Jelik & Risau

Salam.

.

Aku ada satu kerisauan, tentang anak-anak muda dan media sosial. Aku buka instagram, penuh dengan anak muda yang galak selfie nya, ootd nya, gambar acah hipster nya.

.

Yang umur-umur kita ni satu hal. Yang adik-adik sekolah tu lagi lah. Penuh dengan goals & angan-angan. Baik yang perempuan, mahupun yang laki-laki nya. Pernah juga dulunya aku cemburu melihatkan rezeki instafamous, mungkin dari segi cantiknya, pakaiannya, 'hipster' & cool nya dia. Tapi sekarang, aku jadi jelik. Bukan kerana aku dengki. Tapi jelik dengan taksubnya kita-kita semua ini. Sedih lagi menyedihkan.

.

Aku malas lah susun ayat. Pokoknya, jelik, risau & paling utama, berat. Aku rasa berat tanggungjawab kita. Jauh lagi perjalanan kita. Banyak yang kita perlu perbetulkan, dan ia bermula dengan diri. Tanya balik pada diri, pada iman kita, ke mana arah kita ini, siapa yang kita nak jadi

– Kakak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *