Dilema Tentang Kerja

Permasalahan kedua, disebabkan skop kerja yang tidak jelas, semasa saya mula2 masuk ke syarikat ini, terdapat isu dengan product dipulangkan oleh "customer" untuk

Assalamualaikum warga iiumc. Saya Cermin. Lelaki. Pengakuan saya disini hanyalah untuk meminta pendapat warga iiumc sekalian.

Patutkan saya berhenti kerja? Saya telah bekerja sebagai jurutera selama 1 tahun lebih di syarikat sekarang dengan gaji sebanyak 3.5k. Akan tetapi saya langsung tidak gembira bekerja di sini.

Rata-rata semua engineer disini adalah chinese. Hanya saya seorang di dalam jabatan saya berbangsa melayu. Jadi saya tidak mempunyai kawan disini. Kadang-kadang saya berasa keseorangan bekerja. Ditambah pula bebanan kerja saya yang sangat banyak.

Sebelum ini saya mempunyai rakan sekerja. Akibat skop kerja yang tidak jelas, saya lebih banyak membuat kerja berbanding rakan sekerja. Sedangkan kerja-kerja itu semua dibawah skop kerja beliau.

Bila saya bersemuka dengan beliau, saya jelaskan skop kerja dan menyatakan beliau banyak lepas tangan, maka tercetuslah isu dimana beliau enggan bekerja dengan saya. Langsung tidak hadir ke mesyuarat, enggan bekerjasama dengan saya untuk menyelesaikan tugas dan menyulitkan kerja harian saya.

Oleh itu saya telah berjumpa dengan pengurus saya dan berbincang akan hal ini. Pengurus saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau dari projek yang kami jalankan. Maka tinggal saya seorang sahaja menjadikan bebanan kerja saya sangat banyak.

Permasalahan kedua, disebabkan skop kerja yang tidak jelas, semasa saya mula2 masuk ke syarikat ini, terdapat isu dengan product dipulangkan oleh “customer” untuk dibaiki. Sebagai jurutera, saya telah diarahkan oleh “production” untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Semenjak dari itu RMA telah menjadi kerja saya. Baru-baru ini saya telah memberitahu “senior” saya yang bebanan kerja saya terlampau banyak ditambah saya perlu mengendalikan “product” baru. Ini adalah tugas hakiki saya iaitu mengendalikan “product” baru.

Setelah berbincang dan menyenaraikan kerja-kerja saya, “senior” saya mengatakan bahawa RMA bukanlah tugas saya. Ia adalah tugas production. Saya hanya menyediakan sistem sahaja.

Maka saya berjumpa dengan production supervisor untuk berbincang dan menyerahkan tugas ini kepada beliau. Akan tetapi beliau enggan memberi kerjasama dan menyatakan saya ingin lepas tangan dari kerja. Sampai sekarang saya masih lagi membuat semua kerja berkaitan RMA.

Permasalah ketiga, adalah diantara saya dengan seorang program management. Beliau “incharge” untuk pesanan-pesanan “customer”, permulaan product baru dan hal2 berkaitan “customer”.

Beliau selalu mencari kesalahan saya, ada sahaja yang tidak kene dimata beliau. Beliau selalu mengatakan bahawa mereka bukan bidang kejuruteraan, maka menjadi tugas saya untuk “advise” dari segi teknikal.

Akan tetapi hampir kesemua teknikal “advise” saya ditolak, dipersoal dan dipertikaikan oleh beliau. Sedangkan manager beliau dengan mudah paham setiap penjelasan saya.hal ini menjadikan saya sangat tidak “enjoy” untuk bekerja lagi.

Setiap hari saya balik kebilik sewa dan meraung seorang diri. Tidak boleh tidur waktu malam memikirkan kerja. Bangun pagi terus tidak tenang memikirkan kerja, perlu ke pejabat untuk kerja.

Semasa membawa motor, saya selalu berfikiran untuk melanggar kereta supaya kemalangan agar tidak perlu untuk masuk kerja.

Sekarang seolah-olah saya telah hilang “passion” untuk bekerja sebagai jurutera. Saya hanya ingin pulang ke kampung halaman dan bekerja biasa-biasa sahaja. Yang penting gembira.

Saya tidak perlukan duit yang banyak. Saya hanya menanggung ibubapa dan adik saya sahaja. Saya tidak mempuyai “loan” kereta. Saya hanya inginkan kehidupan yang ringkas dan tenang. Saya cukup dengan gaji 1300 untuk duduk di kampung.

Masalah kalau saya berhenti, ibubapa pasti akan kecewa. Masyarakat pasti akan mengata. Apa patut saya buat. I AM AT BREAKING POINT NOW.

– Cermin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!