Adik dan Balasan Tuhan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-dan-balasan-tuhan/).

Asaalamualaikum pembaca iiumc semua. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan komen dalam confession Kak Kantan yang sebelum ini.

Ya lah benarlah tu Kak Kantan hanya orang luar kepada si adik tersebut. Tapi Kak Kantan dengan adik ada persamaan. Sama sama anak bongsu dari 5 adik beradik. Dengan jarak yang jauh daripada kakak nombor 4. Cuma cara didikan kami lah yang berbeza.

Arwah mak ayah Kak Kantan sangat tegas dengan semua anak anak. Tak ada pilih kasih kau anak berapa. Bab pelajaran bab agama. Sekolah pertama adalah sekolah di rumah.

Ada yang komen tentang bahasa pening baca ya. Maaflah Kak Kantan bukan penulis . Terima kasih atas teguran .

Baiklah kembali kepada cerita adik. Adakah adik beradik yang lain berlepas tangan. Daripada mula lagi adik buat perangai.

Cerita tak mau pergi ke tempat mengaji. Ustazah semua salah. Terlalu garang dan sebagainya. Mak akan turut mendengar cakap adik. Yang adik benar ustazahnya itu salah.

Maka seringlah bertukar tempat mengaji sampai tahap tak payah pergi mengaji. Kakak dan abang ada menegur. Mak jangan ikut adik sangat nanti dia besar kepala. Mak bertegas dengan caranya adik benar.

Tindakan mak menghentikan adik daripada mengaji itu benar. Mak boleh mengajar adik di rumah sahaja. Ternyatalah ke laut. Adik memang tak minat. Mak pun ikut.

Semasa di sekolah menengah tingkatan satu adik kerap buat hal di sekolah. Kerap juga kena panggil mak bapak datang sekolah jumpa cikgu. Tapi bab ni mak tolak kakak dan abang utk wakilkan.

Waktu ini pun abang kakak dah mula bersuara. Rasa rasa pembaca semua adakah mak mendengar buah pendapat anak anaknya yang lain? Adakah adik tetap di pihak yang benar.

Mak tak cakap banyak biasanya tapi tindakan mak membenarkan perbuatan adik. Kakak dan abang ni memang berbuih mulut menasihatkan adik. Adik pula kalau depan abang kakak memang tak melawan. Baik ja. Hanya mak yang tahu rupa sebenar adik waktu itu.

Sampailah tahap adik tertangkap dengan abang pertama berdating di malam hari. Saja Allah nak tunjuk sebab biasanya mak memang akan tolong cover cakap adik biat homework di rumah kawan lah apa lah. Dapat kat abang memang adik kena penampar berdas.

Walhal abangnya tak pernah jentik adik seumur hidupnya sebelum ini. Mak tak sempat nak campur. Abang bagi amaran jangan becinta. Abang tahu lagi siap adik dng boyfriend. Mak perang dingin dengan abang. Kakak cuba main peranan dng nasihatkan adik.

Kalau ada masa lapang memang selalu bawa adik keluar cuba utk spend masa dengan dia. Adik seperti biasa bila dengan abang kakak dia adalah adik yang baik. Polos.

Abang abang selepas mak istihar perang dingin tu menjadi kecil hati. Malas dah nak cakap banyak.

Kakak kakak jenis cakap banyak pun sampai tersenyap bila mak kata sudahlah jangan mengajar mak bagaimana nak urus adik. Sampai terbit anak anak jangan jadi anak derhaka dengan mak.

Cara mak didik abang dan kakak sangat berbeza. Mereka didik dengan ketegasan juga. Tapi bila datang adik. Sepertinya adik yang mengajar mak pula. Hilang ketegasan seorang mak.

Adik betul betul seperti anak emas. Abangnya dahulu lepas spm rambut sengaja di biar panjang mak gunting r4b4k ketika tidur.

Adik warnakan rambut mak boleh tengok sahaja. Itu bab rambut kalau bab solat dan mengaji pun boleh tahan garang mak. Dengan adik mak boleh biar lepas. Tak apa tak solat tak mahu mengaji.

Bila jadi kembung perut baru nak kalut. Mak salahkan abang kakak tak main peranan. Adoi. Sampai begitu mak membela adik. Bila pihak lelaki masuk meminang bapak terima saja. Malu bapak orang masjid mukanya diconteng arang. Buat senyap senyap nikahnya.

Korang rasa mak bagi ke nak bawak adik masuk sekolah pemulihan akhlak bawah kelolaan jkm? Korang rasa mak nak benarkan abang kakak bawa adik masuk ke baitus solehah.

Korang rasa kalau dah tahap ini abang dan kakak tu tak cuba ke menasihati mak walaupun kecil hati dengan sikap mak dan biarkan mak sedar yang perbuatannya membenarkan adik ni salah.

Sekarang adik bukan umur belasan tahun lagi. Sudah menjadi emak kepada seorang anak. Sudah dewasa. Dia tetap buat benda yang dia buat.

Adakah abang kakak tengok sahaja. Abang nak pukul adik? Pertama kali ketika usia adik umur 13 tahun abang pukul itu jugalah yang terakhir kalinya.

Kakak kakak setiap kali jumpa adik berbuihlah mulut menasihati. Umpama bercakap dng dindinglah. Mencurah air di daun keladi. Dia tetap dengan pendirian menjadi dia. Dosa pahala letak tepi.

Apakah salah abang kakak lagi ? Apakah mak dan bapak masih memikul sepanjang adik melakukan dosa dosanya.

Apakah abang dan kakak berlepas daripada dosa yang adik buat setelah pelbagai cara abang dan kakak masih memcuba untuk menyelamatkan adik. Tak habis. Kalau empunya badan tidak mahu berubah boleh kah orang lain mengubahnya.

Tak pernah berhenti berdoa yang pastinya. Hidayah milik Allah. Sampai saat ini pun abang kakak selalu ingatkan adik. Allah sayang adik. Jangan pernah rasa tenggelam dalam dosa. Allah selalu terima kita bagaimanapun dosa kita. Allah yang pegang hati adik.

Semoga cerita adik dapat memberi pengajaran. Sayang anak tangan tangankan. Bukan menatang bagai minyak yang penuh. Meskipun dia anak yang bongsu.

Maaf kalau ada yang tersinggung bila Kak Kantan sebut tentang tadika kristian. Masuk lah sekolah apa pun tak salah tapi kena sediakan anak asas yang kukuh dahulu.

Bukan biar lepas begitu sahaja. Sekolah anak yang pertama adalah mak bapaknya. Anak belajar daripada apa yang mereka lihat bukan apa yang kita suruh suruh.

Mak sudah tua. Mak ada egonya. Anak anak mak yang lain tak akan melawan mak. Itulah anak anak mak yang memang terdidik menghorm4ti mak. Allah nak uji kan. Dalam setandan buah pisang pastilah ada satu dua yang tak menjadi.

Adik ujian mak bapak. Ujian buat abang kakak. Hidup ini tak berlepas dengan ujian kan. Adik diuji dengan nafsunya. Semoga Allah berikan adik petunjuk.

– Kak Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *