Assalamualaikum. Aku kakak, sudah berkeluarga. Alhamdulillah dikurniakan suami dan anak-anak yang baik. Tuhan itu baik, cuma mungkin aku yang kurang bersyukur.
Aku dahagakan kasih dari ibu ku sendiri, dari mula aku kenal emosi sampai sekarang ketika aku sendiri menjadi seorang ibu. Masih sama, aku harap ibu pandang aku, sayang aku.
Ibu aku bukanlah jahat, malah cukup sempurna kasih sayang buat adik2 ku kecuali aku.
Apa yang pernah aku ingat, aku dapat result spm yang cemerlang dan aku dapat offer sambung study kat uni, aku senaraikan beberapa barang keperluan asas yang aku perlukan, tapi ibu membebel kata membazir.
Muka ibu masam waktu temankan aku beli barang keperluanku. Segala urusan dokumen aku selesaikan sendiri. Sedangkan, waktu adik2 ku yang sambung pelajaran, ibu bekalkan semuanya, uruskan semuanya.
Waktu ibu positif covid, aku yang uruskan makan minum ibu walaupun aku tengah sarat mengandung.
Setiap pagi, tengahari dan malam aku hantarkan makanan ke rumah ibu waktu ibu kuarantin, tapi apa2 hal yang aku nak bagitau ibu, aku cuma whatsapp aku tak buat video call.
Sebab masa tu aku sedih, ibu degil tak nak kuarantin dekat pusat kuarantin, sedangkan aku takut apa2 jadi dekat ibu, aku pulak berisiko tinggi. Tapi ibu mengadu kat nenek aku takde call dia langsung. Salah lagi ke aku?
Masa birthday ibu pulak, sebelum ni aku memang kumpul duit awal2, aku belikan hadiah yang mahal buat ibu.
Tapi, ada tahun lepas kewangan aku kurang stabil, aku belikan hadiah biasa, riak ibu tak gembira, ibu request aku belikan barang lain. Aku angguk sahaja. Demi ibu
Setiap kali ibu adakan kenduri, aku orang pertama yang ibu cari minta belikan barang2, tolong ibu kemas rumah, tolong masak.
Aku penat, tapi aku diam dan aku buat, tapi ibu tak pernah ucap terima kasih. Tak pernah pandang aku, berbeza bila dengan adik2ku.
Bila adik2 aku tinggikan suara dengan ibu, ibu cuma senyum, ibu kata mereka bergurau. Tapi dengan aku, belum pun aku tinggikan suara, hanya riak muka yang berubah , ibu sudah terasa hati.
Maaf andai aku tak pandai bercerita, masih banyak kejadian yang buat aku jauh hati, tapi fikiran aku berkecamuk, aku menulis confession ni pun pukul 2 pagi.
Aku ke yang terlalu sensitif? Atau ibu memang tak pernah pandang dan hargai aku? Andai ibuku adalah ladang pahala buatku, bantu aku redha Ya Allah.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya pon pernah soal dengan diri sendiri, kenapa ibu tak uruskan saya seperti ibu uruskan adik adik yang lain. Ibu tak manjakan saya seperti mereka. walhal yang sentiasa ada dengan ibu tu saya. Dan suatu hari saya mendapat jawapan daripada persoalan saya. Ibu saya bagitahu sebab saya pandai uruskan diri sendiri, seorang yang independent. Ibu saya risaukan adik adik kerana mereka tak pandai berdikari dan jaga diri seperti saya. maka dari situ saya memandang sesuatu dengan positif. Tiada ibu yang tak sayangkan anaknya. Mungkin cara mereka berbeza pada setiap anak. Sentiasa fikir positif ye.
Hi Kakak,
usah jemu melayan ibu. percayalah kakak adalah anak yg paling dia sayang…
Hidung tak mancung,
Pipi jangan tersorong-sorong.
Peribahasa melayu sangat.la kena denga awak dik.
Anak perempuan sulung here. I left silently…balik kg, tp tidak lg terhegeh².
Tabahlah kakak..kakak anak yg solehah.Allah nk angkat darjat kakak tu.kakak redha ya dgn ibu .doakan dia byk2.hugs
Ibu tetap ibu.., buat je tanggungjawab sbg ank n jangan pertikai atau mngungkit.. klaw perlu bole la tnya ibu tu, tp jgn sakitkan hati dia, mngkin dia tidak sedar atau tiada niat yg x baik, semua ibu sayangkn ank2, w/pon dgn cara yg berbeza, sbb lain ank, lain prangai n kemampuan nya.. jaga la ‘kunci syurga’ awk, sebelom dia meninggalkn dunia.. wallahu a’lam
Dari cerita awak ni, saya rasa ibu awak paling sayang awak. Biasalah dengan orang yang kita paling sayang ni la, kita selalu buat perangai sbb kita selesa. Jangan risau k.
kak, kau dah ada suami..suami tu laaaa syurga kau sekarang. mak kau dah buat macam tu kat kau pun…haihhhhh tak gamak aku nak taip.
semoga hati mak kau dibolak balikkan supaya nampak apa semua pengorbanan kau untuk dia selama ni.
I pun anak sulung dan seorang kakak.Mak memang lebihkan adik2 lelaki bawah aku.
Adik2 yg lebih diberi perhatian.Nak beli brg ke..mcm fon motor etc mak lebihkan mereka.Bab duit pun.
Aku sakit pun mak tak berapa kisah tanya.Yg dia tahu aku ke hospital/klinik tahu2 aku dh balik rumah.
Mgkn dia anggap aku yg sulung tk perlu diberi perhatian sgt.
Kdg aku terasa juga..kalau adik2 aku sakit dia punya risau tu kdg smpai nangis weh.Sebab tu sesakit mana pun aku..aku akan berlagak kuat.Sampai aku dah jd independant..nama je perempuan tp kdg smgt aku mcm lelaki.
Mak mmg cmtu kalau kau yg sulung dia akan layan ko cmtu.Dan acah2 cpt terasa..mak ak pun kalu aku tegur sikit..melawak x kena sikit dia trs tarik muka..mcm x suka..tp lau adik2 aku dia tkpe.Mak aku akan back up adik2 aku kdg hanya perkara kecik..dia lbh jaga perasaan adik2 aku.Pndgn ttg apa2 pun dia akan tnya adik2 aku berbanding aku.Mmg rasa diketepikan tp disebabkan aku ni anak pmpuan so dia rasa aku x penting.Mmg ak byk terasa juga.
Ak dh 30an skrg ak jd malas dah nak melayan benda2 yg sakit2 hati ni..aku fikir selagi mak ada..layan je la elok2..pasang surut tu ada kdg berselisih fhm tp aku cpt2 tegur dia mcm tkde apa2 jd..malas nak melayan rasa.
Sabarlah ya..jgn layan perasaan
Dah berkahwin, ada suami ada anak sendiri dah pon. Move on je la. Umur2 macam ni patutnya awak dah become wiser. Do your best as a child just don’t expect any return. I know you only wanted acknowledgement, but if it’s not meant to be, than you will never get it. You should learn by now. God had given you something, appreciate it for what it is, but there are things that god are not willing to give you which is your mom acknowledgement. There is reason for everything, we might not see it yet but as a human can just hope and pray to the almighty for things to change. If it’s not, be at ease as god will provide you with what you needed and not what you want.