Derhaka Seorang Anak

Kisah bermula saat aku menuntut di salah satu pendidikan tinggi awam. Satu per satu tingkah laku ibu yang pelik mula ku hidu. Tetapi apa daya kudrat ku.

Bila disuarakan aku disebut sebagai anak yang ingin melihat keluarga sendiri berpecah belah. Walau sekuat mana aku memberontak akhirnya aku mengalah. Biarlah kuasa Allah swt tunjukkan kebenaran.

Benar begitulah doa ku. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa ku. Walaupun masa nya kurang tepat. Di saat aku bersekang mata menghadapi ujian akhir semester, Allah tunjukkan pada seluruh keluarga ku ibuku ada lelaki lain.

Emosi ku terganggu kembali. Tapi di satu sisi aku lega tuduhan ke atas aku nyata tidak benar. Curigaku berasas.

Di satu sisi aku kasihan kan ayahku. Tulang empat kerat dikerah untuk menyara keluarga. Berpanas berhujan mencari nafkah. Hidup ayah hanya untuk keluarga. Tidak kasihankah kau ibu?

Kemelut berakhir dengan ayah mahukan kami adik beradik lupakan semuanya. Ayah mahu kami maafkan ibu. Kerana hormat kepada ayah dan kasih seorang anak, aku harap ibu berubah. Tapi tidak.

Ibu seakan tiada takut nya. Keluar sesuka hati seberapa lama yang tidak masuk akal alasan nya. Hancur hati ku begitu juga hancur harapan ku kepada ibu.

Kemuncak cerita apabila ibu melarikan diri dari rumah. Kurang dari lima bulan dua orang anaknya akan bernikah. Pada masa yang sama, adik ku sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi spm. Tak terfikir oleh akal ku, bagaimana ibu sanggup buat begini kepada kami.

Disebabkan kami meminta ibu untuk lupakan lelaki itu. Hanya kerana kami ingin ibu berubah. Ibu tinggalkan kami disaat kami sangat perlukan ibu. Atas nasihat dan sokongan sanak saudara majlis pernikahan tetap diteruskan.

Bertalu talu nasihat diberi kepada adik supaya tetap fokus untuk spm. Risauku kepada adik kerana ibu yang bertanggungjawab untuk hantar dan ambil adik ke sekolah. Bagaimana mungkin adik tidak terganggu?

Tiga tahun lebih berlalu. Ibu hilang tanpa berita. Report polis yang dibuat tiada hasilnya. Bermacam andaian yang aku fikirkan. Sihat kah? Sakit kah? Dimanakah? Tidak kira berapa kali aku bertanya masih tiada jawapan.

Kini, aku sendiri sudah menjadi seorang ibu. Sakit payah mengandung melahirkan membuatkan aku masih tidak dapat menerima bagaimana ibu mampu tinggalkan kami.

Beberapa hari sebelum tiba bulan Ramadhan, aku menerima panggilan dari nombor yang tak dikenal. Syukur Alhamdulillah, berdegup laju jantungku saat aku tahu itu ibu. Ibu yang aku rindu.

Serta merta kemarahan ku kepada ibu hilang sekelip mata. Tidak sabar ku bercerita bahawa ibu sudah menjadi nenek. Aku minta ibu pulang. Bahkan tidak terfikir untuk bertanya kemana ibu pergi. Aku hanya rindukan ibu.

Apakan dayaku, ibu masih tidak berubah. Dengan sengaja ibu bercerita ibu pergi berjalan jalan satu malaysia. Koleksi tudung berkotak kotak. Ibu tunjukkan yang dia bahagia.

Ibu masih dengan caranya yang mengaku janda seperti dulu. Dan ibu kembali untuk menanyakan harta. Aku biarkan ibu dan ayah selesaikan urusan yang tertinggal antara mereka. Bercerai itu yang ibu minta.

Tiga tahun lebih ibu tiada, untuk menerima ibu kembali bukan mudah. Apatah lagi ibu masih menghina kerja ayah.

Padahal dengan kerja itu lah ayah membesarkan kami walaupun tidak mewah. Sebab kerja keras ayah lah memberi semangat aku akhirnya aku dapat menghabiskan degree dengan biasiswa.

Rinduku kepada ibu bertukar marah dan geram yang teramat sangat. Ibu nyata hanya kembali untuk menuntut harta yang dinamakan ke atas nya. Pelik aku.

Bukankah ibu berkeras mahukan lelaki itu sebab berduit? Kenapa harta yang ada bersama ayah yang kerja hina ni yang dikejar kembali.

Ibu berbicara seperti tiada rasa bersalah atas apa yang dilakukan nya. Tidak kah ibu tahu kalau dosa meninggalkan suami seperti itu adalah dosa besar? Mustahil ibu tidak tahu, hari hari ibu meratip amal ibadah nya.

Aku dengan sakit hati melihat tingkahlaku ibu tidak membalas whatsapp darinya.

Saat aku sibuk masak makanan berbuka untuk ayah adik saat itu lah ibu mengajak untuk berwhatsapp atau videocall. Aku sedih. Ibu orang lain masing masing masak macam macam resepi tapi tidak ibuku.

Disebabkan itu ibu tanya aku mahu jadi anak derhaka kah? Sampai saat ini aku masih bertanya, tak layak kah aku untuk marah kepada ibu yang sanggup fitnah anak hanya untuk tutup kesalahannya?

Derhaka kah aku? Tak layak kah aku marah sebab ibu tinggalkan kami demi lelaki lain disaat kami sangat perlukannya? Salahkah aku merasa awkward bila ibu datang kembali setelah ibu sendiri yang pergi dari hidup kami.

Mungkin ada yang tahu siapa aku. Biarlah ku beritahu bahawa jika ini yang dinamakan anak derhaka, aku terima.

Jika ibu pulang dengan insaf tidak mungkin aku menolak tapi tidak ibu pulang dengan angkuh bangga dengan apa yang dibuatnya. Tidak berhak kah aku untuk berasa sedih dan menjauh?

– Neil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *