Gunting Dalam Lipatan

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi publish confession aku.

Nama aku Leha (bukan nama sebenar). Aku tertarik nak buat confession ni bila aku baca kisah butan, kisah aku dengan dia lebih kurang sama tapi lain situasi.

Link kalau nak baca cerita butan :

(https://iiumc.com/?s=Roommate+Dalam+Selimut).

Kalau butan kisah pasal roommate dia, kisah aku dengan rakan kerja aku.

Aku kerja dah 4 tahun lepas grad, selama aku kerja kat situ setiap tahun pekerja bertukar ganti. Sampai pada tahun ketiga aku kerja kat situ tinggal 2 orang je pekerja paling lama iaitu aku dan Lin. Yang lain pekerja baru.

Lin ni kira lebih tua dari aku, aku hormat dia macam aku hormat mak aku la. 2 orang staff baru tu nama Syasya dan Mona.

Kisah Gunting dalam Lipatan ni bermula bila Syasya mengadu kat aku yang dia bergaduh dengan Mona. Aku ni selaku staff senior kat situ cuba nak selesaikan masalah diorang. Aku selidik dan tanya kisah sebenar dekat Mona dan aku simpulkan diorang gaduh sebab salah faham.

Tapi lain pulak jadi, Syasya tuduh aku yang jadi batu api antara dia dengan Mona. Aku pelik kenapa aku pulak dituduh. Lepas dari kejadian tu aku angkat kaki dan tak ambik tahu pasal kes diorang.

Siapa yang jadi gunting sebenarnya? Korang kena baca sampai habis.

Tiba satu waktu, aku bercuti sebab aku kawen, aku ambik cuti seminggu. Dan bila aku masuk kerja balik aku tengok Lin dah tak bercakap dengan aku, tengok muka aku pun taknak. Aku tanya Lin apa-apa dia jawab sepatah dan tak pandang langsung muka aku. Aikk.. ni dah kenape?

Oh ye, masa ni Syasya dah berhenti dah jadi tinggal aku, Lin dan Mona je.

Aku pun pergila tanya Mona kenapa Lin macam tu, kot-kot dia ada cerita masa aku takde kan.

Mona pun cerita la sebenarnya Lin banyak benda tak puas hati dengan aku, aku ni buat kerja tak bagus, kerja sambil lewa dan selalu nak rendahkan Lin sebab aku ni belajar tinggi Lin setakat SPM je. Banyak lagi Mona cerita.

Bila dah dengar cerita Mona, aku pun jadi naik angin, dah kenapa sebelum Lin ni takde pulak nak terus terang dengan aku, kenapa tak cakap depan-depan.

Bila dah naik angin tahu-tahu jela mulut ni lancar je keluar macam-macam. Mula dari haritu, aku memang dah tak bercakap langsung dengan Lin, aku buat hal aku je, aku tak keluar dari tempat aku, aku tak makan sama-sama sebab aku geram dengan Lin.

Mona pulak hari-hari cerita dekat aku apa yang Lin kutuk aku, aku memang tak sangka Lin macam tu, situasi sekarang dah jadi macam ni, Mona baik dengan aku, Mona baik dengan Lin, dan aku gaduh dengan Lin. Mona hari-hari elok je borak dengan Lin kat pantri.

Sebelum ni aku memang rapat dengan Lin, Mona rapat dengan Syasya.

Sampai 3 bulan aku tak bercakap dengan Lin, bos aku dapat tahu pasal aku dengan Lin ni. Bos terus buat meeting dan semua staff kena ada. Bos suruh semua staff terus terang apa masalah yang jadi.

Aku dan Lin apa lagi, habis semua benda yang tak puas hati keluar tapi Mona diam membisu. Sedangkan aku rasa Mona yang lebih tahu hal sebenar sebab dia yang sampaikan apa-apa cerita dekat aku.

Bila habis meeting, aku dah dapat tangkap apa yang jadi sebenarnya. Malam tu aku text Lin, aku mintak maaf dengan dia dan aku terangkan situasi sebenar.

Aku tak pernah kutuk dia dan perlekehkan dia (ni apa yang Mona cerita Lin, Mona cakap aku perlekehkan dia dan kutuk dia) aku hormat dia sebab dia lebih tua dari aku. Dalam text aku tak sebut satu pun nama Mona.

Lin reply macam ni kat aku : Leha, aku pun mintak maaf kat kau, aku terlalu percayakan apa yang Mona cerita kat aku, aku terlalu percayakan Mona. Dan Lin bagitahu aku semua benda yang Mona cerita pada dia.

Dan sangkaan aku betul, selama ni Mona yang jadi batu api antara aku dan Lin. Mona pergi dekat Lin dia buruk-burukkan aku dan cakap aku kutuk Lin belakang Lin. Bila Mona dengan aku, dia buruk-burukkan Lin, dan cakap Lin buruk-burukkan aku belakang aku.

Dan aku teringat kes Mona dengan Syasya, rupanya Mona jugak yang hasut Syasya cakap aku yang batu apikan diorang.

Korang bayangkan apa perasaan aku, aku percayakan Mona, aku layan Mona sebaik mungkin, tapi ini balasan dia kat aku. Dah la dia staff baru kot kat situ.

Esoknya aku dan Lin dah berbaik, Lin datang tempat kerja dan peluk aku minta maaf. Korang tahu Mona macam mana, dia macam kebingungan tengok aku dengan Lin berbaik.

Mona datang kat aku dan tanya macam mana kami boleh berbaik, aku cuma senyum sinis je.

Dan sekarang, Lin dah berhenti kerja, tinggal lah aku dengan Mona dan beberapa lagi staff baru yang lain. Dan Mona masih lagi dengan perangainya itu tapi korang jangan risau, aku dah warning awal-awal dekat staff baru tentang perangai Mona.

Yess, Mona masih dengan perangainya melagakan dan jadi gunting dalam lipatan antara staff-staff yang lain. Aku harap satu hari kau akan insaf la Mona.

– Leha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *