Akulah Yang Terhebat

Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih admin kerana siarkan kisah aku yang panjang ni. Lelah aku pendamkan sendiri kerana hakikatnya aku tak ada teman sejati.

Baru beberapa hari ni aku sedar hakikat yang sebenarnya, aku alone.. dan lonely.

Aku perkenalkan diri aku, Permata (bukan nama sebenar), berusia awal 40-an masih belum berpunya. Seorang yang bekerjaya professional, sangat berjaya walaupun aku masih bekerja makan gaji.

Aku bina kerjaya bermula dari bawah, sehingga lah aku di lantik menjadi salah seorang pengarah syarikat.

Aku sombong. Aku ego. Aku angkuh. Itu baru aku akui sejak beberapa hari ni. Baru aku tersedar semua ni setelah Allah tarik nikmat yang paling berharga dari aku.

Ibu yang paling aku sayang baru je pergi untuk selama2nya dibulan Ramadhan ni. Sudahlah ayah tiada dipanggil Ilahi pada tahun lepas, kini ibu pula menyusul.

Tapi aku panjatkan kesyukuran Alhamdulillah ada juga hikmah disebalik pkp. Diberi kesempatan untuk aku luangkan masa bersama ibu disaat nyawanya cuma bersisa beberapa hari.

Tapi pemergian ibu memberikan 1 tamparan hebat buat aku. Dalam kesedihan yang teramat, aku bermuhasabah diri. Aku terkenangkan sifat angkuh, sombong, ego aku selama ni. Berapa banyak dosa aku lakukan pada ramai insan. Mungkin ini balasan Allah pada aku.

Allah tarik nikmat yang dipinjamkan selama hampir 40 tahun ni. Mungkin juga ramai yang mendoakan agar Allah tarik nikmat dari aku disebabkan keangkuhan aku.

Tapi aku cuba positif, aku pujuk hati, aku katakan ini sememangnya sudah takdir Allah ibu pergi di saat ini. Semua dari kita tak terkecuali menghadapi mati.

Adik beradik aku ramai, ada yang hidup berjaya, ada yang biasa2 aje. Aku kerap tak sebulu dengan adik beradik yang aku anggap low class.

Aku sombong, aku bongkak. Kerana aku yang sentiasa penuhkan meja. Aku yang bagi makan mereka anak beranak. Aku banyak duit, aku hebat! Kakak2 aku & suami2 mereka yang tak berapa nak berduit tu kena lah dengar cakap aku. Perlu lah hormat aku.

Sampai begitu sekali sombongnya aku. Bergaduh dengan adik beradik sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Adik beradik aku yang tak bersekolah tinggi, aku pandang sebelah mata je.

Tambah lagi bersuamikan orang yang kerja entah apa2. Memang low class aku rasakan. Anak2 saudara pun aku memilih juga. Begitu la yang terjadi selama bertahun2.

Bila ibu meninggal, aku terfikir. Bagaimana kesudahan hidup kami nanti. Akan jadi lebih buruk berantakan ke keadaan di rumah ni? Selama ni aku tinggal bersama keluarga besar di rumah ni, orang nampak kami bahagia tapi hakikatnya tidak.

Ketika ibu ada, keadaan boleh dikawal dek kerana rasa hormat pada ibu. Aku bergaduh dengan adik beradik, aku boleh buat tak nampak je kewujudan mereka, boleh jeling2, boleh buat muka meluat, boleh hempas2 barang, boleh tarik muka masam je.

Takde la sampai terpekik2 terlolong2 bertekak, sebab ketika tu ibu masih ada. Apa akan jadi lepas ni, setelah ibu dah pergi? Mungkin ke kami akan bergaduh terjerit2 baling barang sampai huru hara seisi rumah? Allahu… minta dijauhkan.

Tapi untuk berbaik semula dengan adik beradik aku, untuk memohon keampunan maaf, bukan mudah. Aku ego. Aku sombong. Aku angkuh.

Aku sedar aku bersalah, tapi sehingga ke saat ini aku tak mampu nak ucapkan perkataan ‘minta maaf’ tu. Di kala ini hanya pada Allah je tempat aku mengadu, tempat aku luahkan kekesalan dihati aku ni.

Kehidupan aku yang bujang banyak aku habiskan di pejabat sahaja. Ahad atau public holiday pun kadang2 aku datang ke office. Bila ada tender, aku & team akan bermalam di office.

Rutin aku cuma berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Menjelang malam baru aku keluar office, bila jalanraya mulai beransur lengang.

Di rumah, aku lah raja. Di tempat kerja juga aku raja. Prestasi kerja aku yang bagus, membuatkan aku mendapat kepercayaan daripada tuan punya syarikat. Anak syarikat di buka, aku dilantik jadi pengarah. Hebat bukan?

Walaupun dalam hati aku tau aku dilantik jadi pengarah kerana boss cuma nak syarikat tu berstatus bumiputera, untuk dapatkan tender2 untuk projek kerajaan. Itu aku tak peduli, yang penting pekerja2 di syarikat ni tau kedudukan aku & hormat aku. Aku kan director.

Di sejadah hari ini, air mata aku tak berhenti mengalir. Terkenangkan dosa2 aku. Aku sombong dengan staffs. Mereka senyum & tunduk bila lalu di sebelah aku. Tapi apa yang aku balas? Aku tak endahkan mereka, aku jeling mereka.

Aku pilih kawan di pejabat. Aku bergaul dengan yang berjawatan professional atau yang berpangkat tinggi aje. Aku kan director. Kalau yang berpangkat tinggi tu cuti atau MC, aku tak akan pergi tapau lunch dengan Admin staffs atau staffs bawahan. Lekeh. Low class.

Aku lagi sanggup pegi 99speedmart beli roti atau ramen. Aku sering memandang hina pada staffs bawahan. Aku lupa, dulu pun aku pernah berada di bawah. Dulu aku cuma bawa kereta kancil aje, sekarang dah berkereta besar aku jadi megah & angkuh pula.

Staffs yang aku tak suka, siap la mereka nanti. Aku akan cari salah mereka, aku akan buat mereka stress, aku akan cari pasal & bergaduh dengan mereka. Sudah tentu aku yang akan menang. Aku kan director.

Kesudahannya, mereka dengan sendirinya akan menghantar surat resign, notis 2 bulan. Tak terhenti setakat itu, aku pinda surat resign tu, backdated. Suruh mereka sign & berhenti awal. Kejam nya aku. Ya Allah kau ampunkan lah dosa2 ku ini.

Aku kerap cari pasal dengan staffs di pejabat. Aku tau aku dibenci oleh ramai staffs. Tapi aku peduli apa? Bukan mereka yang bayar gaji aku. Itu dulu.. tapi hari ini aku sedar, aku lah sebenarnya yang busuk hati. Mereka tiada salah pada aku.

Ada staff yang suaranya aku tak suka dengari. Bila terdengar aje suara perempuan tu, terus aku hempas fail kuat2 atas meja. Terus dia senyap. Puas hati aku. Tapi apa salah dia pada aku? Tak pernah sekali dia buat salah pada aku pun. Hanya kerana aku tak suka dengar suara dia je. Allah….

Ada staff yang selalu balik lewat, jam 8pm baru nak keluar office tapi tak buat kerja pun. Aku benci melihat staffs yang balik lewat. Aku nak aku seorang je yang balik lewat. Biar boss nampak aku je.

Boss aku pula memang sejenis yang jam 8-9pm baru keluar office, nak elakkan traffic jammed katanya. Tapi kenapa aku tak boleh berfikir yang staffs lain tu pun balik lewat sebab nak elakkan jammed. Aku ni betul2 selfish.

Aku kutuk staff sana, aku kutuk staff sini. Bila aku terjerat, aku play victim.. tak pun aku guna suara veto aku. Aku cakap sinis2, jeling2, sindir2, aku tinggikan suara. Dah tentu aku la pemenangnya kan? Siapa berani nak jatuhkan aku? Takde siapa berani.

Tapi aku lupa, dalam sekelip mata Allah boleh jatuhkan aku. Aku sangat takut di kala ni bila terkenangkan semua kejahatan aku pada manusia2 ni. Ya Allah ampunkan aku.

Aku singkirkan sahabat yang berbelas tahun aku kenal. Memang performance dia tak berapa bagus, tapi bukan itu penyebab utama aku singkirkan dia dari syarikat ni. Dia terlalu berbahaya kepada aku. Aku takut pada dia walaupun dia berjawatan rendah.

Dia seorang yang ramah & mudah bergaul dengan sesiapa. Yang aku takut kan adalah rahsia aku terbocor. Itu penyebab utamanya. Akal aku sentiasa jahat, aku berpakat dengan HR untuk memberi tekanan padanya sehingga dia terpaksa meletakkan jawatan.

Di awal2 sahabat aku ni mula bekerja, aku berbisik pada dia supaya jangan ceritakan pada staffs lain perihal tempat tinggal aku. Sungguh dia berpegang janji, langsung dia tak ceritakan pada staffs lain. Cuma aku je yang berprasangka. Aku yang takut dengan bayang2 sendiri.

Aku malu kalau semua orang di syarikat ni tau aku dibesarkan di rumah setinggan selama lebih 20tahun. Aku malu.. kerana disini aku dikenali sebagai seorang yang bekerja professional, berduit, elegan, bergaya, pakai barangan branded from head to toe.

Hina nya aku. Sepatutnya aku tak perlu malu. Kalau aku jujur & humble, sudah tentu orang lain terinspirasi dengan kejayaan aku yang membesar di setinggan tapi akhirnya menjadi seorang yang sangat berjaya.

Allah… entah apa yang aku fikirkan. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku benar2 seorang yang jijik & kotor.

Hati aku kotor. Aku suka jadi stalker. Aku suka tengok status update orang lain. Aku suka screenshot kemudian aku bergossip. Aku suka buat andaian sendiri. Orang tak cari pasal dengan aku, tapi aku yang sengaja keruhkan keharmonian.

Aku sakit hati tengok orang bahagia. Aku tak suka tengok orang lain bercantik2 & berhias2. Aku tak suka orang up status pasal family, suami, anak2. Aku cemburu.

Aku kutuk orang lain, dengan mengatakan suami orang itu kerja tak bagus, isteri orang ini perangai tak elok, macam2 lagi la. Tapi hakikatnya, aku cemburu dengan apa yang aku tak miliki. Allah.. ampunkan aku

Bertahun aku tau seorang staff yang menipu duit syarikat. Entah berapa banyak duit yang dah diambil dari syarikat. Dia pandai adjust itu ini, tak pernah sekali pun terkantoi.

Aku cuma butakan mata, sebab dia rapat dengan aku. Lagi pun bukan aku yang ambil duit tu kan? Aku tak berdosa pun kan? Allahu… aku tak sedar yang sebenarnya aku turut berdosa kerana bersubahat. Halal kah gaji yang terima sehingga ke hari ini jika begini cara aku bekerja.

Di saat ini aku takut akan pembalasan Allah. Aku takut tiba2 Allah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah Dia berikan pada aku. Aku takut jika aku hilang pangkat, harta, career.

Aku sudah terlalu selesa berada di puncak ni, bimbang kalau aku tiba2 kecundang jatuh & hilang segala2nya. Aku tak sanggup duduk di bawah, bagi aku itu hina. Aku belum bersedia.

Zahirnya nampak aku adalah seorang yang sangat berjaya. Tapi sebenarnya aku seorang loser. Aku kotor.

Sahabat2 sekalian, doakan aku diberi kekuatan untuk lunturkan sifat ego, tamak, sombong, bongkak, angkuh yang ada dalam diri ini. Doakan aku diberi kekuatan untuk memohon ampun & maaf kepada insan2 yang aku lakukan dosa pada mereka selama ini.

Yang benar,

– Cik Permata (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *