Kecewa

Assalammualaikum. Alhamdulillah dah masuk 17 ramadhan. Terima kasih untuk perkongsian ini. Saya tulis di sini untuk pertama kali. Saya kenalkan diri sebagai Tieya, berumur 26 tahun.

Tulisan saya ini untuk pandangan, dan kata2 semangat untuk saya teruskan kehidupan saya atas apa yang terjadi sepanjang 5 tahun ini.

Kisah pertama. Hubungan saya dengan A bermula pada tahun 2014. Itu lah pertama kali saya bercinta. Saya terima seadanya, walaupun ramai lagi yang cuba untuk berkawan dengan saya tapi saya tetap pilih A untuk dijadikan pasangan kekasih.

Sepanjang berkawan tidak pernah saya berlaku curang atau mempunyai kawan baik lelaki. Saya setia dan tunggu A walaupun dia ada masalah kewangan. Saya tetap yakin dan sabar dan sentiasa bantu dia apabila dia mengalami masalah kewangan. Sebab ikhlas berkawan.

Saya jugak tak pernah mintak atau di belikan barangan dan hadiah sepanjang kami berkawan. Tempoh 4tahun bercinta kami lalui sebagai seorang pelajar di university. Ya saya gunakan duit PTPTN saya untuk bantu A. Saya sanggup ikat perut dan berjimat cermat.

A juga telah membawa saya jumpa keluarganya sepanjang 4 tahun kami berkawan. Semua menerima baik kehadiran saya dan merestui hubungan kami. Si A berjanji bila dah bekerja akan kumpul duit dan berkahwin dengan saya.

Setelah tamat belajar awal tahun January 2018 kami mendapat offer bekerja. Masing2 di daerah berbeza. Sejak bekerja hubungan kami kerap dingin dan ada masalah.

Sehingga akhirnya bulan April tahun yang sama setelah 4 bulan berkeja A telah tinggalkan saya dengan alasan tak boleh bersama saya lagi. Dia dah tawar hati dengan hubungan kami.

Saya kecewa dan menangis semahunya. Setelah saya korbankan masa dan wang ringgit di saat dia tiada apa2, ada waktu susah dia dan apabila bekerjaya dia pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri.

Janji untuk hidup bersama dan berkahwin dengan saya hanya tinggal janji.

Kecewa hati saat tu apabila A hubungi saya jelaskan semuanya bahawa saat hubungan kami ada masalah, dia berhubung dengan perempuan itu untuk cerita dan mengadu. Akhirnya mereka tersuka antara satu lain dan beberapa bulan selepas itu mereka selamat berkahwin.

Saya hilang semangat. Menangis dan luah segalanya dekat ibu ayah. Saat paling sedih apabila ibu ayah menangis bersama saya apabila ayah berkata tak pernah sekalipun ayah lukakan hati anak perempuan ayah. Tapi harini anak perempuan ayah menangis sebab lelaki.

Dan A juga pernah berjanji dengan ayah untuk berkahwin dengan saya apabila dia dah bekerja di saat pertama kali A datang berjumpa ayah sepanjang kami berkawan.

Remuk hati ayah saat tu bila A tinggalkan saya. Saya dah kecewakan ibu ayah. Dengan semangat dan doa ibu ayah saya mendapat kembali kekuatan dan teruskan hidup seperti biasa.

Selepas itu saya hidup tanpa ada pasangan kekasih. Langsung tidak contact atau berkawan dgn mana2 lelaki. Saya focus kerja dan bahagiakan ibu ayah saya dan keluarga saya. Alhamdulillah ibu ayah sangat mengambil berat.

Dari dulu semua masalah saya kongsi dan cerita dengan mereka berdua. Tidak pernah sekali pun saya share dengan orang luar. Ini baru pertama kali saya menulis untuk luahkan semuanya. Sepanjang itu saya sentiasa doa dan mintak dengan Allah untuk setiap urusan saya termasuk jodoh.

Kisah kedua bermula apabila Allah temukan saya dengan B pada April 2019. Setelah setahun berpisah dengan A. Pertemuan saya dan B secara tidak sengaja. Seperti biasa saya akan cerita dekat ibu ayah dengan siapa saya berkawan dan berhubung.

B berjaya buka hati saya. Sepanjang kawan dengan B kami jarang berjumpa hanya sebulan sekali atau dua kali itu pun atas kehendak saya. Saya tidak mahu terlalu kerap berjumpa dan berhubung.

Kami hanya berhubung melalui whatsapp dan jarang sekali untuk berhubung melalui Call. Disebab kan saya pernah kecewa jadi saya tidak mahu terlalu berharap. Tapi B pandai ambik hati dan banyak ajar dan nasihat saya tentang agama terutama solat. Dia sangat matang dan bertanggungjawab.

Sepanjang sebulan kenai B banyak cerita tentang diri dia dan family. B mintak bagi masa untuk kenal hati budi masing2 dan selepas itu bawa jumpa family untuk hubungan seterusnya.

Di jadikan cerita, awal Mei 2019 setelah sebulan berkawan B kehilangan pekerjaan kerana kilang dia bekerja di tutup.

Seperti biasa saya terlalu cepat kesian dan tak sanggup tinggal kan orang di dalam kesusahan.

Sepanjang sebulan kenal, B banyak cerita mengenai keluarga dan adik beradiknya.

Setelah sebulan berkawan B kehilangan kerja, saya nasihat suruh cepat2 cari kerja. Tapi setiap kali dia pergi interview dia gagal untuk di terima kerja.

Jadi bulan Mei 2019 hampir ke penghujung, bermula saat itu saya bantu B untuk bayar hutang kereta, rumah, bil api, air, astro makan, minyak topup dan tol. Semua hampir 2000 sebulan.

Saya ada tanya kenapa tk mintak bantuan keluarga, dia cakap keluarga dia pun cukup2 makan untuk family masing2.

Dan tanggungan perbelanjaan tu sehingga sekarang awal bulan Mei tahun 2020 di musim PKP ni. Itu tidak termasuk sepanjang tempoh setahun kena tampung perbelanjaan apabila moto dia rosak, kereta dia accident, roadtax dia mati, tayar kereta pecah, break kereta dia rosak, makanan dan segalanya.

Saya ikat perut. Saya kerja keras. Saya cari duit lebih untuk bantu dia. Semua saya guna duit sendiri hasil kerja dan gaji saya. Apabila tanya tentang kerja dia cakap belum ada rezeki lagi. Tak dipanggil kerja lagi.

Bulan ni dah setahun. Setahun jugak saya tanggung semuanya. Saya ikhlas kerana Allah kerana ingat dia ikhlas dengan saya. Saya tolong semampu boleh.

Saya rahsiakan semua ni dari ibu ayah dan keluarga. Dalam masa yang sama saya tak tinggal kan tanggungjawab saya dekat keluarga. Saya kerja dan cari duit secukupnya. Dengan izin Allah sentiasa Allah permudahkan dan bagi saya rezeki.

Dalam masa yang sama saya tetap bersedekah dan bantu orang susah. Walaupun 1 atau 5 atau 10 ringgit ikot lebihan duit yang ada saya bank in dan sedekah bila jumpa orang2 yang mintak sedekah saya niatkan untuk mak ayah saya dan keluarga.

Jadi, sekarang kan masalah ekonomi dan gaji saya pun bermula hujung bulan 5 ini akan di potong.

Saya dah terus terang dekat B saya mungkin tak dapat bantu sepenuh nya. Sebab saya jugak ada keluarga, insurance dan kereta sendiri untuk dibayar. Jadi tak cukup bila gaji dipotong dan saya tkdapat buat kerja lebih di musim PKP ni.

Saya mintak dia guna duit BPN yang bujang tu untuk tanggung belanja dia bulan 5 ni. Sebab kereta dan rumah takpayah bayarkan 6bulan ni.

Sepanjang setahun berkawan hubungan kami takdak masalah semua okay. Dan bahagia. Jarang bergaduh. Mungkin dia matang dari saya. Pandai kawal keadaan.

Semalam 16 ramadan Allah nak tunjuk segalanya. Saya cek kelulusan BPN guna no ic B. Tapi saya terkejut jumlah RM1000. Orang bujang RM800 ja. Saya ada no ic B tapi saya hanya mampu semak status. Tak boleh paparkan maklumat.

Tapi kuasa Allah. Saya reset password dan kena jawab soalan keselamatan. Saya memang tak tahu jawapan sebab saya tak isi BPN untuk dia.

Tapi kuasa Allah dengan lafaz bismillah sebab hati tergerak nak tengok paparan maklumat, semua jawapan soalan keselamatan di jawab dengan betul, dan saya dapat tukar kata laluan.

Setelah saya dapat reset password baru. Saya berjaya masuk dan buka paparan maklumat. Hampir pengsan apabila maklumat terpapar status berkahwin. Berkahwin tahun 2016 dan punyai seorang anak.

Kecewa nya saya saat tu hanya Allah yang tahu. Remuk hati dan perasaan saya. Saya setia, saya ikhlas tapi ni balasan saya dapat.

Saya sanggup susah di saat B di uji. Tapi B tipu saya hidup2. Allahuakbar. Berdosanya saya dah bercintaa dengan suami orang.

Demi Allah saya tak tahu langsung B suami orang. Sebab muda dan cara B boleh contact saya macam takdak apa2 untuk dirahsiakan. Boleh share everything dengan saya. Boleh jumpa saya. Allahuakbar. Sakit hanya Allah yang tahu.

Apa dia buat semua dia inform saya. Jadi memang tak syak apa2. Dia send gambar. Macam orang single and tak nampak apa2 sikit pun penipuan.

Saya terus send semua detail dekat B, saya text dia kenapa tipu saya kenapa buat saya mcm ni, apa dosa saya. B cakap dia ikhlas sejak pertama kali jumpa dengan saya dan nak bimbing saya.

Ya sebulan kenai dia banyak bimbing, dia seorang yang tak tinggalkan solat. Kebetulan lepas sebulan kenai dia di uji hilang kerja. Time tu saya sorang ada dengan dia. Katanya terlalu banyak saya tolong dia dan tak sanggup tinggal kan saya. Saya cakap kalau ikhlas takkan buat macam ni.

Saya cakap kenapa tak jujur awal2 kenal, saya pun takpernah terlintas nak kawan dan ganggu suami orang. Allah. Saya kecewa sangat2. Menangis dan terus lemah. Saya hilang semangat. Sakit sangat.

B juga cakap dia tetap pilih wife dia. Dan dia mintak saya rahsiakan semua ni. Dia takmau wife dia tahu dan kecewa. Saya faham, perasaan perempuan saya sendiri kecewa. Cuma saya mampu cakap, saya takkan maafkan dia atas semua dia lalukan ini.

Bukan kecil terlalu besar kesalahan ni. Hati dan diri saya dipermainkan. Di tipu. Allahuakbar. Saya kali kedua berkorban dan setia dengan orang yang salah. Sakitnya hati seorang perempuan yang setia dan jujur dalam hubungan bila dipermainkan dan ditipu.

Sepanjang kawan dengan B saya pejam mata bila ada lelaki lain nak kenal dan kawan dengan saya. Saya setia. Ikhlas. Jujur. Tak layan mana2 lelaki walaupun kerjaya mereka bagus2.

Tapi sebab ikhlas dengan B tak nak tinggalkan orang yang susah, nak sama2 ada dengan B hingga dia berjaya. Tapi dia sanggup tipu saya.

Saya kecewa sangat2. B pujuk saya andai wife dia izinkan dia berkahwin lagi satu, adakah saya sanggup. Dia nak jawapan. Sejujurnya saya jawab saya tak sanggup lukakan hati wife dia. Setuju macam mana pun wife dia mesti akan terluka dan sedih.

B terus jujur yang wife dia tak kerja, dan sepanjang B tak bekerja wife dia tak pernah tanya tentang semua duit untuk tanggung kotmitment semua tu. Kesian wife dia sebab saya dah berinta dan sayangkan suami dia. Allah berdosanya saya.

Saya kecewa dan sakit hati sangat2 saat ni. Saya tak mampu buat apa2. Semoga Allah beri pengajaran kepada A dan B supaya jangan mainkan hati dan perasaan perempuan.

Kecewa. Sakit. Sedih. Saat ini saya tak mampu cerita dekat ibu ayah lagi. Saya tak nak ibu ayah kecewa lagi. Sebab tu saya luah semua di sini. Tolong jangan kecam saya. Saya sendiri tak tahu B suami orang. Selama setahun berkawan demi Allah tak tahu dia suami orang.

Doakan saya dapat lupakan B dan mula hidup baru. Saya serahkan urusan jodoh kepada Allah doakan saya jumpa orang yang betul2 ikhlas dan sayangkan saya. Setia dan bimbing saya dekat dengan Allah.

Kepada wanita di luar sana, hati2 berkawan jangan jadi macam Tieya langsung tak sangka berkawan dengan suami orang. Kuasa Allah, nak tunjuk segalanya.

Saya mohon doa dan kata2 semangat dari semua, rasa nak menangis peluk ibu ayah luah semuanya. Tapi cukup laa mereka kecewa dahulu, tak sanggup lagi saya cerita kekecewaan kedua ini.

B cakap dia tak ada semua media social termasuk facebook. Jadi memang saya tak tau dia suami orang. Memang takdak tanda2 penipu pun sepanjang berkawan dengan dia. Apa patut saya buat sekarang, saya nak lupakan semuanya. Saya kecewa sangat2.

Maafkan saya andai tulisan dan cerita tak tersusun sangat. Lama dah tak menulis. Semoga cerita saya menjadi pengajaran untuk semua. Assalammualaikum.

– Tieya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *