Aku Nak Berhenti

Assalamualaikum semua. Bismillah. Pengakuan aku ni macam agak sama dengan En.Cermin “Dilema tentang Kerja”, (https://iiumc.com/dilema-tentang-kerja/).

Cumanya aku masih berkira nak berhenti kerja di atas situasi dan sebab yang akan aku ceritakan. Mohon pendapat warga iium apa yang patut aku lakukan.

Aku bekerja di syarikat swasta sebagai jurutera dah dekat 3 tahun. Pada tahun ke-2 aku dah mula nampak cabaran dia setelah aku diberi mandat sebagai ketua projek dalam team aku. Dengan alasan, team bersepakat, setiap orang akan pegang 1 projek.

Persekitaran kerja aku sama macam En.Cermin. Aku harap korang faham ye. Mula-mula, projek ni ada 5 orang, termasuk 4 orang senior dan aku seorang junior. Lega sebab dengan bantuan mereka, aku dapat belajar banyak benda, terutama macam mana nak bawa penjalanan projek ni.

Tapi kadang-kadang aku kurang selesa sebab rakan sekerja suka berbincang dalam bahasa ‘ibunda’ mereka. Aku yang duduk dalam meeting pun terpinga-pinga apa yang diorang bincangkan. Nak tegur tapi junior… hmmm.

Nak diteruskan cerita, kerja aku ni ada 2 Fasa. Fasa pertama, aku sedikit pakar sebab masa aku mula-mula masuk di sini, aku sentiasa di beri tugas yang sama dan aku dah boleh hafal segala cara/kaedah dan debug skill untuk sesuatu masalah yang berlaku.

Namun, setelah 2 bulan projek ini bermula, semua senior aku dah berpindah buat projek lain dan tinggalkan aku kesorangan menyambung projek ni di Fasa 2. Pada masa tu, aku memang positif dan mampu bawa projek ni sampai akhir. Tetapi, sebenarnya di sinilah masalah/cabaran aku bermula.

Masalah ni aku ajukan kepada senior aku, tapi diorang dah kurang ambil tahu atas alasan, kita dah buat projek lain-lain. Dan diorang sarankan aku bincangkan sendiri dengan team projek.

Ya, aku buat, bincang macam mana nak selesaikan masalah yang berlaku di Fasa 2. Tetapi, kadang-kadang aku tak dapat nak kejar bebanan kerja yang mulai bertambah di Fasa 1 dan Fasa 2 secara parallel.Aku perlu merancang,menjalankan dan menyelesaikan kerja dengan sendiri.

Oleh sebab kerja-kerja ni, aku kurang makan, tidur tak lena, tiba-tiba terbangun tengah malam rasa resah fikir tentang kerja. Bangun pagi hari kerja, dengan mata panda, kadang-kadang jantung aku berdegup laju, aku takut nak pergi meeting, nak update laporan.

Kerana progress aku, aku selalu dengar kesimpulan daripada meeting projek walaupun tak tuju kepada aku tapi aku terasa yang macam tuju pada aku yang ‘low experience’, ‘so slow’, ‘need more time’ ‘not fast learner’. Bila aku cerita dekat kawan aku, diorang suruh aku bersabar dan suruh aku cari team lain…

Pada senior satu team, diorang cakap, diorang pernah kena lebih banyak projek, tapi, masa tu mereka per group, sekarang aku sorang per projek.

Dan untuk pengetahuan semua, dalam team, aku sorang je yang ‘alone’ pegang satu projek. Projek lain, dikatakan lebih daripada 3 orang. Ya, aku dah bercakap dengan manager aku…’burst’ weh. Dah tak tahan. Dia cakap dia akan cuba dapatkan pertolongan senior, tapi… aku mampu ber’huhu’ je.

Dan, aku pun memang ada ‘bad thinking’ untuk buat benda-benda yang dimurka Allah. Astaghfirullahalazim. Aku nak berhenti kerja tapi tak tahu nak bagi alasan macam mana.

Kadang-kadang, tak jadi nak berhenti sebab aku fikir, ada lambakan kerja yang masih perlu diselesaikan dan sebenarnya aku memang tak mampu nak buat semua dalam satu masa.

Aku dah cuba cuti seminggu, tenangkan fikiran, tapi sebab aku tiada coverage nak ganti masa aku cuti, kerja tetap ‘maintain’. Warga IIUMC boleh bagi aku idea/nasihat tak?

Maafkan aku, penulisan bahasa kurang kemas sikit ditambah dengan bahasa rojak. Terima kasih.

– Miss Panda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *