Alam Rasa

Assalamualaikum semua.. Terima kasih tuan admin kerana menyiarkan luahan hati hamba.. Hati ini meronta ronta ingin meluah satu dua kata namun jika diluah di fb sendiri maka dianggap gila lah hamba.

Kenapa dikatakan begitu.. Kerana hamba ini orangnya aneh. Jikalau bercerita orang yang kenal lagi akan memandang aneh, mungkin semua pergi menjauh.

Bukan jugak takut ditinggal sendiri, malah lebih suka menyendiri.. tetapi lumrah kehidupan hamba sendiri bekerja, sebagai, pegawai perubatan pula.nah nanti lari semua pesakit takut dokternya gila haha.

Di saat menulis ini, tadi baru saja duduk diluar rumah seorang diri. anak2 semua belum bangun lagi. Apa yang dialami tak dapat digambarkan hanya dengan sebaris penulisan ini kerana yang menulis tak pandai bermadah pujangga hanya sebatas mahu berkongsi rasa.

Allah, rasa yang dirasa bukan biasa. Mata memandang semua indah ciptaanNya tak dapat kugambarkan, sambil duduk dikerusi diluar, kerusi nya kayu, barusan hamba cat sendiri warnanya coklat tua.

Dipandang di kaki, ada makhluk kecil pelbagai jenis menghurungi kaki dan jemari. Yang seekor, sedang kusyuk bersarapan pagi menghisap darahku, kubiarkan sahaja.

Ya, kalau dulu jika digigit yang namanya nyamuk, pasti sudah makan penampar, tetapi entah sekarang biasanya kubiarkan saja, ya. Aku tak boleh membunuh binatang lagi. Biar apa saja binatang tak dapat aku bunuh biar sekecil nyamuk atau semut. Apatah lagi mau meracuni haiwan seperti kucing.

Entah kenapa manusia tega sekali membunuh kucing begitu sekarang. Tiada hati tiada nurani.
Disaat kubiar nyamuknya kenyang bagi aku hanya sekitar 0.00001 ml saja yang dia perlu untuk hidup. Kenapa aku perlu kedekut, darahnya bukan juga darahku. Tapi milik Allah.

Takut aedes? Ya harusnya aku takut ya kan aku dokter… Tapi entahla rasa ketakutan penyakit yang pelbagai macam telah hilang saat alam menyatu dengan diriku..

Dan alhamdulillah bila aku yakin yang sebenar yakin dengan kuasaNya, aku dilindungi olehNYA. Jangan lupa penyakit juga makhluknya yang ESA Termasuk sivirus corona.

Sambil bari (haiwan2 kecil), nyamuk menghurungi kakiku, mataku melihatkan keindahan bunga2, telingaku asyik mendengar zikirnya burung2, betapa banyak burung di sekitar rumah sewa aku rupanya, kami berkenal kenalan saling bicara tentang Dia.

Ya … Mereka memperingatkanku tentang Dia yang esa. Bila ku sebut Allah didalam hati sahaja, mereka lantas bersahut sahutan. Tekurkur berkokok, merpati beterbangan 3 sambil berkokok bersama,

Lantas air mata hening hiba kasih laju menuruni pipi, kusapu keseluruh mukaku, aku hiba bila bersamamu alam. Ku tak dapat gambarkan betapa aku tenang bersama kalian haiwan2 tumbuhan malah lebih tenang bersama kalian dibanding manusia.

Aku memang dilahirkan dari kecil aneh. Sezaman kecilku aku boleh melihat yang orang tak dapat lihat, tetapi aku tiada takut. Aku seorang anak2 yang pemberani.

Malah sehingga kini tiada yang kutakut dengan yang namanya hantu, cerita hantu memang menjadi favoritku dari zaman kecil hingga kini. Kenapa takut dengan bayang bayang sendiri.

Hantu itu sebenarnya kita yang takut, tapi sebenarnya ya mereka sama saja seperti kita. Makhluk. Setiap yang ada atas bumi tiada satu ciptaan yang sia2, dalam alquran sendiri menyebut semua itu wujud.

Nah kenapa ada yang tidak percaya, jin syaitan hantu kah, semua nya ada sudah disebut di Alquran, Tapi adakah kita disuruh tunduk atau takut pada mereka. Tidak kan.Nah jadi kenapa takut?

Siapa bilang aku tak diganggu. Ya aku salah seorang yang sakit kerana gangguan jin. Entah kenapa, aku juga tak tahu nak menjelaskan kenapa mengapa dan bagaimana kerana pengetahuan ku juga terbatas. Tetapi ya dari kecil aku diganggu makhluk jin. Ada yang suka bersamaku.

Di waktu kecil aku akan pengsan dan sakit kepala yang teramat sangat setiap jam 10 pagi ke atas. Sakitnya tu tak dapat digambar, kepala ibarat nya nak pecah. Ini berlarutan sehingga aku belajar ke universiti.

Di universiti, aku mula belajar berubat, aku berbekam, aku diruqyah.. alhamdulillah sekarang gangguan sudah tiada. Kalau adapun transitnya sebentar saja dan aku tahu merawatnya sendiri.

Nak tahu bagaimana, nanti kucerita dibawah. Kalian juga mampu mengubati diri sendiri, hanya PERCAYA. Kalau dulu setiap malam aku bermimpi hanya ular, ular nya pula aneh2 ular pendek, ular gemuk, dan ada yang mematukku.

Aku andaikan saja aku mendapat dari kawasan sekitar rumah kerana waktu kecil aku memang pemberani aku suka berjalan sendiri ke rumah jiran bantu tok hantar sirehnya, melalui kawasan2 yang berlalang tinggi.

Jinnya bersamaku kerana aku mimpi aku dah mempunyai anak bersamanya. Dalam mimpi dia bersusuk seorang lelaki, mengikat rambut. Berdada bidang. Tidak, aku tak rasa dia adalah bunian macam indera ya (hahaha kalau ada yang baca cerita aisya) (https://iiumc.com/kurniaan-deria-ke-6-iv/).

Selain jin aku juga diuji dengan sihir. Ya sihir sebenarnya ada. Tak percaya? Bukaklah Alquran semua jelas didalamnya. Tetapi kita terlebih over. Kitalah terkadang menyihir diri kita sendiri. Sihir adalah suatu bentuk ikatan. Apa sahaja yang diri kita ikat dengannya itulah sihir.

Jika kecintaan kita kepada suami atau isteri berlebihan misalnya, kita juga menyihir satu sama lain, hingga rasa berat untuk melepaskan dia biar untuk berkongsi kasih dengan wanita lain yang tidak bernasib baik.

Kenapa tak percaya? Pernah rasa tengok iklan tv terus rasa nak beli itulah contoh sihir ya anda disihir tv. Tiada. Kita tiada cinta kepada manusia ya, suami bukan jua hak milik kita pinjaman sahaja. Maka janganlah anggap kita berhak. Jangan tenggelam dalam alam sihir menyihir.

Kenapa aku boleh terkena, ya kerana aku pernah juga cinta berlebihan dulu pada seseorang dan ianya teramat sakit tapi boleh diubati. Hanya PERCAYA.

Ujian buat aku juga adalah gangguan makhluk lelaki dari kecil. Ya aku tiada cantik aku biasa. Aku tahu dari dulu. Kusedar kini getaran ku ini yang membuat mereka tertarik. Malah mereka juga tidak tahu kenapa. Kau bagilah apa saja nama, sesetengah memanggilnya aura.

Ya setiap dari kita ada, cuma berbeza getarannya. Pernah perasan ada sesetengah orang mukanya xlawa, tapi kita rasa tertarik untuk melihat, untuk bercakap.

Ya itu juga ada pada aku kurniaanNya juga ujian kerana getaran itu membuatkan lelaki lebih kepada inginkan kerana seksual sahaja. Atau kepada material. Ya aura boleh membuat seseorang jadi kaya, jadi rebutan. Tetapi getar ini kini hanya untuk NYA.

Getaran cinta yang mendalam. Aku tak mahu lelaki atau wanita terpikat. Aku jua tak mahu kaya. Aku hanya milikNYA. Aku hanya mahu DIA.

Oh tadi ada kusebut pasal cerita indera ke 6, aisya kan. Ya aku juga baca. Dan aku terus terang suka, kerana aku juga memahami apa dirasa aisya.

Aku tidaklah diberi kelebihan melihat seperti dia. Cuma aku boleh merasa, kadang2 saja diberi deria penciuman dan penglihatan sekali sekala bagi aku itu sudah cukup bagiku kerana tiada perlu. Aku nak buat apa tengok hantu.

Hantu kadang berupa seperti getaran yang kurasa seperti dibilikku, kadang aku ambil gabung sahaja getaran ku bersama kurasa alam menyatu baik hantu atau apa saja makhluk. Kita semua sama. Cuma bagi aku, pilihan aisya untuk bersama indera itu aku tidak pasti betul atau tidak patut.

Bagi aku itu semua cinta atau nafsu kepada makhluk sahaja. Mungkin ujian juga buatnya. Tetapi bagi aku alam tersembunyi seribu suatu rahsia yang hanya DIA sahaja tahu kenapa disembunyi dari manusia.

Cinta atau nafsu manusia yang sebenarnya adalah cinta yang seharusnya bukan pada makhluk. Cinta yang kurasa sekarang ini sangat mendalam, rasanya hiba dan tidak berupa. Tiada rupa manusia atau makhluk tertentu. Jangan salah anggap.

Aku juga seorang isteri, ibu, dan seorang anak. Bukan bererti aku tidak cinta mereka. Tapi perasaan itu lebih kepada tanggungjawab sesama manusia dan kasih sayang sesama. Tetapi cintaku… Aku hanya rasa pada Yang Esa. DIA tidak berbentuk, DIA meliputi seluruh alam.

Makanya bila aku bersama alam, air mataku keluar setiap aku bersendiri bersama mereka semua. Bila bersama manusia, aku sebak, hiba bila melihat ada yang susah, menderita.. orang2 yang sakit. Kaya atau miskin semua ada penderitaan masing2.

Malah aku sebagai dokter turut merasa sakitnya mereka. Mungkin ramai yang tidak percaya. Tapi itulah apa yang kurasa.

Misalnya Jika pesakit nya sakit kepala, maka berpindah lah sakit itu kepadaku untuk kurasa, kadang kala aku balik terus tertidur kerana pedih sakitnya seluruh tubuh kurasa. Suami sudah tahu. Dia tahu apa rasaku. Namun jangan risau, kerana aku juga belajar.

Belajar mengubati diri yang sakit. Aku dikurniakan seorang guru yang kuanggap seorang bapa, dia yang mengajar dan memberi paham erti hidup dan mengubati gangguan2 dalam hidupku sebelum ini. Itulah habuan dari DIA katanya.

Namun semuanya tidak diletak dia yang berbuat atau menyembuh melainkan Allah yang Esa. Kata katanya mendalam. Kata2 seorang wali.

Ya wali. Para wali Allah banyak disekitar kita tiada nampak dipandangan mata kita yang biasa. Kadang hanya sebagai orang gila sahaja kerana tersembunyi. Mereka dikirim Allah untuk membantu umat manusia kembali kepadaNya. Alhamdullilah aku dipertemukan.

Bapak membawa aku kembali ke pencipta. Masihku ingat pertama kali dia memberitahu ibuku bahawa aku punya ‘kasyaf’. Disuruh aku menutup kedua mataku dan lihat apa ada padanya. Tiada. Hanya cahaya.

Aku sendiri malah tidak tahu menahu sedikitpun apa berlaku pada aku dari kecil. Yang aku tahu aku sakit dari kecil, hingga suatu tahap aku ingin saja mati. Ya mati mati mati aku ingin sekali itu. Kubunuh diriku tetapi tidak mati. Semua dengan kuasaNya masih memberi kesempatan padaku.

Apa yang kurasa kini, bukan lagi keinginan ingin mati bunuh diri seperti dahulu. Tetapi alhamdulillah hanya rasa kerinduan ingin kembali ke Pencipta yang Esa.

Cakap saja apa yang DIA tidak beri pda kita wahai manusia. Renungi sedalamnya kalian masing2. Aku ingat lagi bila kurenung, semua Diberi apa yang kuingin, kadang pemberiannya cepat. Kadang lambat. Kadang tak terjangkau akal.

Pernah aku ingin udang galah, hanya keinginan disimpan dihati. Tiba esoknya diberi makan udang galah yang sangat besar dari iparku. Kalian pasti pernah alami juga kan? Namun disebalik pemberian ada ujian ada kesakitan kerana itulah janjiNya.

Barangsiapa yang bersabar dengan sedikit ujian akan diganti dengan keNIKMATAN, dengan syurga. Tetapi betapa sedikit dari kita yang bersyukur. Aku juga suatu masa dahulu, tidak bersyukur, kufur, tetapi bertaubat semoga diampunkan semua dosaku yang lalu.

Kini yang ku mahu hanya bersyukur padaNya setiap hari. Ya setiap hari bangun itu yang kurasa. Alhamdulillah. Ku menyebutnya bersama zikir burung2 dan pepohon di pagi hari, bersama gonggong si anjing…

Tiada suatu pun atas muka bumi tidak kudengar tiada berzikir menyebut sucinya MAHA ESA. Maka aku malu wahai manusia andai kita semua kufur.

Bersyukur itu bukan hanya ditikar sembahyang wahai manusia. Rasai syukur itu dengan hatimu yang dalam, lidahmu dan nafasmu yang secara automatisnya diatur basah dan geraknya.

Itulah makrifat yang sebenar benarnya. Maka janganlah kalian mengatakan orang lain sesat, makrifat itu sesat tanpa kalian memahami apakah ia.

Itulah apa yang dirasa mereka2 itu.mereka tenggelam mereka asyik bukan dengan dunia, tetapi denganNya. Malah kadang kalian kata gila. Tetapi mereka tidaklah gila, hanya seakan2 dipandangan matamu sahaja. Itulah fatamorgana. Jangan kalian tertipu dengan dunia.

Apalah kita untuk mengeluh dengan kesakitan, dengan gigitan nyamuk yang sedikit, malah ilmu medikal sendiri menyatakan sakit itu hanyalah sebatas setting otak untuk menjaga keselamatan badan tubuh kita. Ia mekanisme normal, pengaturan badan kita sahaja.

Kita juga boleh ubah mind setting kita sendiri. Katakan AKU TIDAK SAKIT. Abaikan rasa sakit, rasa sedih pedih itu.

Letakkan sahaja tangan dibahagian tubuh zikir lailahaillallah sapu di bahagian tubuh getarannya akan menyembuhkan setiap bahagian yang sakit malah setiap disekeliling kita adalah getaranNYA.

Maka yakinlah wahai manusia yang menyembuhkan adalah DIA. Bukan dokter, bukan ubat ubatan kita yang biar semahal apapun, bukan jua air ruqyah atau jamu2 kita. Jagalah Aqidah kita….

Yang menyembuh adalah DIA, itu semua alat sahaja. KEYAKINAN anda lah penyembuh anda. Pikir yang baik, minta yang baik2, jadilah yang baik akan terhasil yang baik INSYAALLAH hanya yakin.

Itulah rahsia hidup yang tersembunyi, yang dikatakan rahsia hidup kaya, dan berjaya. Bilamana kita yakin.

Salam dari hamba yang hanya cinta DIA.

– Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *