Assalamualaikum buat pembaca. Confession ini, ditujukan khas untuk confession dari Addin yang bertajuk ‘mencintai dan menyayangi tak semestinya memiliki’ (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki/).
Saya kebetulan berhadapan dengan seorang lelaki seperti awak.
But before that, izinkan sangat2 saya untuk rojak bahasa memandangkan cara saya membesar lebih ke arah baratan dan pernah duduk diluar negara for some quite time. Maafkan saya ya pembaca. Saya masih berusaha tetapi bahasa saya masih kurang umphh dalam mengayat.
The guy I mentioned, berkenalan secara online dan kami berjumpa. Memang masing2 sedang mencari jodoh. Kebetulan pula saya seorang andartu yang tidak pernah in any relationship sebelum ni. Umur makin lanjut. Ketika itu saya di awal 30an.
Berkenalan dengan dia, saya namakan sebagai Bayang lah. Supaya semua org boleh bayang sama2. (Okay, sorry for lame joke). I noticed Bayang ni have a guarded heart. Layan saya acuh tak acuh. Cold hearted. Diam, and then muncul. Diam, muncul balik.
Oleh kerana saya ini seorang yang agak naif, saya pun tunggu la Bayang ni dengan penuh kesabaran. Bila chatting online pun, die memang tak suke open up dengan saya.
Berjumpa pun, nampak macam die suka je dekat saya. Lepas first time jumpa, die mesej untuk jumpa lagi. Tapi yang tak best, first time jumpa asyek cite je awek sana sini die try. Macam ramai awek la ni. Bayang pun a bit good looking. Memang tengok pon saya cair la.
Nak dijadikan cerita, oleh kerana saya ni seorang yang susah nak faham ke ape, die tak declare pun saya ni siapa. Tapi saya setia berkenalan dengan Bayang.
Ada jugak selepas2 tu ramai nak kenal (tiba2 kan? Selama ni tak de pon?). Tapi saya ingat kalau orang tu dah ada niat nak kawen.. macam ade silent agreement la kan? Entahlah. Maafkanlah sifat lurus saya.
Tapikan… Kenapa saya sabar dengan dia? Walaupun dia tak cakap dekat saya, saya perasan satu benda. He’s holding something back. He hiding part of himself. He is suffering of something. I can see his broken soul.
Lama tau saya tunggu Bayang ni. Sampai la maybe time tu hati die dah lembut ke hape… Or doa saya didengari…
(Saya tiap malam doakan dia, either die bertemu seseorang yang akan sayang die lebih dari saya atau kalau saya yang plg syg dia, biar je la saya jd jodoh dia.)… Bayang start mesej saya balik dengan kerap. Saya sangat happy. Mesej kerap menjadi tiap2 hari.
Sampailah dia bersedia bercerita. Cerita dia lebih kurang macam bro Addin. Bahawa dia dah all out untuk cinta dia sebelum ni. Yang dia buat mcm2 untuk perempuan sebelum ni. Yang diri die tak diappreciate.
Dia berkorban banyak untuk perempuan yang tak halal untuk die. And then kali ni, die dah tak mampu untuk suka seperti dulu.
Dan…untuk pengetahuan semua orang… Apa yang saya buat sehingga dia berlembut hati selain berdoa untuk dia?
Dia nampak yang saya buat usaha sepertimana dia pernah beriya nak dengan perempuan tu. Saya hargai semua small gesture dia dan saya nyatakan appreciation saya kepada dia. Apa yang dia pandang pada saya adalah dia suatu masa dahulu.
Maaflah oleh kerana saya kurang pandai dari segi penulisan, saya tak mampu cerita dengan lebih detail apa usaha saya untuk dia. Tapi, beriya la jugak saya. Beriya in restricted ways jugak. Send him gifts, give him moral support, gave him space to be alone.
Bukan mudah ya untuk dapatkan hati dia, tapi InsyaAllah, it gonna be worth it. Sebab kami masing2 menginjak ke umur 40. Buruk benar la orang tua bercinta. We are happily married right now though tak ada rezeki lagi.
Eh berbalik kepada bro Addin, u going to heal with all this pain. If one day u see a girl giving her best the way it reminded it was u, marry her, will ya? Akan ada orang yang akan lebih sayangkan awak.
Masa mula2 dulu, saya tahu saya yang lebih sayangkan dia and alhamdulillah he let me. Sekarang, maybe dia dah makin heal.
The scar may be there. It might bleed sometimes. But allow other to love that tender heart of yours. It will not be easy. I know, because I can see it in his eyes. He loves too deep. He used to be drown. Though I am able to pull him to the surface, I still can’t pull him fully out from the water.
Sometimes it hurt me to see him hurting from the past. I wish I could slap the women he used to loved. Hehe. Sis okay actually knowing his past.
Nanti kalau saya rajin, saya maybe akan confess kenapa saya boleh terima this wounded soul. Tapi, penulisan saya amat awkward. Harap penulisan ini akan bagi harapan untuk bro Addin.
U going to heal. Believe it.
– Kek Keju (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit