Love Yourself: Mental Health

Assalamualaikum para pembaca. Secara umumnya dalam confession ni aku nak kaitkan tentang mental health as teenagers,

Dan macam mana minatnya aku terhadap kumpulan kpop BTS seperti menyedarkan aku betapa soal kesihatan mental ni isu yang betul2 wujud serius dan tidak seharusnya diperlekehkan sepertimana yang banyak berlaku sekarang.

Ia agak panjang ya dan sebab banyak isu sampingan disentuh mungkin korang rasa ada point tak berkaitan so do read it with an open mind.

Warning ya kalau korang sejenis typical meleis alahan yang sangat teruk dengan korea sampai berisiko untuk tercedera, tak payahla baca, huhu.

Aku bukanlah expert mengenai kesihatan mental.

Yang membuatkan aku triggered dan rasa nak mengarang sikit adalah apabila tular mengenai lukisan dalam sebuah akhbar tempatan yang mempersendakan kadar bvnvh diri dalam kalangan pelajar yang semakin meningkat.

Secara kasarnya mesej yang ingin disampaikan oleh komik itu ialah pelajar2 sekarang mental cepat koyak baru setakat kena denda sikit dah nak bvnvh diri, lebih kurang macam tu la.

Memetik kata2 dari page Public Health Malaysia, keinginan atau perbuatan membvnvh diri ini sebenarnya ialah END PRODUCT daripada masalah mental yang lebih kompleks. Bukan sejam dua atau beberapa hari sahaja suicidal thought or attempt tu boleh muncul .

Masalah mental semestinya dikaitkan dengan stress atau lebih parah lagi deppression. Apa puncanya untuk pelajar baik sekolah rendah atau menengah? Banyak sangat.

Jangan kita fikir hidup sebagai kanak-kanak atau budak ni segalanya indah belaka. Zaman dulu, mungkin. Tapi zaman terlebih moden ni hmm. Antara faktor yang mungkin termasuklah

1) Pembelajaran itu sendiri. Kita sedia maklum kemajuan sistem pendidikan kita memang boleh dipuji la katakan.

Topik jadual berkala kimia form 1 dah kenal beb. Baru bab silibus belum bab soalannya lagi KBAT HOTS sampai cikgu yang mengajarnya pun nak gila.

Tambahan waktu PKP sebelum ni macam mana guru dan pelajar struggle untuk online learning nak2 mereka yang kurang mampu tak cukup gajet internet dll.

Sekarang ni pun walaupun dah buka semula tetapi boleh diagak pelajar2 berusaha untuk cover semula yang tertinggal sewaktu PKP.

Belum tentu 100% faham nak2 subjek kritikal. Ha banyak pulak ulasan mengenai faktor ni satu.

Sebelum wujud masalah wabak covid19 ni pun dah lama berlaku masalah berkaitan sistem pendidikan ni. Tak percaya, tanyala guru2 yang mengajar. And it does affect the mental health of the students.

2) Faktor rakan khususnya kes buli la baik daripada yang sebaya ataupun senior.

Aku yakin masalah buli masih lagi berlarutan sekarang cuma videonya sahaja viral bermusim. Yang pernah kena buli tau la macam mana sakitnya hati nak membalas tak boleh. Kadang tu bukan taknak defend.

Nak je hempuk kepala dengan kerusi ke apa ke tapi tau confirm2 kes jadi makin teruk. Kadang2 report cikgu pun tak jalan sebab nak jaga nama sekolah huhu. Kesan buli tu? Bawak sampai ke dewasa nak2 yang libatkan hina fizikal.

Contoh lain utk faktor ini ialah apabila kawan kita byk kelebihan dari kita mcm lagi kaya, lagi cantik dan ada rupa.

Tipula tak pernah jeles dengan kawan sendiri beza dia teruk atau tak je. Bila kita rasa kita kurang sangat rasa down jer nak berkurung taknak jumpa manusia langsung.

3) Faktor cikgu. Ya memang cikgu wajar dihorm4ti tapi kena ingat mereka manusia tak sempurna. Dan title ‘cikgu’ bukan lesen untuk mengizinkan mereka berbuat sesuka hati terhadap pelajar.

Contohnya memberi gelaran yang buruk, menengking depan khalayak ramai, memalukan dengan pelbagai cara. Nak denda pun kena bersesuaian dan adil. Lain la kalau yang kurang ajar dan mencabar cikgu tu aku pun sokong libas sampai lunyai lol.

Aku cakap macam ni sebab pengalaman aku selalunya budak2 baik bendul ni mesti kena je dengan cikgu2 yang tak semenggah ni sori cakap. Walaupun mulut kata dah maafkan tapi sakit kat hati susah nak hilang.

Aku pasti ramai punya tak setuju dengan point ni tapi aku tetap dengan stand aku. Ingatlah murid ni pun manusia ada hati dan perasaan. Kalau diorang tak buat hal apa salahnya layan elok2?

Ini baru bab sakitkan hati malukan belum lagi pasal cikgu ustaz yang r0g0l dan abuse macam2. Walaupun segelintir tapi ia tetap berlaku dan mangsa pastinya trauma seumur hidup.

Banyak lagi faktor lain macam keluarga ke tapi cukupla 3 tu dah macam STPM aku karang. Secara amnya aku boleh relate diri aku dengan faktor2 tadi. Aku sendiri pernah ada suicidal thought walaupun mild.

Aku nak cakap sikit dengan netizen kat luar sana tolong sangat2 fahamkan yang sakit mental ni is a disease/ disorder sama seperti sakit fizikal ! Perlunya ubat dan terapi yang betul. Tak cukup sekadar solat zikir istighfar.

Aku bukannya menolak ya semua tu bukannya tak perlu tapi ia perlu diamalkan seiring dengan rawatan lain ! Perlunya bertemu dengan pakar psikiatri atau psychologist andai terlalu teruk.

Support system dari keluarga kawan sangat memainkan peranan. Point is, mental health is not solely all about religious or spiritual thing!!

Tolongg la faham part ni sebab pedih sangat baca netizen dangkal yang komen judge pesakit mental ni lemah iman tak solat dsb.

Ada yang kata teenagers yang claim diaorang deppressed ni semua attention seekers etc. FYI, claiming so pun dianggap sakit mental ya atau not mentally fully healthy. Aku taknak ulas byk psl ni sbb takde ilmu sila refer psychologist yang bertauliah.

Last part from aku sebagai ARMY atau peminat BTS. Aku takdelah jumpa psychologist ke apa tapi aku pernah la alami fasa yang sangat2 sedih nak bvnvh diri,

Hilang minat nak buat apa yang aku suka rasa kosong je nak menangis pun air mata dah kering sebab selalu sangat menangis.

Nak makan takde selera walaupun makanan favourite. kalau bangun je tidur aku rasa benci dan nak tidur lagi puas2 sebab penat nak hadap realiti yang menyakitkan.

Ada la 2-3 kali rasa macamtu sebab kawan betray, gagal nak ke uni dan kos yang aku idamkan.

Please don’t judge ya sebab lain orang lain ketahanan and bagi aku, benda2 berkenaan sangat menghancurkan aku dari dalam. Kalau untuk korang benda tu kecik then tahniah la.

Aku jugak lonely. Sebelum ni dah pernah publish confession pasal loneliness dan kawan semua. Sendu la senang cakap.

Aku start kenal BTS pun baru lagi. Dan aku syukur aku get to know pasal diaorang. Aku belajar untuk sayang diri aku, hargai diri aku dan soldier on in spite of whatever that happens.

Aku jumpa cara untuk hiburkan diri walaupun all lonely no friends etc. Even with family members yang erm taktau nak describe cemana makin panjang pulak nanti.

It may sound cliche as it seems but it is true. Walaupun diorang non muslim, diorang bawak positive vibes and messages so why not? After all mental problems affect all not knowing of any religions or beliefs without boundaries.

Banyak cara nak survive mental problem. Aku ni nak kata tak teruk mana tak jugak tapi Tuhan tolong aku heal sendiri mcm dengan cara layan BTS dah boleh sedarkan aku pentingnya sayang diri sendiri etc.

Cara lain aku dh mention pun like refer psychologist psychiatrist, make sure ada support system etc.

About BTS tu bukan main point aku jugak ea. Cuma nak bagitau yang mesej diorng spread tu sangat meaningful for certain people so korang yang tak minat tu tak payahla bitter sangat dengan ARMYs yang tak kacau korang.

Point utama aku nak korang readers grab ialah don’t stigm4tize mental disorders patients even he or she is a student sekalipun macam komik akhbar tu.

Belajar untuk respect orang dan berfikiran terbuka. Tolong keluar dari kepompong yang sempit dan lihat dunia dengan lebih luas. Educate ourselves more and more. But still do remain humble.

Sekian sahajalah daripada aku. Sila betulkan kalau ada apa2 salah ya. Kalau sakit hati bahasa aku campur tu mohon ampun bebanyak.

Semoga confession ni bermanfaat untuk kalian walaupun sedikit dan jadi saham akhirat sikit untuk aku yang miskin amal dan pahala ni.

– Someone Imperfect (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *