Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih jika confession aku jika confession ini disiarkan. Baca tajuk sahaja dah macam nak kena sembur dengan api neraka kan?
Kenapa aku luahkan di sini sebab aku tau kat sini akau boleh dapat feedback yang lebih baik daripada di KRT. Aku pun bukan layan sangat KRT. Aku adalah salah sorang top fan dalam n tapi untuk kali ini aku pakai fake akaun la sebab aku n memang pengecut.
Sedikit latar belakang aku, namaku Zuhayra Nasrin (of course la nama tipu) tapi nanti aku letak makna nama n kat bawah confession ye, usia dalam 30 an, status isteri orang, kerjaya baik dan wajah manis jugak la.
Aku dan suami PJJ sejak kahwin kerana masing-masing ada komitmen dan tak pernah merancang untuk tinggal bersama kerana beberapa kekangan. Hal ini dah dipersetujui sejak kahwin kerana perkahwinan kami adalah yang kedua bagi kedua2 belah pihak.
Tiada anak tetapi aku ada beberapa anak tiri yang dijaga oleh ibu mereka. Aku akan balik ke rumah suami yang kena merentas negeri pada hujung minggu, begitu juga dia dan kami memang bertoleransi dalam bab ini.
Sepanjang tujuh tahun berkahwin, kami tidak dikurniaan zuriat dan sudah puas juga berubat kampong dan rawatan moden tapi belum rezeki dan kami dah redha.
Pada usia perkahwinan masuk tahun ke 3, suami ada masalah kesihatan orang lelaki jadi aktiviti s3ks ini menjadi semakin lama semakin kurang hinggalah sampai jadi bedmates sahaja. Sorang pusing kanan sorang pusing kiri dan ini berlarutan sehingga kini.
Semua ini aku pendam sahaja sebab aku pun malas nak fikir dan pernah dibincangkan tapi suami tiada tindakan lanjut.
Bagaimana aku boleh berjumpa dengan kekasih gelap ini?
Walaupun aku PJJ tetapi aku tak pernah merancang untuk ada kekasih gelap atau simpanan sebab memang tiada dalam kamus hidup. Tetapi itulah yang datang sebagai dugaan dan aku melayan sebab aku bosan sepanjang PKP ini.
Aku dan suami memang tidak dapat berjumpa hampir lebih kurang dua bulan sebelum dibenarkan merentas negeri bagi suami isteri yang berlainan negeri.
Disebabkan PKP ini, kebosanan aku terisi dengan langganan Netflix dan movies di telegram. Semua channel aku like dan aku tonton untuk isi masa lapang. Nak dijadikan cerita, jeng… jeng… jeng… satu malam, aku dapat satu mesej daripada nama DR CRANE (nama musuh batman).
Rupanya DR CRANE (lepas n aku pendekkan jd DC aje ) dapat masuk ke mesej telegram aku kerana dia juga ada dalam salah satu Channel Movies dalam telegram yang aku like. Semua ini berlaku pada lewat bulan 3 yang lepas.
Apa maklumat yang aku dapat ialah DC merupakan duda anak satu lewat 30an, seorang pekerja dalam Industri Perkapalan di Lembah Kelang, dia juga cuti PKP sama seperti aku. Kami text setiap masa sejak dari hari itu.
Pada mulanya banyak maklumat yang aku tipu dia tapi akhirnya aku jujur sahaja sebab dia pun jujur cerita semua tentang diri dia, siap hantar gambar dan macam2 bukti untuk yakinkan aku untuk terima dia sebagai kawan.
Aku tidak sedikitpun sembunyikan maklumat aku tentang aku isteri orang sebab terang-terang dalam telegram profile aku ada beberapa gambar aku dan suami. Dia juga sudah maklum tentang itu. Dan dia kata aku satu2 nya orang yang balas chat dia sebab malam itu dia text pada dua orang.
Seminggu lepas chat di telegram, dia minta nombor telefon untuk ber whats app pula dan dia teringin nak video call (VC) aku. Dan kami mula video call hampir setiap hari dan keadaan ini membuatkan aku rasa tiba-tiba bahagia.
Nampak macam syaitannirrajim dah berjaya kan? Perbualan kami memang merangkumi semua topik dan selalunya akulah yang banyak cakap dan dia dengar sahaja.
Jika dia berminat topik itu, dia pulak yang bercakap macam cikgu ajar anak murid. Dia sangat pandai ambil hati, bayangkan setiap text aku dia respon walaupun hanya perkataan ‘oh iyeke’. Kalau kena gaya dia akan bagi pendapat dan pandangan dia.
Bila dia mula berkerja sebab beberapa industri sudah mulakan aktiviti masa itu, dia akan VC aku sepanjang dia pergi dan balik kerja hanya untuk berborak dan tengok aku.
Dia akan text aku apabila dia buka mata setiap pagi, sepanjang kerja kalau busy dia akan text bagitau ada kerja, dan malam bila nak tidur dia akan kol berborak sekejap sebelum ucapan manis selamat malam untuk aku.
Kalau text mesej ini antara aku dan dia rasanya dah boleh buat novel satu naskah dah banyaknya. Bayangkan semua ini berlaku dalam tempoh PKP yang selama 96 hari itu sehingga kini. Hidup aku rasa macam remaja 17 tahun yang baru nak bercinta dan diberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang.
Oh ya… dia sudah mula panggil aku sayang selepas dua bulan kenal dan dia minta izin untuk itu. Sweet kan… ke gatal? Dan aku rasa aku memang sudah mula sayang pada DC ini kerana karektor dia dan semua layanan yang dia berikan pada aku.
Entah kenapa aku merelakan semua ini sebab aku rasa sangat bahagia dilayan seperti itu. Aku seperti tamak tidak mahu melepaskan kebahagiaan yang aku dapat ini. Semua ini aku tak pernah dapat daripada suami walaupun masa bercinta, awal perkahwinan apatah lagi sekarang.
Kisah ‘kehidupan suami isteri’ aku juga dia tahu kerana aku pernah meluahkannya apabila dia bertanya selepas beberapa minggu kenal.
Dia siap cakap yang dia menjangkakan seperti itu sebab aku seolah-olah dahagakan perhatian lelaki. Dia kata jika aku dan dia ada jodoh, dia sanggup tunggu aku, cuma dia mahukan aku fikir betul2 sebab apa aku sayang dia.
Dia kata dia tak nak dipergunakan dan dia juga tak nak aku anggap dia ambil kesempatan di atas apa yang berlaku dalam rumahtangga aku. Sehingga kini aku belum pasti inikah yang aku nak.
Seminggu sebelum raya aku mohon kebenaran untuk merentas negeri kerana masa itu dibolehkan, jadi aku pulang ke rumah suami untuk menyambut perayaan.
Aku duduk di sana sehingga hari raya keeempat dan sepanjang tempoh itu DC ini bersabar kerana dia tak mahu aku kantoi dan dia kata dia tak nak susahkan aku kalau terkantoi. Biarlah dia beralah dalam dua minggu itu.
Aku tanya tak cemburu ke aku dengan suamu sepanjang tempoh raya tu, dia kata dia sangat cemburu sehingga nak aje kol tapi dia fikirkan aku akan dapat masalah kalau dia kol aku semasa aku bersama suami.
Tapi aku yang tak boleh tahan perasaan kerana aku yang curi2 mesej dan kol dia jika keadaan free. Dia akan kata yang dia sangat rindukan aku dan dia memang tertunggu aku mesej atau kol dia. Kami nampak macam seperti tak boleh dipisahkan pulak.
Memang langsung tak sama dengan suami aku yang biasa seminggu pun pernah lupa nak kol aku sampai aku rasa macam tak de suami. Tunggu aku mesej dia baru dia ingat dia ada bini di negeri lain n yang terkontang kanting sorang diri.
Selepas PKP ini, kami ada merancang untuk bertemu empat mata dan dia mengajak aku ke tempat dia sebab dia tak nak jumpa aku di tempat aku kerana mungkin ada mata yang memerhati. Ini yang membuat aku serba salah dan aku juga mahu berjumpa dengannya.
Sejujurnya aku memang mahu berjumpa dengannya tapi aku takut, jika aku berjumpa dia, aku akan semakin gilakan dia. Gilakah aku ni?
Daripada VC setiap hari ini, aku boleh katakan dia seorang yang charming, good looking, mamak look dan smart sangat orangnya. Kalau dia nak VC aku, dia akan pastikan dia dah mandi, dah siap smart, dia kata dia tak suka penampilan yang selekeh.
Ini memang kredit kat dia la sebab lebih smart dari suami aku. Dia sangat jarang tak reply text aku dan dia cakap kalau dia tak reply tu maksudnya dia dalam 3 keadaan sahaja, sama ada sedang tidur, sedang kerja atau tiada lagi di dunia ini. Sweet nak m4ti ayat n tau!
Sehinngga saat ini, aku rasa 50-50 dengan apa yang berlaku, seakan tak percaya aku telah berada sejauh ini, aku tak sangka tiba2 ada lelaki lain dalam kehidupan rumahtangga aku dan aku tak tahu apa aku harus buat sekarang. Perlukah aku mintak cerai?
Suami aku walaupun banyak kekurangan tapi dia masih kategori suami yang baik, dia tidak memaksa aku tinggal dengan dia sebab dia faham kerja aku, dia tidak pernah pukul atau marah yang teruk2, dia berikan banyak kelonggaran dalam aktiviti2 luar yang aku suka buat.
Dia beri juga nafkah zahir walaupun culas jugak kadang2 sebab dia kata aku banyak duit. Entahlah…. layanan emosi dan layanan batin je la yang dia kurang dan dia tak nak perbetulkan walaupun dah masuk 4 tahun macam ni.
Kekadang aku fikir, laki aku n fikir aku n malaikat ke tak de nafsu, mestilah ada tapi kenapa dia selalu abaikan.
Kami di rumah dia ada bilik sendiri2 dan privacy sendiri sebab kadang dia tak mahu aku ganggu tidur dia. Pelikkan tapi benar… itulah kehidupan suami isteri yang aku hadapi 7 tahun ini.
Aku tidak kisah dikecam sebab tajuk pun memang mintak kena kecam, cuma aku harap nanti dalam banyak2 komen, adalah sikit petunjuk untuk aku mulakan langkah ke depan atau patah balik dan apa justifikasi dalam komen anda semua.
Insya Allah aku akan warasi semua komen dan akan buat sebaik2nya supaya tiada siapa2 terluka dalam keadaan yang aku tak sengajakan ini. Terima kasih semua. Doakan aku ye.
Aku yang Buntu,
– Zunayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit