Jiran Plastik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jiran-plastik/).

Assalamualaikum semua. Masih ingat lagi saya Ketty (bukan nama sebenar). Saya sudah baca semua komen anda semua. Terima kasih atas nasihat yang positif.

Kadang-kadang saya tak pernah terlintas kebanyakkan komen-komen anda sangat membantu.

Antaranya, kereta total lost, bawa barang terlarang, bawa scandal, ada masalah dengan bisnes atau orang lain nanti kesannya kami yang kena dan lain-lain.

Saya sudah nasihatkan suami saya dan nyatakan segala kesan-kesan yang akan diterima jika berlembut sangat. Ternyata berkesan. Dia pun mulai sedar, apa yang saya pesan.

Sudah beberapa minggu jiran kami tidak meminjam kereta kami. Rupanya, dia tengah bergaya dengan kereta Audi orang lain.

Terkejut, saya tengok kereta Audi siapa yang parking sebelah kereta saya. Awalnya tengok cantik, dalam beberapa hari nampak ada kerosakkan bahagian depan kereta Audi. Seperti berlaku perlanggaran.

Saya fikir dia dah tak nak pinjam kereta kami. Jangkaan saya meleset.

Semalam, jiran saya menghubungi suami saya untuk meminjam lagi kereta A (MPV) kami untuk bercuti dengan family dia. Tetapi, dia nak buat pertukaran dengan kereta Audi yang dipinjam daripada rakan dia yang lain.

Alhamdullilah suami saya dapat bagi alasan yang terbaik. Dia tidak dapat meminjam kereta kami untuk bercuti di Pahang.

Sanggup dia nak bagi kami pakai kereta Audi yang rosak bahagian depan (berlaku pelanggaran). Dia nak bergaya dengan kereta kami pula ke Pahang. Tak masuk akal jiran seperti ini.

Tidak dinafikan, saya terbaca satu komen dimana komen tersebut mengatakan dia bawa perempuan. Ya, di FBnya, saya ternampak gambar selfie perempuan duduk di dalam kereta saya (Kereta B).

Saya tak pasti siapa perempuan itu, sudah pastinya bukan isterinya. Banyak lagi penipuan-penipuan yang dia buat di FB. Antaranya yang saya nampak

1. Dia bergambar dalam kereta mewah, ke sana ke sini.. hakikatnya itu kereta pinjam.

2. Dia tunjuk kawasan rumah di dalam dan di luar hakikatnya itu rumah contoh, homestay atau dll.

3. Dia tunjuk gambar perempuan yang cantik dan bergaya (tak tau dia ambil gambar siapa) dengan caption ‘Terima kasih Bisnes partner saya Datin B, Datin A… semua di sebut Datin.

4. Dia pergi ke sana ke sini dengan caption, ‘nak pergi melawat projek baru kami di Johor Bharu, kita cebur dalam bidang perlancongan pula… bla.. bla…’

5. Bergambar dengan perempuan mana, cakap terima kasih bisnes partner saya teman saya untuk melihat kuda-kuda di Pahang… bla.. bla…

6. Agung2kan perempuan lain di FB, berbanding isteri dia sendiri (malah gambar isteri dia tak pernah ditunjuk, pengorbanan isteri tak pernah dijaja).

7. Setiap penulisan dia di FB ada juga diselitkan tentang anak-anak sahaja. Tentang isteri tiada sama sekali. Dia menulis seolah-olah dia seperti bapa tunggal.

Contoh caption ‘ kakak (anak perempuan dia) jagalah adik-adik ya, abah pergi Pahang 4 hari ada urusan kerja’ kita dah tiada siapa-siapa lagi. (Selama ini isteri dia yang jaga anak2 dia).

Tolonglah semua, janganlah percaya pada sesetengah orang yang suka menunjuk-nunjuk di Media sosial. Saya dah serik tengok kelakuan manusia ini. Membuatkan saya jadi berfikiran negatif pada org seperti ini.

Saya tidak akan stalk FB jiran saya ini jika dia tidak ada kaitan dengan hidup saya, disebabkan dia suka meminjam kereta saya, membuatkan saya rasa nak tau latar belakang hidup dia.

Akhirnya apa yang saya nampak hanya penipuan semata di FB dia.

Kenapa mesti ada perempuan yang komen di FB dia. Adakah perempuan yang komen itu materialistik? Korang tak tau ke yang korang dah kena tipu?

Ramai yang komen di FB jiran saya itu pasal penipuan dia tapi orang yang komen itu kena BLOCK. Dia block secepat yang mungkin agar kelakuaan / penipuan dia tidak diketahui.

Dia diuji dengan sakit yang kecil seperti gout, kerap kemalangan (dimasukkan besi di kaki) di mana sekarang dia berjalan pakai tongkat dan terbaru darah beku di paru-paru.

Saya fikir dia akan insaf, jangkaan saya meleset lagi. Hari kemasukkannya di Hospital masih lagi update FB mengatakan dia di Johor Bharu, menguruskan bisnes2 dia di sana .

Saya cuma kesian pada isteri dia. Tapi saya tak nak rosakkan hubungan orang lain jika saya maklumkan. Tak pelah biarlah isteri dia tahu dengan sendiri. Isteri dia tiada FB.

Jiran saya menggunakan FB untuk bisnes dia sahaja, malah friendlist FB dia bukan dari keluarga terdekat dia. Anak-anak dia puan tiada dalam friendlist dia, jadi mereka tak tau apa yang ayah dia buat.

Hanya orang yang friend dengan dia sahaja boleh nampak apa yang di post. Kalau ada orang kecam apa yang dia post dia terus BLOCK.

Itu sahaja saya nak sampaikan tentang jiran plastik. First time saya jumpa orang seperti ini jadi saya hanya dapat luahkan disini sahaja.

Terima kasih semua sudi baca luahan hati saya. Terima kasih atas komen yang positif. Saya akan berpindah lagi beberapa bulan. Insyallah saya tak nak jumpa orang seperti ini lagi.

– Ketty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *