Aku Hanya Menantu Sahaja

Kalau boleh, keluarga mertua aku memang nak kakak ipar aku bercerai dengan suami dia. Dari 5 adik beradik suami aku, semua dah kahwin dan 2 orang

Dah lama aku pendam perasaan ni. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Aku masih dalam proses nak suai kenal dengan family suami aku. Bukan apa, aku rasa duduk dalam keluarga yang penuh dengan ion negatif.

Dari aku kahwin dah nak masuk tahun ke-6, kakak ipar aku tak henti2 memburukkan suami dia. Dia selalu mengadu dengan mak ayah mertua dan juga laki aku. Serba serbi tak kena.

Katanya keluarga suami dia ni terutamanya kakak suami, selalu mengongkong keluarga dia. Ada je benda nak komen kalau datang rumah dia, langsir baru tukar 2 tahun lepas pun minta tukar yang baru.

Apa lagi, suami dia ada dua rumah, so si suami pun tak de membantah dan merelakan kakaknya tinggal kat rumah yang kedua. Kakak ipar aku ni tak puas hatilah kan, tapi tak luah kat suami dia. Dia mengadu yang kakak ipar dia tu habis dah buat macam harta sendiri rumah yang ditumpangnya.

Lepas tu katanya sampai ke duit suami dia, kakak ipar dia dok minta lagi2 kalau dapat bonus. Dan yang akan rasa azab, adalah dia sebab hujung bulan duit tak cukup dan dia asyik kena makan ikan kembung goreng je?

Entahlah, bagi aku, isteri ni kalau kuat mengeluhnya, kurang rasa syukur secara tak langsung menyekat juga pintu rezeki suami dan dah tentu hati pun tak tenang.

Mak aku sendiri pesan, kalau suami nak belanja untuk keluarga dia lagi2 mak dia, biarkan jangan persoalkan. Dan bila aku tengok memang rezeki ayah aku melimpah ruah sebab banyak bersedekah kat keluarga dia. Hidup mak pun senang n mak sentiasa syukur dengan apa yang ayah beri.

Berbalik kepada cerita kakak ipar aku tu, Ikutkan dulu kakak ipar dia yang jaga suami dia masa suami dia belajar dulu. Suami dia tinggal kat rumah kakak tu, kira bagi makan juga lah.

Jadi apa la salahnya kalau suami dia tu nak balas jasa kakak dia? Apa masalahnya bila suami dia nak berkongsi rezeki dengan keluarga dia especially kakak dia?

Dia tak fikir ke sebelum dia hadir dalam hidup suami dia, ada orang yang sama2 dengan suami dia untuk berjaya? Tak luak pun duit suami tu belanja ahli keluarga dia.

Kalaulah hidup kakak ipar aku tu teruk sangat sebab kena hidup dengan suami dia, kenapa elok je aku tengok setiap minggu keluar berjalan pergi mall dan tinggal pun kat rumah banglo serba lengkap.

Aku rasa kesian kat suami dia sebab isteri habis buka aib suami kat parents n in fact adik beradik. Selagi suami kau bagi kau tempat tinggal, kau cukup makan, bersyukurlah.

Yang tak boleh bla tu, anak nombor 3 kakak ipar aku tu, agak nakal. Boleh pula mak mertua aku cakap, ni ikut perangai suami kakak ipar aku masa kecil?

Then bila anak aku ni jenis yang senang jaga, boleh pula dia claim anak aku tu ikut perangai suami aku masa dia kecil, senang nak jaga n dengar kata.. Wahhh tang yang tak baik je semua pada menantu, yang baik je semua anak2 dia.

Kalau borak dengan aku, mak mertua aku ada je borak n mengadu tak puas hati dengan biras aku tu (suami kakak ipar). Ada je tak kena di mata dia.

Contohnya nak komen yang menantu lelaki tu lembap kalau bersiap, tak tahu nak uruskan keluarga, tak reti jaga anak bagi anak makan tak sihat, boros dan macam2 lagi. Kalau tengah makan tu, aku telan je la nasi tu sambil dengar dia meluahkan perasaan.

Bagi aku, kesian kat biras aku tu. Ye la dia tu suami, habis aib dia n maruah dia tercalar dek kerana mulut isteri yang tak reti nak bersyukur. Aku rasa toksik sangat bila ada yang borak pasal aib biras aku tu. Tak pernah aku dengar satu benda baik pun pasal dia.

Ada satu masa tu, biras aku ni balik dari outstation kat Sabah. Dibelinya kakak ipar aku tu sepasang kain. Itu pun kakak ipar aku merungut kata “kalau kawan2 suami dia tu tak tanya “dah belikan ke untuk isteri”, tak de nya dia belikan untuk aku”. Sampai macam tu sekali ke kakak ipar aku fikir.

Cubalah bersangka baik dan berlapang dada. Mungkin suami dia jenis tak reti nak beli barang2 hadiah utk isteri. So kena ada yang ingatkan.

Nampak tak, betapa kakak ipar aku ni terlampau mencari kelemahan suami dia dan tak meraikan sekecil2 perbuatan sweet dari suami dia? harap sangat kakak ipar aku tu sedar apa yang dia buat selama ni buka aib suami.

Kalau boleh, keluarga mertua aku memang nak kakak ipar aku bercerai dengan suami dia tu.. Dari 5 adik beradik suami aku, semua dah kahwin dan 2 orang dari tu dah bercerai. Tak tahu la aku nak cakap apa dah. Aku diam kan diri je, tak de la nak bagi pendapat apa sebab aku menantu je.

Aku juga perhati mak mertua aku suka sangat ambil pusing benda2 yang remeh. Bab makan, ada sekali tu dibuangnya ikan keli dua ekor yang abang ipar aku beli dari restoran, katanya ada telur lalat.

Aku tengok takde pun sabar je la. Aku dah la suka makan ikan keli, meleleh je air liur aku tengok ikan keli tu kena buang.

Kalau bab pantang makan lepas bersalin/lepas pantang tu, jangan cakaplah. Lepas pantang, aku sorok2 makan benda2 yang dia pantang makan. Aku ni tak percaya makanan2 yang kena pantang lagi2 sayur2 n buah.

Kalau benda tu tak sesuai untuk seseorang, tak boleh lah nak suruh orang lain pun ikut pantang dia. Terseksanya aku rasa kalau balik rumah mak mertua aku sebab kena sekat makan.

Sampai kena sound lah dengan pak mertua aku sebab aku makan benda2 yang pantang dimakan. Malas nak mention nama2 makanan tu, nanti ada pula pro pantang yang sentap.

Tapi kalau bab jamu, disuruhnya makan lepas bersalin. Katanya bagi badan panas, tak tahu dalam badan lepas bersalin tu macam mana keadaan.

Aku pun untuk ambil hati, cakaplah dalam proses cari jamu yang sesuai. Padahal doktor dah pesan kat aku jgn makan sebarang supplement atau jamu sebab aku bersalin czer n breastfeed anak.

Stressnya lahai. Ni kalau datang rumah aku, ada je benda yang dikomen. Rumah aku panas lah tak macam rumah kakak ipar aku tu yang sejuk. Habis pinggan mangkuk aku mesti pecah, sumbing lah bila dia masuk dapur aku.

Aku tak kisah pun, tapi kalau asyik pecah n sumbing macam mana tu.. bukan nak berkira tapi tertanya2 je. Komen pasal anak aku pun satu juga, habis dikatanya anak aku hitam. Sedih juga lah, kenapa anak hitam tu tak comel ke?

Ni tengah hangat dengan isu covid, disuruhnya aku potong bawang banyak2 letak kat pintu rumah katanya boleh elakkan dari virus covid tu. Aku rasa nak nangis je bila dia minta aku buat tu. Macam2 benda tak masuk akal yang diminta aku buat bukan setakat pasal isu covid je..

Aku perhatikan, perangai parents akan membentuk peribadi anak juga. Kalau jenis yang suka merungut, fikir dan pandang semua negatif, cerewet dan suka overthingking memang anak pun akan terikut.

Kadang2 aku termenung fikirkan kenapala mereka ni suka sangat komen itu ini, lama-lama diri sendiri tak sedar yang hidup mereka ni kucar kacir dan serabut sebab satu, tak bersyukur.

Banyak je lagi benda yang aku hadap tapi rasa tak tertulis kt sini. Aku just nak tulis buat isi masa lapang aku masa PKP covid ni.

Biasalah hidup berumahtangga ni kita kahwin sekali dengan keluarga psangan kita. Macam mana kita hadapi isu2 tu yang penting. Elakkan dari mengadu domba n simpanlah masalah rumahtangga dari diketahui parents kita melainkan keperluan yang mendesak.

Lapang dada dengan mak mertua dan pak mertua kita sebab kalau takde diorang, takde la pasangan kita.

– Menantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!