Bersediakah Kakitangan Kesihatan Menghadapi Tsunami COVID-19

Apakah kakitangan kesihatan bersedia? Berbaloikah bekerja untuk orang lain dengan meninggalkan orang tersayang dan menzahirkan nyawa kepada virus covid-19 yang semakin menganas?

Persoalan yang mungkin ya, dan mungkin tidak bermain di kalangan nitizen. Ditambah pula ada yang mempertikai kekuatan dan pengorbanan kakitangan kesihatan di Malaysia dengan mengemburkan lumpur persoalan, bukankah mereka dibayar untuk berkhidmat untuk masyarakat?

Ya betul persoalan yang ditujukan dalam benak mereka.

Tapi adakah mereka yang melontarkan persoalan itu yakin mereka mampu untuk bertukar ganti tugas dengan kakitangan kesihatan walaupun untuk sehari, seminggu, sebulan mahupun walau satu jam.

Kedegilan segelintir masyarat Malaysia dengan tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkait Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang baru saja diwartakan dan telah menarik tirai hari ke tujuh.

Pada awal penguakuasaan perintah larangan ini, masyarakat masih berdegil dan carta kes baru terus meningkat saban hari sehingga memaksa kerajaan melancarkan campurtangan tentera untuk membantu pihak polis bagi mengekang masyarakat yang masih belum sedar akan bahaya wabak yang melanda dunia.

Kakitangan kesihatan yang tidak terlibat dengan barisan hadapan sebelum ini juga terpaksa membumikan diri membantu rakan-rakan yang makin lesu melayan karenah wabak yang makin menganas.

Rehatlah sahabat, biar kami ambil alih buat sementara waktu. Bukan tugas biasa, memperjudikan diri serta masa bersama orang tersayang untuk memastikan wabak berjaya dikekang.

Termaktub apabila petugas daripada jabatan lain terpaksa membantu dengan memperluaskan wad-wad serta icu untuk pesakit covid-19, kawasan saringan diperketatkan, serta jadual kerja yang semakin padat.

Ketua-ketua penyelia dan jabatan perlu memperhalusi jadual kakitangan, mempertimbangkan dengan bijak kerana ada kakitangan yang serta merta dikuarantin bagi mengelakkan kakitangan terlalu penat serta mampu kembali bertugas dengan keupayaan mental dan tenaga yang maksimum.

Beberapa hari lepas, dikejutkan pula dengan negara Itali yang sememangnya megah dengan teknologi dan kemajuan telah menyerah kalah dalam memerangi musuh yang tidak kelihatan dimata dan mampu membunuh dan tersebar dengan cepat.

Mampukan kakitangan di Malaysia ini bertahan selepas dihujani dengan berita ini?

Kekuatan kakitangan kesihatan bukan terletak di huruk “K”nya tapi di semangat serta mentalnya dalam mengekang ujian penuh cacamarba ini.

Dengan dorongan daripada kebanyakkan masyarakat yang mendoakan dan tidak terus berhenti mengucapkan terima kasih masih ada yang mampu membuatkan kakitangan kesihatan tersenyum.

J.P Morgan melalui penulisanya yang diterbitkan pada 23 Mac 2020 menganggaran bilangan kes di Malaysia akan meningkat dalam masa 4 minggu dari sekarang sebanyak 6000 kes.

Satu angka yang tidak boleh dipandang remeh oleh kakitangan kesihatan, apa yang diharap adalah bantuan dari pada masyarakat Malaysia turut sama memberi bantuan dengan hanya mematuhi PKP bagi memutuskan rantai rankaian penyakit berjangkit ini.

Hasil PKP ini tidak mungkin dapat dilihat dalam sehari dua, bermakna tidak semudah itu kakitangan kesihatan menurunkan “senjata”.

Semangat perjuangan dan kekekalan harus dicurah sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan kehadapan bagi memastikan penurunan dan harapan wabak ini dapat dibenteras sepenuhnya.

Masyarakat tidak perlu berhabis wang ringgit bagi sama-sama membantu kakitangan kesihatan, cukup sekadar memberikan sokongan moral serta membangkitkan semangat kakitangan dan tidak lupa membenarkan diri kuarantin sementara kerajaan mengumumkan tamat PKP.

Dengan kerjasama masyarakat dalam membantu membasmi wabak virus covid dalam bentuk memberikan maklumat dengan tepat atau berterus terang dengan sejarah kesihatan mereka sewaktu berjumpa dengan kakitangan kasihatan amat membantu dalam proses rawatan.

Contohnya, jika seseorang tu pernah terdedah dengan pesakit yang positif covid dan mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selsema, mereka perlu segera ke faciliti kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan.

Disana mereka akan diambil sejarah kesihatan yang lepas, sifat integriti amat membantu dengan menyatakan hal sebenar dan tidak berselindung kerana jika kakitangan yang terdedah dengan pesakit covid-19 ini, kemungkinan mereka akan menyebarkan kepada pesakit yang lain serta orang-orang yang terdekat dengan mereka.

Justeru , jika seseorang kakitangan kesihatan ini dipercayai terdedah mereka akan terus sama dibuat saringan dan terus dikuarantin dan termasuk dalam “Person Under Investigation” (PUI).

Mereka akan menunggu sehingga keputusan keluar, jika positif merea juga terpaksa di masukkan ke wad, jika negatif, bersedia untuk kembali ke garisan hadapan.

Toleransi perpaduan ini bagi mencetuskan semangat saling tolong menolong dikalangan masyarakat Malaysia umumnya.

Hasil masyarakat Malaysia yang turut bantu membantu diharap dapat membuahkan hasil dengan menyahkan wabak virus Covid-19 di Malaysia amnya dan diseluruh dunia umumya.

Sementara itu gagahkan diri kentalkan mental kuatkan semangat. Semoga cahaya kegembiraan menanti semua di hadapan dengan menyahut slogan Kementerian Kesihatan Malaysia. KAMI SEDIA MEMBANTU.

– MOHD AIZAT AIZUDDIN BIN ROSLI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *