Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-dan-d3rita/).
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Banyak komen-komen membina setelah confession Suami dan Derita dipublish. Ada yang cakap cerita aku hanyalah rekaan. Cerita aku bukan rekaan. Benar belaka.
Kena s3ksa 6 jam takkan la tak m4ti. Selama 6 jam kena pukul tu, badan aku lebam-lebam. Mata dua-dua ada kesan lebam, bibir pecah, muka memang tak macam rupa manusia.
Badan memang sakit tapi aku tak tahu dimana datang kekuatan setiap kali aku dipukul, aku boleh teruskan hidup macam biasa.
Kalau orang tengok memang ngeri, kesan lebam tu memang teruk tapi aku tak rasa sakit. Sebab tu kawan kerja lama terkejut bila jadi macam nie, tak sangka aku boleh gelak2 lepas kena pukul. Datang kerja dengan mata lebam.
Pasal suami aku, aku tak pernah cerita kat sape2. Baik keluarga, kawan2. Aku hanya mendiamkan diri dan cakap perkara yang baik2 sahaja tentang suami.
Cuma sebabkan ramai customer suami cari suami setelah ditahan, aku ada buat posting pasal suami kat facebook. Akhirnya aku delete balik, sebab kawan2 suami aku cakap aku mengaibkan dia. Suami yang berhutang aku yang kena bayar. Sebab tu aku buat camtu.
Kenapa aku buat laporan polis setelah berkali2 dipukul, sebab aku ada terbaca ‘Allah tak suka manusia menzalimi diri sendiri’ dan itu macam wake up call aku. Aku juga terlalu kecewa apabila melihat ketagihan dadah suami yang semakin serius.
Pertama kali aku jumpa dadah syabu hanyalah jenis tiub straw. Semasa aku balik ke rumah selepas pantang, aku jumpa jenis paket. Sebelum buat laporan polis aku ada berhubung dengan aadk. Aadk memang akan buat serbuan tapi polis terlebih dahulu menahan suami.
Kali ni aku nak ceritakan sedikit sebanyak latar belakang suami. Suami aku tua 9 tahun dari aku. Dia terpisah dengan keluarga sejak umur 8 tahun. Jiran yang ambil dia, jaga dia.
Seawal 8 tahun dia dah berkerja kutip batu di kuari. Semasa berusia 14 tahun dah berkerja di kantin sebuah Institusi di Bangi. Duduk dihostel, kalau ada perayaan macam hari raya, dia akan ikut kawan balik kampung.
Banyak bertukar-tukar kerja semenjak dari 8 tahun. Hidup tiada arah tuju. Tak pernah contact keluarga kandung semenjak ditinggalkan.
Mengikut penceritaan suami, ayah kandungnya ditahan polis dan dihantar pulang ke negara asal, berkahwin lain. Tentang maknya pula, dia juga pulang ke negara asal bersama adik perempuannya. Kakaknya juga telah berkahwin dan menetap di negara mereka.
Tahun kedua perkahwinan berdasarkan maklumat yang diberikan suami dan maklumat didalam sijil kelahiran suami. Aku ada buat facebook khas untuk mencari keluarganya. Secara kebetulan, aku ter-add adik ipar suami dan akhirnya dapat menjejaki keluarga suami.
Suami pun tak percaya aku dapat menemui keluarganya. Mungkin keluarga suami ingat suami aku berkerjaya hidup kat Malaysia nie, keluarganya sentiasa message untuk meminta wang bulanan untuk maknya. Bila suami aku tak bagi, macam2 perkataan negatif keluar.
Suami aku sepanjang 5 tahun perkahwinan, Alhamdulillah dari segi nafkah anak2 dia menjalankan tanggungjawab dia sebaiknya. Dia sangat sayangkan anak2 dia.
Setelah SPM aku menyambung pelajaran peringkat diploma di sebuah institusi swasta. Aku berjaya menamatkan diploma dengan keputusan cemerlang.
Semasa aku duduk dihostel, suami yang menjaga anak. Segala keperluan anak suami sediakan yang sebaiknya. Aku jatuh cinta dengan suami sebab dia seorang bapa yang sangat bertanggungjawab. Aku datang dari broken family.
Tak pernah rasa kasih sayang bapa. Bapa aku suka maki hamun aku, anggap aku anak perempuan b****h walaupun pencapaian aku selalu dipuji cikgu, kawan2. Suka maki hamun aku di facebook dengan makcik aku.
Bapa aku suka panggil aku tungkai. Nama gelaran yang diberi kalau aku lambat buat air atau apa2 kesalahan kecil yang aku buat semasa hidup dengannya. Pernah aku dibandingkan dengan anak tiri bapa aku warga Indonesia sampai aku rasa hina dengan diri aku sendiri.
Setelah kelahiran anak kedua kami, aku selalu ingatkan suami. Ada anak perempuan sayang, jagalah elok2. Ayah cinta pertama anak perempuan. Aku nak suami jadi bapa yang terbaik untuk anak2.
Walaupun aku rasa perkahwinan aku toksik tapi aku tak mampu nak keluar sebab aku takde sokongan sape2.
Aku bertahan sebab anak2. Sebab suami layan anak2 aku terlalu baik. Namakan taman tema kat Malaysia nie semua suami aku dah bawa anak2. Tempat pelancongan.
Aku juga takut akan perkataan cerai tu. Sebab aku dah rasa perasaan tu. Aku takut anak perempuan aku tersilap langkah berkenalan dengan lelaki lps tu jadi lagi macam aku.
Selalunya kalau bergaduh dengan suami, suami aku tak pernah ucapkan perkataan maaf. Bergaduh malam, esok pagi suami akan buat macam takde apa2. Aku pulak jenis yang tak reti merajuk, nak demand hadiah ke apa memang takde.
Sepanjang kahwin pun aku memang tak pernah dapat apa2 hadiah pemberian suami. Duit mas kahwin buat beli susu anak time terdesak. Cincin kahwin ade satu je tu pun suami aku bagi kat girlfriend dia.
Kenapa aku melawat suami kat penjara, bukan sebab aku sayang dia lagi. Aku tak sayangkan dia dah. Aku pernah cakap kat suami, aku nie jenis dia salah ke aku salah, aku akan tetap minta maaf.
Aku takkan tinggalkan dia selagi mana aku tak keluar dari rumah tu. Tapi sekali aku dah melangkah keluar, aku takkan berpaling dah. Aku pergi penjara sebab nak tahu apa sebab suami aku berubah. Ambil dadah, main judi.
Dia ada kehidupan yang baik. Berkerja sendiri, income bulanan mencecah 5 angka, dia berkawan dengan orang2 yang hebat, circle kawan2 dia penjawat awam yang berpangkat tinggi.
Suami aku nie satu perangai dia memang suka berkawan. Budak ke, orang tua semua dia boleh buat kawan. Nak cakap dia takde hobi yang menyihatkan. Dia selalu keluar main futsal, bola sepak, hiking, memancing. Sebab perasaan sayang tu memang tak mungkin.
Semasa suami aku ditahan, aku ade berhubung dengan pakcik kandung suami. Pakcik kandung suami ada tanya kenapa suami ditahan dan aku bagitahu apa yang terjadi.
Pakcik suami bagithu yang bapa kandung suami juga berperangai seperti suami. Berjudi, pukul isteri. Pernah dipenjarakan kerana memukul isteri.
Suami aku buat kesilapan yang sama macam bapa dia lakukan. Tapi sampai ke hari nie aku tak faham apa yang trigger dia untuk berubah sampai jadi macam nie. Sebagai manusia aku hanya bersimpati pada suami. Kejadian yang sama berulang dan melibatkan anak2 aku.
Ramai yang komen, aku muda, insyaAllah akan berjumpa suami yang baik. Buat masa nie aku tak terfikir lagi nak kearah tu. Aku takde pengalaman yang baik dengan lelaki.
Bagi aku lelaki hanyalah nak memperalatkan perempuan dengan nafsu. Tak ada lelaki yang memandang wanita untuk melindungi perempuan, pandang perempuan dengan kehormatan.
Aku pun allergik dengan perkataan menyusahkan. Tak nak lah orang cakap aku menyusahkan. Cukup2 lah dah beberapa tahun nie.
Mungkin setakat nie sahaja penulisan aku. Aku akan sambung berdasarkan komen-komen pembaca nanti. Nak cerita kisah 10 tahun yang lepas terlalu panjang. Terima kasih reader semua.
– Penyembuh Kesayanganku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit