Duit, Kerjaya, dan Dugaan

Assalamualaikum semua. Saya namakan saya Dahlia. Umur 40 tahun. Saya penah confess di sini dulu pasal kisah saya hilang kerja sebab kontrak tidak disambung masa PKP dan tak bertemu jodoh.

Kali ni saya nak share kisah saya pasal duit, hutang, kerjaya dan rumah impian. Bagaimana saya struggle menyimpan duit, menyelesaikan hutang dan membina rumah impian dengan keadaan kerja tak menentu. 3 kali hilang pekerjaan.

Saya masuk univ tahun 2000 melalui pinjaman PTPTN. After grade, saya dapat kerja swasta, gaji tak besar tahun 2004 RM1200 tapi syukur ada kerja.

Saya kerja tak lama, saya resign masa tu disebabkan ditipu seseorang yang menjanjikan pekerjaan lebih baik untuk saya. Silap saya mudah percaya.

Saya menganggur setahun 3 bulan sebelum berjaya masuk gomen dengan status sambilan. Gaji masa tu tak sampai 2k sebulan. Dapatlah bayar sikit2 duit pinjaman PTPTN. Bagi kat mak RM200 sebulan.

Tahun 2007 saya beli kereta viva 850cc dengan deposit RM5k dan bayaran RM360 sebulan. Kawan2 lain pakai kereta lebih besar.

Dalam masa yang sama gigih simpan duit untuk tolong mak saya bina rumah kediaman kami yang sudah uzur.

Dengan kos yang rendah dan bantuan anak2, gadai barang kemas mak dan pertolongan dari Allah. Rumah kami 3 beranak siap. Masa tu adik beradik atas saya sume dah kawin. Tinggal saya, mak dan adik.

Kehidupan semakin baik bila saya berjaya mendapat status kontrak. Saya berazam membayar PTPTN. Tapi dengan status kontrak dan gaji agak kecik masa tu RM1400, saya agak struggle. Saya berjimat.

Tahun 2010 kalo tak silap saya gigih turun naik pejabat PTPTN membuat rayuan pengurangan kadar bayaran ujrah. Saya nak bayar tapi keadaan kewangan agak perit.

Ntah apa silap, kadar bayaran hanya berkurang RM10 saje beza. Ikut perjanjian saya perlu bayar RM197 sebulan tak silap. Tapi pengurangan kepada RM187. Sedangkan saya dah langsaikan RM5k.

Kawan saya pulak kena bayar RM150 sebulan. Tak bayar tiap2 bulan tapi ikut kemampuan time bonus, ot saya bayar banyak2.

Tahun 2012 saya turun naik PTPTN untuk buat rayuan semula. Kes saya macam tergantung. Letih tak settle nak kurangkan kadar bayaran selepas ujrah tak berjaya.

Masa tu saya dapat tahu boleh kuarkan duit KWSP untuk langsaikan PTPTN tapi bila pegi KWSP, syarat tak lulus sebab ia tertakluk kepada perjanjian pada 2001 ke atas, saya tahun 2000 tak layak.

Saya ada menyimpan duit, tak boleh nak guna semua untuk langsaikan PTPTN bimbang jika kontrak tamat tiba2, macam mana saya nak teruskan hidup.

Hasil jimat cermat beberapa tahun, saya berjaya kumpul RM13k pada tahun 2012 dan duit tu saya gunakan untuk membeli sebidang tanah kecik secara cash untuk simpanan hari tua.

Tahun 2014, saya buat personal loan membeli sebidang tanah lagi untuk bekalan masa hadapan memandangkan saya tiada pencen, kena beringat kumpul duit. Saya buat loan RM35k untuk tempoh 3 tahun dengan bayaran RM1050 sebulan dengan kadar interest 2.5%.

Sakit sebab gaji saya tinggal 700 atau 800 saje lepas buat potongan RM200 PTPTN, insuran RM100 dan elaun mak RM200. Masa ni gaji naik selepas kerajaan umum kenaikan 5% atau 12% tak ingat tapi banyak juga kenaikan sebab tu saya berani buat loan.

Sebelum buat loan, saya kuarkan 10k simpanan langsaikan kereta saya sebab tak nak banyak komitmen. Mungkin ada yang pelik macam mana saya berjaya kumpul 10k dalam tempoh 2 tahun lepas beli tanah RM13k, saya simpan hasil duit ot, ganjaran tamat kontrak dan bonus kerajaan bagi.

Tiap kali gaji naik setiap tahun, saya lebihkan duit simpanan dan juga menghulur duit kat adik beradik yang susah dalam 200 sebulan. Rajinkan diri bersedekah untuk berkati rezeki. Saya tahan nafsu berjoli, sedangkan pada masa tu tengok member ada yang bertukar kereta baru.

Awal 2017, Allah menguji saya, emak saya meninggal dunia. Gelap gelita hidup. Selama ni saya tidak kisah tidak bertemu jodoh kerana mahu menjaga dan menemani emak yang semakin uzur.

Perancangan hidup saya pun berubah. Saya buat keputusan menjual tanah yang saya beli untuk membina sebuah rumah kecil buat berteduh kerana rumah kami duduki sekarang sudah bertukar pemilik kepada adik saya yang sudah berkahwin.

Saya pula mendapat sebidang tanah daripada arwah mak dan inilah tapak rumah saya sekarang.

Tahun yang sama, selepas 7 tahun berikhtiar dan berdoa, Allah makbulkan doa saya. Akhirnya KWSP melonggarkan syarat dan memberi kebenaran mengeluarkan duit simpanan untuk penyelesaian PTPTN tanpa mengira tahun perjanjian dibuat.

Settle masalah saya, baki pinjaman tinggal RM13k selepas tolak potongan 20% penyelesaian penuh saya dibayar guna KWSP.

Masa ni gaji saya dalam 3k, saya berjimat dan berjaya simpan 1.5k sebulan. Saya pastikan, ada duit untuk sedekah, zakat dibayar untuk memberkati rezeki saya. Saya setia memakai kereta lama yang tidak meragam.

Tahun 2017, saya berjaya langsaikan hutang terakhir saya iaitu PTPTN dan start bina rumah hasil jual tanah RM50k, pinjam duit kakak 5k, duit KWSP rm10k dan simpanan. Selepas setahun, rumah saya siap tanpa hutang. Alhamdulillah.

Buat adik2 yang masih struggle mencari kerja dan mereka yang sudah bekerja, pandai2 lah merancang kewangan. Jangan diikut nafsu nak berjoli. Jangan biasakan diri berhutang apatah lagi untuk tujuan berpoya2 or bergaya. Amalkan cara hidup sederhana. Tengok kemampuan.

Saya gigih menyimpan duit, membeli barang kemas dan juga pergi bercuti hasil duit simpanan saje, tidak berhutang. Jangan lupa bersedekah, keutamaan kepada keluarga terdekat, jangan kedekut, jangan culas bayar zakat, jangan suka curi tulang waktu kerja untuk menjamin keberkatan rezeki.

Rajinkan diri bangun qiamullail, berzikir, solat dhuha, baca quran. Lazimkan diri dengan surah al mulk yang saya amal dari zaman remaja, waqiah, ar rahman dan yasin.

Hidup saya tidak mudah, akhir 2018, kontrak saya ditamatkan atas campur tangan politik. Rumah siap, hilang kerja. Cuma bernasib baik tiada hutang kerana saya sudah merancang mahu bebas hutang sebelum umur 40.

Pertengahan 2019 saya dapat kerja, gigih bina semula kehidupan. Saya berjimat kerana kontrak diberi hanya setahun. Saya berjaya bayar baki hutang kakak RM5k, simpan sedikit. Banyakkan bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Pertengahan 2020 Allah uji saya lagi. Kontrak tamat, tidak disambung meskipun merayu. Saya hanya punya 5k duit simpanan. Mujur ada buat pengeluaran KWSP RM500 sebulan.

Yang menyedihkan saya tidak mampu lagi bersedekah, memberi wang belanja kepada anak sedara, membantu ahli keluarga yang susah dan berzakat.

Pembaca sekalian, doakan saya mendapat kerja secepat mungkin.

Bagi adik2 yang masih mencari kerja, sabarlah. Saya bekerja hanya menggunakan STPM sampai umur 40an pun masih tidak berupaya bekerja menggunakan ijazah yang ada. Sebab sedar diri status kontrak tiada pencen, saya beringat untuk mengurus kewangan dengan betul.

Saya selalu nasihat kawan2 yang lebih muda, jangan buat loan untuk joli, kawin dan benda tak penting. Kita ni tiada jaminan senang selamanya. Beringatlah agar banyak menyimpan. Bayangkan hutang tengah banyak, diberhentikan kerja.

Bersyukurlah kepada mereka yang berjaya dapat kerja setaraf kelulusan, bekerjalah dengan ikhlas, di luar sana ramai masih menganggur. Kepada yang bertemu jodoh awal, jagalah kerukunan rumahtangga anda, di luar sana ramai yang masih belum bertemu jodoh.

Yang ada anak2 yang comel, berilah kasih sayang dan didikan terbaik dunia dan akhirat kerana ramai yang tidak memiliki zuriat. Yang masih punyai ibu bapa, berbaktilah sebelum mereka pergi sebab ada yang sangat merindui mereka yang telah pergi.

Terima kasih.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *