Hai dan salam semua, aku nak share sedikit sebanyak hal pendidikan jarak jauh (pjj) yang semua perlu tahu sebelum ambik keputusan nak sambung belajar secara pjj.
Sebelum tu banyak juga universiti awam yang menawarkan pjj ni. Bergantung pada kelayakkan masing2x. Tapi tu bukan point utama yang aku nak share, point utama yang aku nak share ialah persediaan mental dan fizikal bagi sesiapa yang berminat nak buat pjj.
1. Matlamat :
Kalau korang nak sambung pjj mesti kena ada matlamat. Maksud aku, apa target kau lepas graduate, apa kau nak jadi lepas graduate, kau nak buat apa lepas graduate kenapa kau buat pjj???
Nak tahu tak kenapa? Kalau tak ada matlamat sebagai contoh kau cakap “aku sambung study sebab nak isi masa lapang/sebab duit banyak tak tahu nak buat apa/saja nak tuntut ilmu (make sense tapi bahaya juga sebab samar2x matlamat tu)”
Once kau diuji dalam study, boleh down and give up weh. Study ni tengok mata kasar macam senang, macam sekejap je masa berlalu, pejam kelip dah grad.
Tapi sekali kau kecundang untuk beberapa paper atau kecundang untuk final project etc (sebab gagal) masa tu baru kau sedar yang hal study ni bukan macam zaman form 5 ye. Yang kau boleh, lek chill lepak lu then tup tup dapat sekeping sijil spm.
Ijazah, Master dan PHD tak tipu,
Banyak benda beb kena settle. Exam carry mark, assignment setiap subjek 2000 patah perkataan * 8 ke 10 subject satu sem, presentation, final project, thesis? You name it.
So bila ada matlamat, matlamat tu la yang akan jadi semangat untuk kau terus berusaha dan tak main2x.
Pengalaman aku, batch aku masa first sem yang score 2.00 ke bawah majoriti berhenti belajar sebab tak sanggup nak repeat. Scary? Scary la kalau kita main2x. Kalau kita ada matlamat, selalu remind diri sendiri apa matlamat asal ambil pjj ni inshaa allah boleh berjaya.
2. Masa :
Bab masa ni bagi aku benda yang sangat kau kena concern kalau nak buat pjj.
Majoriti kat USM ni yang buat pjj of course la working people termasuk dengan aku sendiri. Nak nak yang kerja shift, yang dah ada laki bini, dah ada anak kena jaga.
Macam aku memang la takde anak tapi aku ada beberapa business yang kadang kala aku kena turun padang handle.
Jadi, dalam hal ni perkara paling penting untuk orang yang buat pjj ni ialah perlu ada jadual harian. Kena ada perancangan yang bijak, susun atur yang baik dalam jadual kehidupan tu.
Sebab apa, sebab masalahnya benda ni kalau kau shalalalalala (buat tak tahu) kau akan terkandas seperti lewat hantar assignments, tak study, study last minute.
Okay, pengalaman aku setakat ni. Aku ada buat jadual harian (journal, korang boleh refer pada post bertajuk “pentingnya journal” sebelum ni yang aku share kat IIUM). Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/pentingnya-jurnal/).
So, hari2x daripada masuk kerja, balik kerja, hari cuti, apa aku nak buat semua aku notes. So far, alhamdulillah aku boleh survive lagi dengan jadual tu.
Penat? Waktu rehat and me time pun ada tertulis dalam jadual harian aku so takdela penat sangat sebab semua dalam keadaan teratur. Pukul berapa waktu rehat, pukul berapa aku boleh tengok drama korea, bulan berapa aku boleh pergi bercuti.
Tapi overall tipula kalau aku tak langgar jadual tu, kita ni manusia biasa. Cuma bila aku dah macam tetiba termelaro dan lupa diri sekejap yang aku ni student aku cepat2x cover balik mana yg tertinggal. Buat pjj ni erti kata lain kena pandai hidup.
Nak nak bab study la. Aku ni bukannya cerdik pandai sangat so aku kena study awal. Otak aku tak boleh nak terima kalau study last minute, end up aku akan blur nanti masa exam.
Bagi orang yang dah biasa act bukan la dah biasa tapi mampu study last minute and score A dalam exam walaupun study last minute. Anda memang hebat dan bertuah.
