Perfect Husband And Perfect Father

Assalamualaikum. Saya selalu menjadi silent reader di sini, tapi tak sangka kisah ‘Jagalah Ikhtilat Ditempat Kerja Wahai Suami’ tu sangat dekat dengan kisah saya. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/jagalah-ikhtilat-ditempat-kerja-wahai-suami/).

Cerita saya bermula begini, saya berjumpa dengan suami ketika belajar bersama di UiTM di mana kami mengambil jurusan yang sama. Bermula dengan rakan sekelas, end up kami makin closer sebab ditempatkan di cawangan yang sama masa ambil Degree.

Fast forward, kami bercinta dan menempuh alam pekerjaan yang mana kami sama2 struggle nak mencari pekerjaan. Saya bertuah kerana grad ontime, manakala suami grad satu semesta lewat disebabkan mengalami demam campak semasa mengambil peperiksaan.

Saya adalah orang yang paling sedih kerana dia menghubungi saya ketika itu untuk memaklumkan yang dia akan pulang di saat kami ingin mengambil paper terakhir. Dia menghubungi saya menggunakan telefon awam kerana telefonnya rosak ketika itu. Malangnya saya tak dapat jawab panggilan itu kerana pergi ke tandas.

I know its from him, sebab masa tu dialah orang yang selalu without fail akan hubungi saya hampir setiap hari untuk tanya khabar etc. Seharian saya menangis di katil menanti panggilan dia.

Saya menangis kerana tidak mahu dia stop to take the paper sbb tahu paper itu penting untuk kami kekal grad dalam tahun yang sama. Malangnya he still make his decision. Dan tahun berikutnya dia masuk berlainan kelas dengan saya.

Kisah itu bermula di situ. Kami memang teman tapi mesra. Tapi suami seorang yang baik hati, caring terhadap orang lain. Dan terkadang orang juga mengambil kesempatan kerana suami punya kereta di dalam kampus.

Ada seorang gadis selalu minta hantar dan ambil jika balik ke kgnya. Dengan upah kuih dan lain2. Saya hanya duduk dan pandang ke arah dia yang keluar bersama saya untuk mencari lemang bagi membalas kuih2 gadis tersebut. I was thinking, is it to me or really to her. End up memang untuk gadis tersebut.

Saya merajuk dan dia tahu cara untuk memujuk saya semula kerana tidak dinafikan, dia pandai mengambil hati saya. Tapi saya luahkan rasa kesal kerana sikap melayan dia akan buatkan orang salah sangka. Kisah ini tidak tamat di situ.

Kami pun melangkah ke alam pekerjaan. Saya bekerja dahulu di firma kecil asalkan tidak menganggur. Apabila dia grad, sayalah orang yang paling risau akan dia tidak mendapat pekerjaan kerana pada masa itu agak sukar untuk mencari kerja.

Saya isi borang sana sini. Buatkan resume, kumpulkan sijil2 dan daftar di Jobstreet asalkan dia bekerja. Tapi suami juga kerja sampingan di firma yang dia telah praktikal selama 6 bulan dengan gaji kecil. Kami bertemu seperti biasa walaupun terpisah di lain daerah walau di negeri yang sama.

Kemudian dia berpindah ke KL untuk bekerja sebagai RA bersama makciknya. Saya masih memikirkan perkerjaan untuknya dan kadangkala dalam hubungan kami ada pasang surutnya.

Tapi dia sangat pandai mengambil hati dan tahu untuk memujuk saya di kala saya terasa hati semasa bertengkar. Pelbagai hadiah saya terima dari dia untuk memenangi hati saya. Dari jam tangan, baju, seluar, hatta barangan kemas.

Pendekkan cerita, dia mendapat satu temudunga di sektor awam kerana permohonan yang telah saya hantar berjaya. Alhamdulillah dia berjaya mendapat jawatan sebagai Pegawai di situ untuk membolehkan dia mengumpul duit dan menghalalkan hubungan kami.

Kami bertunang dan selepas setahun bernikah. Sebelum tarikh kawin, dia telah bertukar kerja di mana dia ditawarkan jawatan tetap di sektor awam lain. Pada saya itu semua rezeki untuk berkahwin.

Lepas 6 bulan bernikah, saya disahkan hamil anak pertama. Pada ketika itu, kami masih PJJ di mana saya bekerja di negeri lain, manakala suami di Kota Metropolitan. Saya terus memohon untuk bertukar cawangan, kerana kebetulan ada cawangan juga di kota.

Suami menguruskan sewaan rumah di pangsapuri berhampiran dengan tempat saya bekerja. Kami teruskan hidup seperti biasa. Dia suami yang penyayang dan amat baik hati membantu saya menguruskan rumah. Apabila saya selamat melahirkan anak, dia juga tidak kekok untuk menguruskan bayi dan terasa bahagia.

Saya pula ditawarkan pekerjaan baru yang tidak menuntut saya outstation dan suami menghantar saya pergi dan balik kerja. Kami juga telah berpindah di rumah sewa lain dan saya juga membuat pelaburan membeli rumah pertama sendiri dan menyewakan rumah tersebut.

Di rumah tersebut saya juga telah hamil anak ke 2 dan ke 3. Sebelum melahirkan anak ke 2, saya juga telah mendapat tawaran bekerja di tempat baru sebagai Pengurus yang menawarkan gaji yang agak lumayan dan kami mampu untuk menukar kenderaan baru dan suami membeli aset baru untuk pelaburan di negeri lain.

Selepas saya melahirkan anak ke 3 rezeki kami juga dapat membeli sendiri rumah teres 2 tingkat yang berdekatan dengan tempat saya bekerja.

He is perfect husband and father for every wife who dream for it. Dia membantu menguruskan anak dan menguruskan rumah dan pakaian manakala saya menguruskan makanan dan perbelanjaan dikongsi bersama.

Kami meneruskan hidup seperti biasa. Kisahnya bermula apabila suami membawa pulang kek lapis yang katanya dikirim oleh bos nya. Kebetulan dia memang selalu outstation dan apabila pulang pasti akan membawa onde2. Dan kali ini, dia tidak keluar kecuali bos dia saja. Saya seronok mendapat kek tanpa mengesaki apa2.

Keesokannya dia tertinggal telefon di rumah,di mana di situ segalanya saya dapat tahu. Saya terbuka message dari bosnya yang mengatakan ada seorang rakan sekerja yang mengirim kek tersebut dan fakta ini bercanggah dengan apa yang dia maklum kepada saya.

Saya tidak dapat fokus di tempat kerja. Menggigil tangan saya apabila saya dapat tahu suami ada berhubung dengan rakan sekerja yang free hair dan dia juga meminati wanita tersebut. Dari gaya dan gambar yang disimpan, saya lihat hubungan sudah berlangsung agak lama.

Apabila saya lihat, ada gambar berdua yang dirakam. Saya dan dia sendiri jarang sekali mengambil gambar berdua begitu rapat begitu. Saya masih tidak percaya atas apa yang saya lihat dan saya menangis semahunya.

Dia mengatakan dia adalah seorang suami yang bertanggungjawab, dan dia sebagai lelaki mengaku mempunyai sifat nakal tersebut. Dia mengaku telah menipu saya namun dia tetap pertahankan bahawa dirinya tidak berubah.

Namun pada saya, itu bukan lah tiket untuk dia mencari keseronokan di luar, bermain cinta dan test the market, kerana saya sangat menyayanginya sepenuh hati. Marriage is all about trust. Saya lari ke tempat kerja bersama anak pertama.

Kebetulan saya mempunyai banyak kerja yang patut saya uruskan sehingga lewat malam barulah saya pulang. Suami terus datang dan memujuk saya yang remuk hati dan amat kecewa kerana saya percaya terhadapnya sepenuh hati.

Saya tidak pernah sesekali memikirkan untuk memain kayu tiga, kerana pada saya semuanya akan bermula di situ. Segala perceraian puncanya begitu. Dari kawan, usikan, manjaan dan akan ke peringkat seterusnya.

Saya juga merupakan seorang yang agak celik IT. Apabila tahu segalanya saya semak dan dapat sumber sahih dan juga bukti untuk menunjukkan kecurangan yang suami lakukan. Namun padanya dia tidak sempurna. Saya akur dengan istilah kemaafan demi kelangsungan hidup yang dibina bersama anak yang perlukan kasih sayang kami berdua.

Cuma saya tetap dengan pendirian, walaupun kamu adalah suami yang terbaik dan tidak mengabaikan segala tanggungjawab, itu bukan lah tiket untuk kamu bermain kayu tiga. Syaitan sentiasa ada dan akan menggoda, sedangkan di depan mata kamu punya isteri yang halal untuk di santuni.

Kami teruskan hidup bahagia seperti biasa. Namun hidup saya diduga lagi. Sejak dua menjak saya nampak suami sering menyorokkan telefonnya. Saya tidak pasti kenapa. Ia tidak seperti dulu, di mana apabila bangun tidur, telefon saya dan dia akan diletakkan di atas meja.

Namun ketika mandi, dia letak di kocek seluar nya. Saya tidak mengesyaki apa2 kerana fikir bahawa semuanya telah saya luahkan apabila saya kecewa bila mendapat tahu segala yang berlaku di belakang saya sebelumnya.

Namun, Allah maha mengetahui. Saya ternampak suami mengecas telefon ketika bangun pagi untuk menyiapkan sarapan, lantas saya buka bagi melihat apa yang berlaku. Saya terpandang ikon kissing kiriman kawan sepejabat pada jam 5.47 pagi namun tiada balasan dari suami.

Saya terus menutup telefon dan berpura2 tiada apa yang berlaku. Suami lantas mengambil telefon dan saya tahu pada ketika itu, dia memadam chat tersebut dengan harapan tiada syak wasangka dari saya.

Saya tidak menuduhnya secara melulu, namun saya tetap menyemak semula perbualan tatkala saya keluar bekerja di musim MCO ini. Saya bekerja di sektor penting, tidak mendapat pelepasan cuti. Saya berpura2 tidak tahu apa2 kerana terfikir hari lahir saya bakal saya sambut pada minggu tersebut.

Apabila saya keluar bekerja, suami masih di atas katil bermain telefon. Apabila saya beritahu saya akan keluar ke tempat kerja, lantas saya lihat tangannya cepat menekan di telefon. Apabila saya tiba di tempat kerja, saya kembali menyemak perbualan mereka.

Ternyata suami membuat perkara yang sama. Masih memancing anak dara, caring dan segala perbualan seperti ingin mengenali hati budi rakan wanita tersebut.

Saya berdebar2 dan tangan saya menggigil melihat sekali lagi saya ditipu. Saya menangis di dalam pejabat mengharapkan apa yang saya baca itu tidak benar. Seperti artikel sebelum ni, I am lost to my own battle. Saya tak mampu untuk melawan takdir yang meletakkan saya diduga begini.

Saya pulang seperti biasa, memasak untuk berbuka kerana puasa sunat dan seperti biasa suami cuba untuk menyorokkan telefon nya. Gerak gerinya membuatkan hati saya membuak2 untuk memberitahu segala yang saya sudah tahu.

Kami solat berjemaah dan saya tidak dapat menahan kemarahan saya. Selepas solat isya saya menangis memohon ampun kepadanya kerana tidak dapat menjadi isteri yang terbaik buatnya dan anak2. Dia seperti sudah tahu kesalahanya dan mengaku perbuatannya kerana dia bukan manusia sempurna.

Alasan yang sama tetap disuarakan dia bukan lah lelaki yang baik dan mempunyai nafsu dan sifat nakal tersebut. Dia tetap pertahankan bahawa dia telahpun membuat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai lelaki terbaik.

Saya menangis di depan dia semahunya kerana saya tidak dapat fokus di tempat kerja kerana dugaan sebegini. Saya bekerja keras untuk bersama menampung kehidupan selesa bersama anak2 namun diduga bergini.

Dia bertanya apa yang saya mahukan darinya lagi kerana padanya, he is the perfect husband. Ya saya akui, namun perkahwinan ini menuntut kejujuran. Bagaimana saya mahu percaya dengan suami yang asyik menipu saya di belakang. Saya tidak tahu dia pulang lewat adakah kerana bekerja atau sebaliknya.

Saya menangis di sofa sendirian. Suami datang memeluk dan memujuk bahawa saya lah seorang yang dia sayangi dan utamakan di saat ini.

Saya keluar bekerja hari ini tanpa membawa telefon. Suami meletakkan hadiah hari jadi awal di dalam beg dan saya beritahu, I need time to heal this. Dont expect anything because the betrayal and damages has been done.

Doakan saya kuat menempuh dugaan ini. Saya juga fikir ini mungkin habuan saya di dunia untuk saya mendekatkan diri dengan Allah swt. Mohon maaf andai bahasa dan penceritaan saya berterabur.

Terima kasih,

– JANNA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *