Anak Tak Dapat Bantu, Orang Luar Yang Datang Bantu

Cuma sekarang, aku jadi tak selesa bila ada yang datang rumah memberi sumbangan. Macam dalam rancangan Bersamamu itu. Yang datang kadang bawa

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Ye, aku tengah menaip satu persatu tengahari ni untuk dikongsi. Kisah hidupku yang aku sendiri tiada upaya melainkan semuanya telah diatur Allah.

Aku, anak kedua dari 4 beradik. Waktu aku taip kisah ni sebenarnya otak aku dalam keadaan tengah sarat berhubung sesama sel otak. Sebab aku masih tak faham apa yang berlaku dalam hidup aku. Ke aku masih buat2 tak faham dan lari dari kenyataan?

Aku ni lahir dari keluarga serba cukup walaupun kitorang bukanlah berada. Ibu dan Ayah aku meniaga kecil-kecilan sehingga lah aku telah berkahwin.

Dengan hasil titik peluh mereka, Ayah ade 3 buah kereta, sebenarnye empat tapi satu telah dijual. 3 buah motor dan dua buah telah dijual pada kawan2 dia yang dia percaya sangat tapi sampai sekarang kawan2 Ayah aku tak bayar pun duit hutang motor.

Yang ni aku taknak cerita. Biarlah urusan mereka dengan ayahku.

Baru2 ni Ayah aku jatuh sakit. Jadi, mak lah yang jaga Ayah sebab adik2 aku masih belajar di universiti di selatan tanah air.

Aku dan akak dah berkahwin 3 tahun lepas. Alhamdulillah, kakak aku bekerja sebagai penjawat awam di salah sebuah badan kerajaan di ibu kota.

Aku? Aku bekerja sebagai kerani di syarikat swasta. Dan sebulan sebelum kesihatan Ayah makin teruk, aku ambil keputusan berhenti kerja. Suami izinkan dan faham. Sebab aku selalu minta izin nak balik jenguk Ayah di kampung.

Aku tak duduk serumah dengan keluarga selepas berkahwin. Aku ikut menetap bersama suami yang berkerja di pantai timur. Suami aku kerja biasa2 sahaja. Cukup untuk kami berdua yang masih belum memiliki cahaya mata. Aku bahagia. Dan sekarang semua macam dah berubah.

Aku dah tak seceria dulu selepas Ayah jatuh sakit. Aku sedih sebab aku tak dapat bantu Ayah aku dari segi kewangan.

Aku hanya mampu bayarkan bil elektrik, bagi duit bulan2 dua ratus ringgit. Tu je aku mampu memandangkan aku sekarang buat bisnes online dari rumah.

Tapi aku tahu, kakak pun ada juga hulur2 duit pada ibu dan Ayah. Cuma sekarang, aku jadi tak selesa bila ada yang datang rumah memberi sumbangan. Macam dalam rancangan Bersamamu tu.

Yang datang kadang bawa beras, kadang bawa duit yang diletak dalam sampul. Bukan aku tidak menghargai, tetapi aku rasa macam tak selesa sebab selama ni hidup kami tidak meminta2. Kami cukup dengan kehidupan sederhana kami.

Aku tahu, jauh disudut hati ibu aku dia takut jika apa2 berlaku pada Ayah. Sebab selama ni ayahlah yang menyara keluarga.

Jadi bila Ayah dah sakit, ibu rela hati terima sebarang sumbangan memandangkan yang ada hanya duit simpanan kecemasan yang tak lebih 50ribu dalam bank. Aku tahu sebab ibu selalu minta aku ke bank sebulan sekali untuk keluarkan duitnya.

Aku pula, menyalahkan diri sendiri yang tak mampu nak bagi duit banyak2 pada ibu dan Ayah aku.
Sampai satu tahap aku pernah rasa, aku langsung tak berguna.

Ayah banyak hutang dengan bank. Macam2 loan dia buat. Tapi waktu aku masih berkerja dulu, aku dah bayarkan habis semua hutang2 dia dengan bank. Aku tak dapat bayangkan kalau hutang2 dia masih ade dan dia jatuh sakit. Mesti keadaan lagi teruk.

Hati aku tak dapat terima orang bagi bantuan pada ibu dan Ayah aku sebab aku rasa macam aku anak yang tak berguna. Entahlah. Aku macam nak lari dari semua kenyataan ni. Aku macam nak hidup aku macam sahabat2 aku yang lain.

Sekarang, aku cuma teruskan kehidupan macam biasa, aku jagakan ibu dan Ayah semampu aku. Walaupun jauh sudut hati aku ni, aku nak kehidupan kami yang macam dulu.

Sekarang pun kami masih cukup apa adanya. Tapi bila orang selalu datang memberi buat aku terfikir, adakah keluarga aku nampak seperti tidak cukup di mata mereka?

Cepat2 aku tampar pipi aku kalau aku fikir benda2 negatif macam tu. Sebab aku tahu, mereka prihatin dengan Ayah dan ibu. Mereka hanya nak membantu.

Maafkan anakmu ini kerana tak mampu balas kembali jasa2 mu sewaktu ibu dan Ayah memerlukan.

– Nadi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!