Tapi bagi yang macam aku ni, disarankan jangan study last minute. Macam aku cakap la, ni bukan SPM. Ni level Universiti, kadang kau rasa kau jawab dah sempurna tapi tak dapat A juga.
Kena ingat yang marking paper exam kau maybe seorang Doktor, Professor. Jadi kpi dia tak sama ya. Tak boleh nak letak harapan tinggi kalau kau jawab ala kadar. Unless kalau kau target cuma nak lulus je takpela kot study last minute.
Jangan lupa, sekarang ramai graduan yang menganggur jadi pointer tu sangat penting ya bagi aku. Kau nak compete dengan ramai lagi orang kat luar sana yang bijak pandai. Nak buat pjj, kena berani ubah hidup 360 darjah.
Pjj = masa
3. Tabah
Tabah ni agak kelakar bunyi dia. Tapi ni la realiti kehidupan sebenar student pjj. Yang part ni aku banyak nak share apa jadi sepanjang aku buat pjj.
Hal assignment :
Kadang Dr bagi kau assignment yang kena buat dalam group. Benda ni agak bermasalah bila kau pjj. Act, nak cari group senang je. Buat je iklan kat portal, whats app U etc. Tapi nak cari yang betul2x boleh bekerjasama dan tak buat taik tu, Tuhan je tahu.
Cite dia Dr tak nak dengar ya kau ada masalah group ke apa, dia tahu siap. Pengalaman aku, ada ahli yang dah nak deadline left group dan tak dapat dihubungi. Ada ahli yang tiba2x MIA time oral english. Ada ahli yang pah ceroh janji nak hantar tapi tak hantar2x juga.
Itu satu hal, bila dah ada group assignment ni. Aku tak kira dah kalau aku kena buat kerja lebih janji aku nak assignment tu perfect.
Bila buat assignment group kalau kau yang jenis macam aku pentingkan markah assignment, kau kena berani volunteer untuk buat editing etc. Sebab ada kala group assignment kau ni 100% ambil daripada google.
Kat sini jelas membuktikan, buat pjj ni kena tabah. Dah tak ada masa nak pertikai ni kerja siapa, siapa patut buat, “oh untungla korang banyak rilek aku buat belaka”. Bagi aku, dah nak habis belajar ni konsep hidup aku dalam dunia belajar.
“Janji markah tinggi, walaupun aku kena berkorban masa dan tenaga”
Kadang tak ada mood dah nak rasa perasaan tak puas hati siapa buat kerja lebih ke tak sebab pentingkan markah sendiri. Ada kala perlu jadi selfish dan perlu berkorban untuk masa hadapan. So, mana yang selalu buat taik dalam group assignment aku tu, aku harap biar Allah je la balas.
Tambahan : walaupun pjj kau akan jumpa orang yang pelbagai ragam ya time kena hadir kursus pjj macam aku ni. Dah tua tapi perangai macam budak2x tu biasa. Skandal tengah belajar laki orang vs bini orang pun cam mainan je sekarang ni.
Tu pun aku tak faham jugak, datang belajar sebab nak skandal ke? Kalau tak lulus tu ingat la bahawasanya itu adalah sebuah pembalasan. Serious talk. Hati niat bila buat pjj kena jaga.
Bagi aku, nak dipermudahkan urusan kena jaga hati. Hati bersih, otak bersih, pelajaran pun mudah nak masuk.
4. Duit
Bab duit. Duit ni takde la isu sangat sebab bagi aku tak mahal pun. Satu sem aku dalam RM1200+.
Satu je aku bersyukur bila buat pjj ni sebab aku dah bekerja dan dah ada duit lain untuk survive. Jadi terselamat daripada hutang belajar. Tu pun aku tengah menabung jugak untuk master or short cut phd (kalau berjaya dapat ijazah kelas pertama) aamiin.
Tu je la sedikit sebanyak yang aku nak share. Good luck untuk semua yang nak ambik pjj. Semoga kita berjaya capai cita2x dan matlamat kita aamiin!
Tak ada perkara yang mudah bila melibatkan kejayaan.
Sekian, terima kasih. Stay Home and Stay Safe semua.
– MJ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit