Fasa Berkenalan

Sebenarnya dapat pasangan yang baik semuanya ketentuan Allah. Kita pon tak tau perangai pasangan kita. Ada yang macam malaikat sebelum kahwin tapi bila dah kahwin macam syaitan. Ada yang jahat macam syaitan tapi lepas berkahwin jadi alim. Kita hanya berusaha, selebihnya tawakal saja la.

Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya. Apa pun kita tak tahu niat sebenar orang yang kita nak kenal sebab kita tertarik untuk berkenalan mungkin sebab dia sangat cantik atau kacak, atau dia memang crush kita daripada dulu atau dia kononnya ada ciri-ciri yang kita cari selama ini.

Tapi, secara psikologinya, karakter atau perbuatan seseorang itu dan niatnya selari, sama ada dia sedar atau tidak. Sama ada niat jahat atau baik. Jadi, sesiapa yang ingin mencari pasangan itu, bolehlah perhatikan perkara-perkara ini masa fasa berkenalan. Jika ada, berhati- hati la ye.

Oh! Sebelum itu, saya ini dah pernah gagal bercinta beberapa kali tapi sekarang dah berkahwin la, nak masuk 15 tahun berkahwin, umur 40an. Jadi perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya, mungkin sama-sama boleh jadikan iktibar dan panduan.

Apa yang saya perhatikan, ada beberapa karakter yang agak sama. Mungkin nasib saya bertemu dengan orang-orang yang sebegini atau mungkin karakter saya yang mengundang orang-orang begini.

Apa-apa pon saya anggap semua ini sebagai pengalaman hidup untuk belajar dan mematangkan diri sendiri.

Salah satu ciri penting yang perlu dilihat semasa awal perkenalan adalah mereka yang memulakan perbualan perkenalan dengan cerita sedih. Cerita kena buang keluarga la, kawan tiada la, bergaduh dengan kawan baik la.

Orang sebegini cuba meraih simpati atau wujudkan rasa kasihan, selalunya dengan niat untuk memanipulasi anda.

Orang begini selalunya licik, membuatkan kita rasa sedih, simpati dan kasihan maka secara tak sedar kita kononnya merasakan yang diri kita ini pendengar, penasihat yang baik dan faham apa yang dilalui orang itu.

Maka dia juga akan mengatakan bahawa kita sangat memahami dan tiada pernah lagi jumpa orang seperti kita. Kita pula akan rasa gembira dan dihargai. Apabila emosi kita terganggu, pemikiran kita juga terganggu. Emosi bercanggah dengan pemikiran menjadikan kita tidak rasional.

Saya pasti ramai yang pernah berada didalam keadaan begini. Contohnya, saya nak tinggalkan dia tapi saya kasihan kerana dia menceritakan yang dia tiada kawan lain atau baru kecewa kena reject dengan crush.

So, saya rasa bersalah dan nak bantu dia bagi semangat dan motivasi sehingga dia berjaya. Akhirnya kita keliru sama ada kita sebenarnya kasihan atau ambil berat.

Waktu begini laa dia akan ambil kesempatan kepada kita seperti meminjam duit, ajak berkasih sayang dan sebagainya. Senang kata mempergunakan kita untuk kepentingan sendiri la.

Lagi satu karakter orang yang tak guna yang  pernah saya kenal. Dia sangat suka memuji secara berlebihan, memberi hadiah, romantik tak kena tempat. When you invested your time and effort in something, of course you want something in return, right?

Jangan percaya sangat bila dia kata semua ini ikhlas. Jangan terlalu mudah menerima apa yang diberi kerana sifat manusia, cepat cair kepada kebaikan. Kononnya kita laa yang paling istimewa dan tiada orang lain yang menerima layanan sebegini. Just be careful, ok?

Jauhi laa juga mereka yang kuat mencarut. Ada yang akan kata apa yang disebut bukan niat sebenar. Seriously? Pada saya mudah, apa yang keluar dari mulut itu adalah doa. Nak ke seumur hidup dengar makian? Tak perlu la nak seksa diri please.

Karakter yang terakhir ini paling penting. Ingat, jika ada bakal kenalan anda yang melakukan perkara ini, tak payah tunggu lagi, sila angkat kaki.

Tak perlu nak tunggu dia kononnya akan berubah suatu hari nanti atau anda nak berusaha ubahkan dia, tak payah. Hargai la diri sendiri sebelum orang lain. Karakter apa tu? Satu jer, naik tangan. No further explanation needed.

Jadi, apa yang perlu dicari ketika berkenalan?

Pertama-tama, dalam sesi berkenalan, carilah orang yang boleh membantu kita memajukan diri seperti banyak memberi buah idea dan kritikan membina.

Maksudnya bukan laa dia yang sentiasa bersetuju dengan apa yang kita buat tapi boleh memberikan pandangan konstruktif walaupun dia tidak bersetuju dengan idea kita. Kenapa?

Supaya kita tak delusional sentiasa betul atau sangkut di tempat yang sama kerana perangai sendiri. Kita tak boleh maju jika sendirian dan tidak memperbaiki diri sendiri, surround yourself with positive constructive people. Ada keinginan untuk sama-sama maju tanpa rasa iri hati.

Cuba cari bakal pasangan yang mempunyai sifat empati. Saya perhatikan juga orang yang mempunyai level empati yang tinggi adalah mereka yang pernah mengambil bahagian dalam pertandingan secara berpasukan. Kenapa?

Mereka yang terlibat dalam pasukan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika ada ahli pasukan yang lemah, jarang sekali mereka tinggalkan kerana untuk capai kemenangan perlukan kerjasama semua ahli pasukan.

Nampak remeh tapi perhatikan laa karakter mereka yang pernah terlibat dengan pertandingan berpasukan dengan mereka yang tidak. Terus terang saya cakap, jauh beza. Karakter ini lah yang akan dibawa seumur hidup.

Kehidupan perkahwinan adalah seperti satu pasukan yang kena saling memahami, tidak ada gunanya jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk kerana perkahwinan itu satu bentuk kerjasama hidup, sama ada untuk maju atau untuk jahanam.

Salah satu karakter yang kita boleh nilai dan lihat ialah orang yang tidak kisah untuk berniaga atau melakukan kerja yang bertentangan dengan kerja hariannya.

Contohnya, siang bekerja pejabat tapi hujung minggu berniaga bazaar atau kerja sambilan yang lain. Orang yang sebegini mempunyai daya saing yang tinggi dan sanggup buang ego untuk memajukan diri.

Last but not least, ini juga satu karakter yang penting untuk kita nilai seseorang. Lihat bagaimana dia berkomunikasi dengan pelayan kedai makan. Sopan atau tidak?

Kita boleh nampak sama ada dia merasakan diri dia lagi bagus daripada orang lain, ada kasta atau tidak. Perkara mudah macam order makanan sahaja sudah boleh nampak karakter sebenar seseorang.

Intonasi, bahasa, ucapan terima kasih, body gesture, perkara-perkara kecil ini adalah perlakuan subconscious atau habits diri sebenar.

Pengalaman sendiri, dengan saya punya laa baik bercakap tapi bila dengan pelayan, siap panggil b0doh hanya kerana salah ulang order.

Harap perkongsian ini membantu mereka yang ingin mencari pasangan hidup. Bukan la semua orang sama tapi boleh gunakan ini sebagai panduan dan belajar untuk mengenali karakter orang lain.

Walaupun kekecewaan perhubungan itu menjadikan kita lebih kuat tetapi kita haruslah juga melengkapkan diri dengan ilmu untuk megelakkan diri daripada teraniaya. Selebihnya kita berserah dan tawakal kepada-NYA.

– Claire (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *