Boleh dikatakan dalam friendlist saya di facebook rata-rata menjual supplement. Dari Happylife, beralih ke Shake-shake kemudian bertukar ke Forever and ever.
Sekarang ni musim Forever and ever la banyaknya. Saya tiada masalah pun dengan keadaan ini.
Malah kadang-kadang mendapat info berguna dan bermanfaat tentang penjagaan tubuh badan.
Baguslah berkongsi info selagi mana tak overclaim produk yang dijual boleh ubati penyakit tertentu. Ataupun supplement tu boleh hdupkan mayat dari kubur. Hahaha.
Tipu la kalau dalam senarai kawan saya di facebook tu takde yang approach saya kan. Sudah tentu ada. Tetapi saya menolak sebab saya tak mahu jual supplement. Saya takde basic pun pasal biologi yang membolehkan saya jadi jurujual supplement.
Memang diberikan latihan dan kelas, tapi untuk ilmu begitu, selagi tiada dari sumber yang authentic, saya tak berani.
Ditambah lagi momokan menjana income dan dapat bonus. Lagipun bukan jiwa saya nak berniaga benda yang saya tak tahu dan tak mahu ni. Lagi saya tak mahu.
Tapi untuk diri saya sendiri, jika saya berkenan membeli suppelement, saya akan direct kepada si penjual. Biasanya saya akan support keluarga atau kawan-kawan yang terdekat untuk urusan jual beli ini. Kata support member kan.
Contoh Syarikat A jual vitamin C, dan vitamin C dia antara yang terbaik, maka saya akan beli vitamin C dari syarikat A. Jika B complex keluaran Syarikat B lebih baik dari syarikat A, saya akan beli dari syarikat B. Tidaklah saya mencari hanya satu jenama sahaja.
Sebelum membeli pun saya akan buat kaji selidik terlebih dahulu. Saya cuba cari yang terbaik dan mesra poket saya pada waktu itu.
Jadi kalau awak jual dekat saya, dan saya bagitahu keluarga saya ada jual dan saya beli dekat keluarga saya, patut ke awak tarik muka masam dekat saya? Saya support produk awak, saya tak beli dekat awak je.
Pernah mempunyai ahli keluarga yang ada terminal illness seperti kanser, seringkali saya didekati penjual supplement. Macam-macam promosi atas nama ikhtiar.
Mula-mula bagi free. Lama-lama beli sendiri. Ingat yang sakit kanser apa semua ni duit kepuk-kepuk ke? Acah-acah nak bantu buang kanser. Padahal ada niat keji nak isi poket sendiri. Bila tak nak beli kena marah pulak. Hidup m4ti Tuhan dan tulis lah.
Pergi hospital jumpa doktor tu apa orang tak ikhtiar ke? Apa kitorang ni berserah kepada takdir? Sebab tu saya agak skeptic dengan penjual supplement ni.
Jadi sebelum korang jual, selidik latar belakang dahulu. Orang kaya ke, miskin ke, sekolah tinggi ke, tak sekolah ke.
Agak-agak kalau orang susah, kalau baik sangat korang nak dapat pahala, korang bagi la free. Kata nak tolong orang sangat kan. Kalau dia tak mampu jangan paksa.
Ada keluarga sakit ni, duit mengalir macam air. Kos rawatan, duit ulang alik, duit makan, duit pengurusan itu ini. Banyak tau.
Jangan memandai ambil kesempatan. Jual pulak supplement besar ibu jari, ingat senang ke orang sakit nak telan? Emosi tau saya. Kalau pun kaya, takkan tergamak awak nak ambil kesempatan?
Sudah lah menjual tu kacau bilau kempennya. Mula-mula kata jual sebab nak bantu orang yang perlu supplement, lepas tu dia up pulak sebab nak jana income sendiri. Mula lah nak rekrut ahli nak bina empayar duit. Hilang dah ikhlasnya nak bantu orang tu.
Sungguh saya tak pernah menyalahkan sistem MLM.
Tapi paksa orang join, push orang untuk join, itu yang jadi masalah. Buat saya menyampah dengan orang yang join sistem MLM.
Kalau passion awak berjual beli, awak lah yang kena tolak diri buat sale juta-juta. Beri galakkan tak sama dengan push orang untuk berjual. Paksa orang dan ajar orang menipu sebab nak kejar sale, nak maintain ranking.
Kadang sampai ke tahap manipulasi kesukaran orang lain. Menipu dan putar belit. Jahat sangat cara berjual. Nampak tak kenapa orang benci MLM macam ni?
Agak-agak orang dah bagi signal tak mahu tu, beredarlah, cari prospek lain. Tonjolkan kehebatan produk awak secara natural. Lambat laun orang akan datang juga dekat awak sebab produk yang awak jual tu bagus.
Disebabkan sikap manipulasi suka push awak ni la yang kadang orang berniat beli terus jadi turn off untuk beli.
Kalaupun saya join, takkan saya buat sale banyak pun. Sebab join untuk dapat harga ahli sahaja. Nak cari ahli, bukan saya punya keutamaan.
Sebagai pengguna, saya lebih suka kalau penjual tak terlalu mendesak saya untuk membeli. Kadang saya tolak bukan saya tak acknowledge kebaikan produk, tapi saya masih tak mampu untuk memiliki produk yang agak mahal.
Bayangkan kalau sebotol 2L harga mencecah RM200, tidak lah menjadi keperluan utama saya pada waktu itu. Saya tahu kualiti produk tu, cuma tak mesra poket saya sahaja.
Supplement tu kan pilihan. Tak makan supplement masih ada lagi alternative pemakanan sihat. Lainlah kalau doctor ada beri nasihat untuk ambil supplement. Jika tak diambil boleh mengancam nyawa. Penjual supplement, saya harap awak horm4ti pilihan orang lain.
Apabila PKP ni rata-rata menjana income dengan berjual secara online. Saya pun tak terkecuali. Dan saya pun tak tahu yang produk selain supplement pun dijual secara MLM. Contohnya buku dan permainan kanak-kanak.
Disebabkan passion saya pada pendidikan, jadi saya sendiri cari untuk jadi dropship dan ajen produk pendidikan. Sebab saya suka.
Kalau orang dah suka, dia akan datang sendiri dan cari sendiri. Terus sign up jadi ahli. Lebih authentic dan genuine.
Berjual pun berjual dengan hati. Orang tak beli dia tak kecewa, dia tetap promote sebab produk tu bagus gila. Orang beli dia bersyukur sebab dia sebarkan manfaat kepada orang.
Bukan orang tak beli awak up status perli. Orang tak join bisnes MLM supplement awak, awak sindir-sindir. Horm4ti pilihan orang lain, sepertimana awak nak orang lain horm4ti pilihan awak.
Penjual supplement, penjual apa benda pun, jangan paksa-paksa. Berniagalah dengan empati, amanah dan jujur. Kang orang cop penunggang kang sentap. Tak gitu?
Agak-agak kalau kena blok dengan kawan awak, awak tahu la mana silapnya? Takkan nak kena blok dengan ramai lagi kawan-kawan?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit