Assalammualaikum wbt.
Memandangkan restriction movement order due to Covid-19 masih berjalan, maka saya mengambil kesempatan untuk share pengalaman sepanjang berada di cfs gambang (current status: first half semester 3 (2019/2020).
Rasanya mesti ada yang tengah buat research kan sekarang untuk isi upu. If you do, moga moga iium is one of your options.
Okay, first of all. Get to know about iium @ uia. Di peringkat asasi, semua pelajar bakal ditempatkan di CFS IIUM Gambang, Pahang. So basically gambang ni takdak apa sangat.
Not being offensive, but the real thing is keliling ni hutan do (which is a good thing sebab nyaman ja rasa). Then, line takyah cakap la. Kalau nasib baik telco hampa okay, okay la. Kalau aku punya, naik satu bar 3G pun dah syukur nikmat. Parents call pun kengkadang kena travel cari line.
But its okay, wifi are provided! And so far, bagi aku not bad la line, compared to line telco lol. Hm so kalau dok hutan, boleh outing mana ja?
I think most highlighted sini selalunya students akan pergi Taman Tas, Teluk Cempedak ngan Kuantan. Ada apa ja yang best kat situ? Sila google sendiri ye anak anak.
Okay, then hampa pun dapat tawaran masuk sini. Nanti ada orientasi tau, tapi kat sini, kita panggil Taaruf Week (TaWe). Time ni la, you get to know more detail; course, ept apt test, function departments ngan service provided. Serious talk letih weh time ni.
Bayangkan thousands of us turun makan and solat at a same time. Boleh bayangkan betapa crowded letih plus homesick tak habis lagi, and tudung putih yall, and that was actually official tudung tiap hari rabu.
In my oberservation, hari rabu ja sister mesti ketat ja muka sebab tudung putih ni memang depa punya fe’el susah nau nak jadi. Wait wait.. tadi ada cakap sister, apa tu? Kat uia, we use brother and sister but not me, haha aku selalu rasa sangat awkward to use that.
Time TaWe nanti, hampa akan sit for EPT and APT test tau. E for English, A for arabic. Penting okay, sebab they will decide subjek hampa along the semester! Kalau exempted both, ringan la sikit sebab dont need to attend any language class.
But if you do not, take a deep breath. Takdak apa pun, in fact you will enjoy it! Kat uia, kita takdak muet tau, tapi kita ada ept as our qualification. Tak sure la pulak yang kita kena ambik jugak muet utk grad kat degree nanti, masih dalam kebingungan.
Actually tak nak cerita a whole sangat sebab nanti hampa kena hadap jugak, haha but seriously sila masuk uia. Sebab apa tau, kami first batch tau yang officially rasmi cfs gambang. Semua barang baru, lawa lawa lagi!
Bilik takyah cakap, best jaa sebab kipas sorang satu! Satu bilik 4 orang tau, so bayangkan hang dok bilik ja ada 4 kipas. Selesa weh, serious. (Nampak berterabur kan the way I write haha first try, aci la)
Okay next, lets talk about academic. Tahu kan yang uia ada banyak gila course! Science punya pun dah berapa. And course hampa ni akan determine tau nanti degree kat mana sebab lain course, lain tempat. Macam aku, aku sekarang ambik pharmacy.
M Kat sini, ada 3 sem. 2 long sem, 1 short sem. Seriously kat sini kalau hamoa rasa hampa score spm, jangan la berangan benda yang sama akan berlaku bila hampa sambung cfs, sebab all of these, depends on your performances!
Ada ja kawan aku spm cukup cukup makan weh, masuk sini pergh dean list okay! Pointer penting okay especially kalau pursue dalam medic, pharmacy and dentistry which is minimum requirement depa adalah 3.5.
Ah tak payah tengok course la, mana mana course pun mesti nak buat yang terbaik kan!
Life kat sini, hampa akan jumpa macam macam jenis kawan, roommate, classmate and even lecturer! Yang penting, doalah sentiasa dikelilingi orang orang yang baik.
Okay lah… aku dah ketandusan idea, sampai sini ja lah okay! Adios.
– Muhammad Hafiz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit