Struggle Melupakan Cinta Tidak Halal?

Assalamualaikum & hai nama aku Elizabeth Swann, bukan nama sebenar. Lewat 20-an, and a proud single lady ;)

But ah ah ahh (gaya Vivy intro dalam channel dia), tunggu jap readers, hehe, proud yang aku maksudkan adalah, aku masih lagi belum rasa tersangat down sebab belum berkahwin lagi pd umur ni. Aku tak menolak perkahwinan cuma mungkin belum bertemu jodoh.

Merujuk kepada tajuk, aku kira ramai jugak antara kita yang pernah mengalami perjalanan cinta yang tidak halal (read : cinta yang sia-sia sebelum nikah).

Tujukan aku menulis ni utk share tentang kisah aku & 4 point penting yang aku belajar dari perjalanan kisah aku ini.

Aku tak pernah bercinta selama hidup 26 tahun. Kagumi seseorang daripada sekolah rendah sampai ke umur tersebut tu ada tapi tak pernah terluah, jadi ku kira tu bukan cinta sebetulnya. Lebih kepada admiration mungkin, or at least I think so.

I did have several crushes before tapi tak lebih pun perasaan tu sebab aku jenis agak ‘geli’ memikirkan ada orang suka pada aku kalau admiration aku tu terbalas.

Cinta yang tak dapat dimiliki versi aku ni bermula bila aku 26, aku accidentally suka pada seseorang yang aku gelarkan F. Was a mutual feeling and he started it first. F satu tempat kerja dengan aku, dia misteri, pada mulanya orang lain tegur-tegur je aku tapi bukan dia.

Tapi ada satu masa ni kami perlu bekerjasama untuk satu projek. Dari situ kami agak rapat dan selesa dengan satu sama lain, dan fast forward, few months after the implementation of that project, we declared.

Perasaan aku pada waktu tu, walaupun suka pada dia, tapi aku confuse sampai sakit kepala memikirkan jarak umur dan pada masa yang sama merasakan yang hubungan tu salah; kerana pegangan aku sebelum ni, bercinta sebelum kahwin itu sepatutnya dielakkan.

Hubungan bertahan hanya beberapa bulan atas sebab yang aku tak dapat kongsikan. Walaupun cuma beberapa bulan kami bercinta, tapi aku belajar tersangat banyak benda. F was a nice guy but at last, we have to end up the relationship for both sake.

Setelah 2 tahun lebih berlalu, aku masih tak dapat lupakan dia. Aku seorang yang sensitif dan emosional. So when I love, I love really hard. I was having a very hard time to accept that we need to break up during the first year. So I contacted him for so many times.

Masuk tahun kedua, aku lebih tenang dan lebih faham maksud di sebalik reda. Dan pada point ini adalah perjalanan aku memahami bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki dan meninggalkan cinta yang tidak halal. Lebih tenang dan reda kerana aku tahu itu merupakan satu bentuk perjuangan.

I managed to distance myself with F, tapi ada masanya, dia pulak yang seolah tarik tali. Ada beberapa perkara yang F buat yang menyebabkan aku triggered semula bila kami perlu berjumpa disebabkan kerja.

Cuma mungkin atas ketenangan dan kekuatan yang Allah kurniakan ni, aku anggap ‘triggered points’ tu semua cuma ujian semata-mata.

Mungkin ada yang terfikir macam mana aku react bila di tempat kerja dengan F, tapi sejak putus, F dapat pindah ke cawangan lain dan aku tersangat jarang jumpa dengan dia.

Aku sangat struggle lupakan F walaupun hingga ke artikel ni ditaip kerana memori masih berbekas, tapi bila kenang semula perjalanan lupakan cinta tidak halal ini menjadikan aku seorang yang kuat, aku sangat syukurinya dan dengan itu juga, aku masih mampu bertahan.

Struggle melupakan seseorang yang dicintai tidak mudah malahan membawa aku kepada kekecewaan melampau. Sangat rumit dan sukar sekali mungkin bagi individu seperti aku, tapi aku percaya ini jalan yang paling terbaik.

Ada 4 point yang aku belajar dari kisah aku ini yang aku ingin kongsikan :

1. Allah, is our saviour. Berbaliklah kepada Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang..

Untuk tinggalkan sesuatu yang dicintai itu sangat sukar, namun kekuatannya boleh dipohon daripada Allah Yang Maha Mendengar. Eventually, you will become stronger to fight with this grieve

2. Untuk yang pernah rasa kekecewaan dlm bercinta, anda mesti tahu peritnya frust tersebut. Sebelum betul-betul memahami keperluan meninggalkan cinta tidak halal ini.

Aku sampai pernah terfikir the worst thing in my life, was in the phase of depression, setiap hari rasa nak marah pada semua benda, tiada semangat even nak ke kerja atau buat apa2 perkara sekalipun, tapi Alhamdulillah, Allah masih kurniakan iman kepadaku.

Rupa-rupanya perit kekecewaan bercinta boleh membuatkan kita tidak dapat berfikiran waras. Aku suka kaitkan bahawa frust ni sebenarnya boleh dididik. Mungkin ini antara benda yang akan aku terapkan bila ada rezeki anak kelak.

Frust bercinta tidaklah sama dengan frust anak tak dapat mainan atau kita tak dapat IPhone SE, tapi benda-benda ni semua adalah latihan kepada mental kita.

Satu artikel oleh Pn Maryam Jamadi, an Occupational Therapist, tentang “frustration tolerance”, katanya, “Frustration Tolerance sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar.

Kena ajar anak perasaan “frust”, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi tempat yang dia nak dan sebagainya.
Sebab dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak akan dapat.
….

Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita (ibu bapa), kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar.”

3. Sekiranya terjatuh cinta, janganlah ‘terus’ diekspresikan cinta tersebut. Cinta itu fitrah, adakalanya datang tanpa disangka.

Cuma sekiranya cinta yang hadir dari hati itu muncul, seharusnya dititipkan doa kepada Yang Maha Pencipta dahulu, tentang apa yang perlu dilakukan untuk menguruskan cinta yang hadir tersebut.

Dan mungkin ini juga yang aku akan terapkan dalam mendidik bakal anak aku nanti. Akan ku ajarkan cara bercinta dengan betul..

Mungkin nampak macam tak perlu pun, tapi bagi aku ianya merupakan pelajaran yang penting sebab rata-rata remaja sekarang memang jarang yang tiada pasangan bercinta.

Kesilapan aku dan F dulu, bila jatuh cinta, kami declare tanpa merujuk kepada Yang Maha Kuasa. Was a mistake. A teribbly one.

4. Ikhtilat. Semakin kurang dititikberatkan. Tapi kembalilah kita kepada ajaran Allah. Jika kita jaga ikhtilat, perkara seperti falling deeply in love sebelum nikah, mungkin boleh dielakkan.

4 perkara ni yang aku kira benda signifikan yang aku belajar tentang kisah cinta aku ini. Aku menulis untuk berkongsi kerana mungkin ada yang boleh ambil iktibar tentang perkara ini.

Untuk sahabat yang sedang melalui benda yang sama, kuatlah, walaupun kadangkala kekuatan itu goyah, kadangkala menangis di tengah malam merindukan, namun, serahkanlah semuanya kepada Allah. He is the best planner of our life.

Doakan aku dan kau kuat, untuk tempuhi hari-hari luka kita, tika mana cinta tidak halal itu masih bersisa.

– Elizabeth Swann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *