Assalamualaikum semua. Aku disclaimer siap2.. Aku nak cerita pasal gigi aku, kalau rasa tak berminat boleh skip ya…
Aku bukan dilahirkan dalam keluarga berada.. Masa sekolah dulu, ada doktor gigi datang periksa dan pesan kat aku pergi klinik gigi… Beberapa kali jugak…
Bila bagitau mak, mak cakap takde duit.. Rahang aku kecik, gigi aku besar2.. Jadi dia tumbuh tak sekata.. Berlapis-lapis.. Biasa gigi taring yang berlapis, aku punya gigi taring, geraham kecik dan geraham besar… Ada satu gigi kacip aku, yang belakang dia, ada satu gigi kecik tumbuh..
Aku ingat ada gigi baru nak tumbuh.. tapi aku sampai dah dewasa, gigi kecik tu masih ada, macam terbantut. Doktor gigi cakap tu memang bentuk gigi kacip aku.. Agak unik la, tak macam bentuk gigi kacip yang kita belajar..
Boleh bayang tak sesak nya dalam mulut aku, gigi besar2 dengan takde ruang dah nak membesar.. Gigi bongsu aku sampai aku umur 30 tahun, masih belum tumbuh 4 batang gigi bongsu yang paling hujung tu..
Aku tak pernah merasa la sakit nak tumbuh gigi bongsu tu sebab takde space pun.. Walaupun gigi aku macam ni, tapi gigi aku sihat.. Ada seketoi je yang kena tampal waktu sekolah rendah dulu.
Dulu selalu kena tegur dgn adik beradik aku, kata nafas aku berbau.. Banyak kot makanan terlekat celah gigi..
Mak aku beli berus gigi sepapan dekat mydin.. Mana ada waktu tu berus gigi nano ke micro kat supermarket.. kalau ada pun, tak mampu nak beli.. Bila mandi, aku antara yang lama dalam toilet sebab duk berus gigi je dah 10-15 minit..
Bukan setakat makanan yang selalu terlekat. Aku perasan satu masalah lain.. Dulu aku ingat, biasa je mata aku senget sebelah sikit..
Awal2 dulu aku ingat mata aku senget sebab power spek aku tak sama.. aku pakai spek dari sekolah rendah. Masa remaja dulu, aku malu jugak la bila budak2 lelaki tegur mata aku senget… Aku takut nak tengok mata orang bila bercakap..
Lama2 aku perasan, hidung aku dan mulut aku jugak senget sebelah sikit.. Mata aku juga makin pelik bentuk nya. Bila dah umur 30 ke atas, makin senget.. dan bentuk muka aku berubah agak ketara. Dah macam kena lenyek sebelah muka.
Aku rasa tak selesa, nak cakap sakit sangat tak juga.. tapi ada tekanan sebelah muka aku. Aku selalu rasa pening dan sakit kepala. Aku tak pernah cakap kat sape2 masalah aku ni..
Sampai la satu hari, aku fed up sebabnya aku rasa aku selalu fikir utk orang lain, buat untuk orang lain.. Tapi takde sape nak faham perasaan aku. Actually masa ni masalah lain sebenarnya. So aku decide, waktu tu birthday aku.. Aku rasa aku patut buat sesuatu untuk diri aku di harijadi aku.
Aku tenung muka aku. Aku rasa muka aku ni especially mata aku ni jadi macam ni bukan sebab power spek..
So aku decide, daripada aku perabis belanja untuk orang lain yang tak pandai hargai diri aku, baik aku buat sesuatu yang bahagiakan diri aku. Hahaha. Which is aku rasa aku patut pakai braces lama dah dulu..
Bermula la journey aku pakai braces di umur yang matang.. Aku pakai jenis damon sebab malas nak follow up tiap2 bulan. Dan kononnya aku fikir boleh tanggal cepat.
Aku kena cabut 4 batang gigi.. Sebab nak bagi space untuk pergerakan dan pertumbuhan gigi baru. Yang mana gigi aku yang kena cabut tu semua sihat-sihat… Huhuhu. Sedihnya ya Allah bila ingat gigi ku yang comey bentuknya lepas kena cabut..
Lepas tu, baru la gigi bongsu aku boleh tumbuh satu demi satu perlahan-lahan… Masih ada seketoi gigi bongsu yang tumbuh separa sekarang. Meriah dan murah rezeki aku dengan gigi ni..
Masalah tekanan yang aku rasa pada muka aku beransur hilang.. Dah kurang pening dan sakit kepala. Mata, mulut dan hidung aku beransur straight.. Sebelum ni macam kena tarik.
Rupanya aku rasa la kan, sebab rahang aku tak berada dalam kedudukan betul.. Bila dah pakai braces, baru aku tau rahang aku dikembalikan pada posisi yang betul. Kalau tak pakai braces, dulu bila aku nganga mulut mesti macam bunyi keletok kat rahang bawah..
Bila aku tengok mata aku sekarang ni, yang jadi senget tu bukan sebab power spek la.. Tapi sebab rahang tak betul. Sekarang masih on progress.. Aku kena selalu buat exercise kat muka.. Supaya tiada lagi tekanan kat muka
Dah 2 tahun lebih aku pakai braces, orang lain yang pakai lepas aku dah siap tanggal dah… Aku masih belum siap. Gigi bawah dah ok, tapi gigi atas aku lambat sangat progress nya.
Aku dah bagi tau orthodontist aku, aku tak tau la dia saja lambatkan sebab nampak aku berduit ka.. Baru2 ni aku kena pindah tempat kerja, so aku nak pindah la dan bagitau orthodontist aku. Aku pun hepi jugak la boleh guna khidmat orthodontist lain, mungkin boleh lagi cepat progress.
Tapi orthodontist aku ni cakap dia rasa tak nak la pass kat orang lain di tahap2 akhir ni, masalahnya aku susah nak follow up sebab jauh. Dia cakap nanti maybe gigi aku lagi teruk dengan orthodontist baru.
Aku faham la dia dah buat dari awal kan.. Tiba2 dia cakap, next aku datang dah boleh tanggal dah.
Aku agak tercengang la sebab aku rasa gigi atas tak betoi lagi, masih ada overbite, belum center line, dan geraham aku belum dapat bite sebab masih ada space dan rongga antara gigi atas dan bawah.. Biar betoi orthodontist aku ni.
Last check up aku, gigi atas, dia pakaikan power chain sebelah kiri dari geraham akhir ke taring aku, yang lain gigi atas dia pakaikan lace. Gigi bawah dia pakaikan semua power chain, so far gigi bawah ok aku tengok.. Kalau dia nak tanggal pun aku takde problem.. Tapi gigi atas ni ha..
Bila PKP ni, aku dah overdue satu appointment.. Kononnya last appointment yang orthodontist aku cakap tu, tapi masalah gigi atas aku belum selesai pun.
Aku pun google, cari kat youtube, study sendiri.. Aku beli power chain online dan try experiment sendiri utk fahamkan konsep braces ni. Hahaha. So far much better but not full, centerline aku masih problem dan bite aku belum betul..
Apa yang patut aku buat lepas PKP ni? Ikut cakap orthodontist aku yang dia nak tanggal dah braces aku ni atau paksa dia handover ke klinik lain?
Kalau sape2 yang ada ilmu pergigian ni.. Boleh la beri pandangan.. Atau pengalaman pakai braces. Kalau boleh bila tanggal tu, aku nak elok la bukan rasa kerja tak siap macam ni… Huhu, please sesiapa beri pandangan.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit