Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan coretan saya. Maaf jika penulisan saya ni kurang kemas susunannya.
Pengalaman putus cinta dengan cinta pertama membuatkan saya serik sangat untuk bercinta lagi. Susah nak ubati hati ni sampai tak nak terima sesiapa yang cuba untuk mendekati saya.
Sampailah naluri keibuan saya mebuak buak sebab suka sangat dengan bayi, teringin anak sendiri panggil kita mama. Tapi macam mana nak ada anak kalau tak ada suami???
Waktu tu saya bertekad nak lelaki yang mampu bernikah dengan saya saja la, tak nak proses bercinta memakan masa yang lama.
Alhamdulillah takdir menemukan saya dengan lelaki yang baik kenal dah lama cuma kenal dia sebagai kawan kepada kawan (mutual friends).
Dalam tempoh 8 bulan kami melangsungkan perkahwinan, saya buka hati saya seluas luasnya untuk terima dia sebagai suami saya yang tercinta.
Namun, apa yang saya impikan adalah benar2 mimpi sahaja, realiti menampar saya apabila saya tahu dia seorang gamer sejati,
Sebab apa saya cakap begitu sebab dia sanggup berjam jam main game, skip makan bersama isteri, sanggup spend duit kepada game, skip untuk bersama isteri…
Waktu tu dah nampak red flag apabila saya sakit dia tak peduli. Rasa bodoh sangat sebab tak ambil tindakan sebab masih berharap suami mungkin akan berubah….
Haha, sekarang dah anak 4 masih lagi cintakan game dan diri sendiri. Ada berubah cuma tu lah percentage kalau di kira dalam 20% dari sebelumnya.
Janganlah kata baik gila game dari gila perempuan. Sebenarnya kesannya sama iaitu pengabaian terhadap isteri dan anak2.
Main game jasad ja di rumah tu pun dalam bilik sampai bersawang bilik pun tak apa game on. Kasihan anak2 ayah tak layan tak bermain dengan anak2, nak bawa anak2 g taman permainan jauh sekali. Ada masa lapang ja game.
Maintenance rumah jangan cakaplah, isteri ni lah duk gagahkan diri ni tukar lampu, tukar pili air, servis air tapis, cuci kipas siling, buang sampah, kemas rumah, cuci kereta.
Perancangan kewangan, ada penasihat iaitu mak dia dan isteri hurrmmmm masuk telinga kanan keluar telinga kiri… Last2 anak2 saya kena bercatu makan dan belanja dari awal bulan sampai akhir bulan. Gaji dia over 3k. Tapi itulah hutang membelit pinggang kami.
Nafkah zahir saya terima saja kalau takde. Nafkah batin panggilan sweet2 tiada, bersama bila bil naik ke atas tu pun sekadar melepaskan batuk ditangga, cukup untuk keperluan dia sahaja. Kadang2 saya sakit sebab tiada permulaan permainan, macam tu kot rasa dir****.
Saya seorang pesakit mental, diagnosis sahkan oleh doc pakar pada tahun 2014 tu pun saya tebalkan muka pergi ke hospital untuk terima rawatan sebab anak2.
Saya tak boleh mengharapkan kepala keluarga untuk memimpin masa depan anak2 saya jadi saya yang kena berubah.
Mencabarnya harian saya dengan pandu hati, minda saya dengan membimbing anak2 lagi… Ada hari saya remuk, letih emosi tapi saya cuba lawan perasaan tu demi anak2 saya.
Kadang2 hati saya berdoa, ya allah jika takdir saya tidak bahagia sehingga akhir hayat saya, janganlah perkara yang sama terjadi kepada anak2 saya.
Jadikanlah mereka manusia yang berguna pada agama dan masyarakat. Bahagiakanlah mereka di dunia sehingga di akhirat. Temukanlah mereka dengan org2 yang membawa mereka ke jalan redha mu.
Kenapa sampai anak 4? Saya dah merancang makan ubat n cucuk depo tapi terjadi juga. Tak apalah alhamdulillah.
Saya juga mencari duit belanja sendiri dengan ambil upah menjahit kemasan sembat baju. Tulang belut, tahi lalat.
Saya dan suami juga kadang2 terima bantuan dari kedua belah keluarga mereka tahu situasi kami.
Harap coretan saya ini, dijadikan pengajaran buat semua. Saya doakan supaya semua yang membaca ni sentiasa dikabulkan doa oleh Allah swt. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
– Niesa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedihnya, kita selalu dengar bercinta selepas nikah ni lagi manis dan seronok. Tapi itu hanya akan berlaku sekiranya kita berjumpa dengan orang yang tepat. Semoga suami akak cepat berubah dan diberikan hidayah.
Reality. Nasib mmg akan turn over 180 degree lepas kawen. Yg belum kawen stop la berangan life after marriage mcm dlm drama tu. Bullshit je and tak logik.
Nasib baik dapat la pasangan yg menyenangkan hati. Nasib tak baik dapat stok pasangan bala campur menyusahkan. Tapi kita ni as Muslim ada senjata. Doa la sungguh2 nak dapat pasangan hidup yg menyenangkan. Tapi tu lah kalau dah doa usaha and dapat jgk yg tak berjenis org dok kata ni la ujian. So guna la akal fikiran tuhan bagi tu nak tepis/keluar. Jgn sembang mcm ni la takdir aku yada2. Hidup ni ada pilihan. Kita sendiri yg kena usaha atur takdir kita.
Bahana game, kdg2 rasa pelik, ada yg tua2 pun dok layan game, mata pun dah tk nampak…
Kdg2 hidup berumahtangga ni spt ‘berjudi’, klaw menang, ‘untung’ besarlah.., (itu pon blom tentu bhagia hingga ke akhirnta..), tp mist of the time, mcm slalu ‘kalah’ la.., pasangan yg kita pilih tu plak x nmpak “red flag”nya, mse sbelom kawen, tp bla dah dduk skali, terfikir mcm, “..klaw x kawen pon xpe..”, tp itulah yg dinamakan takdir atau qada’ & qadar.., w/pon kita dah berangan2 or plan baek punya.. bla dah jd camtu, cari jln jela camne nk teruskn.., nk pth blk pon dah jauh berjalan kan.., klaw nk putuskn d tgh2 jln, nmpak n dengar mcm ‘mudah’, hakikatnya kdg2 lg sukar dan berliku2, dgn msalah ‘berebut’ ank2 lg, klaw pihak sna mmg xnak ank2.., pihak yg lg satu lah yg nk tanggung.., klaw atah tu ‘culas’ t/jwb nya, ibu lah yg terpaksa mnanggung semuanya.., ank2 tau apa, mrk tau minta kperluan mrk lah, nk mkn, nk pkai, nk blajar dll., xkan nk sruh mrk ‘tanggung’ kluarga plak.., bgi isteri2 yg masih sabar.., bersabar la selagi trdaya.., bg ibu2 tunggal (atau bapa2 tunggal) juga, bertabahlah mnghadapi segala2nya.. apo nk dikato.. apa2 pon, kita sentiasa berdoa & tawakal kpd Allah, n yakin la bhawa.. Akhirat tetap menanti.. wallahu a’lam bissawab..
dalam pada dia main game tu, 4 jugak anak korang eh…tahan betul mental kau hadap semua ni…semoga diberikan kekuatan dan semoga kesihatan mental puan pulih seperti sediakala demi anak2.
cukup2 laaa 4 orang anak tu je puan
Tumpang simpati.
Kdg hidup ni realitinya tidak seindah yg kita bayangkn
Sama juga yg bercinta bgai nak rak tp hujung2 dah kwin br terserlah sisi real psgn.
Dulu ada kwn aku ckp dia rela dpt laki gila dadah drp gila wanita.Last2 dpt btl laki dadah dan cerai dah.
Sebab tu kata2 kena jaga tu 1 doa juga.
Aku tak nak suruh ko sabar sebab dh 4 anak ko jd enabler(perela pelaku suami ko)..cari jln keluarlah kdg hdp sendirian lbh membahagiakan.Lgpn suami ko tkde fungsi pon dlm segenap hal
Kena berani move on.Self love tu lg utama utk pesakit mental cm ko.Utamakan kesihatan mental sendiri.Jgn berkorban smpai diri terkorban.Berani ke dpn.Jgn hrp laki berubah kalau dia jnji pon tu hanya janji palsu utk terus gunakan ko.Semoga ada sinar utk ko