu ade la tu.

4. Company besar tak semestinya bagus. Anda tak tahu dalaman mereka macam mana. Contoh: bagi gaji kecil, kedekut, rasuah, dll.

5. Jangan terpedaya kalau masa interview dia bagitahu big boss ada banyak company lain. Jangan nak ‘WOW’ sangat. Itu tandanya dia nak suruh kita buat 2,3 kerja. Nak jimat. Buat Account, tapi untuk 3,4 syarikat dia.

6. Jangan pandang company yang dari luar bangunannye buruk ni tak ada duit, kadang-kadang diorang bagi gaji lagi besar dari company yang awak pernah kerja. Dan jangan pandang company yang ada bangunan besar-besar tu boleh bagi gaji besar.

– Fatin Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *