No More Raya. My Door Are Close Forever

Perkenalkan diri, aku Gerimis. Female 38, married with 4 kids (15, 12, 9, 4 )

Bukan nak cerita hal rumah tangga tapi nak share kisah sedih raya aku tahun ni. Dan begitu jugakla setiap kali raya sebelumnya. Sedih bagi aku tapi mungkin tak berapa sedih bagi orang lain sebagai pembaca. Huhu entahla.

Dari raya pertama sampai la ke harini, alhamdulillah rumah aku tak berhenti didatangi tetamu dari kalangan saudara mara. Aku ada kawan tapi taklah ramai mungkin sebab aku sedikit introvert.

Aku tak tau nak meluah dekat siapa jadi aku fikir platform ni mungkin sesuai untuk aku melepas rasa. Dari zaman sekolah membawa ke Uni, memang aku tiada kawan sangat.

Adalah beberapa kerat je yang still contact sampai sekarang itu pun tak selalu, cukup sekadar kami saling berbalas wasap bertanya khabar sesekali jika berkelapangan. Dari kalangan saudara mara tu agak ramai jugak la yang datang beraya.

Sebelah mak-abah, dan saudara mara sebelah suami. Hubungan kekeluargaan aku dengan semua memang agak baik dan harmoni saja, tiada isu sangat sebab mungkin aku dan keluarga jenis tak suka berbalah dan kami jenis bersederhana, mengalah dan menurut saja dalam semua hal.

Sikap baik mak ayah aku yang jenis tak suka campur hal peribadi adik beradik diorang juga membuatkan keluarga aku dari kecik jarang atau hampir tak pernah tengok mak dan ayah berkrisis atau bertelagah sesama adik beradik mereka.

Pendek kata family aku ni sentiasa “peace maker” dan jenis takkan campur dengan sebarang konflik keluarga.

Oleh hal yang demikian lah, rumah kami sentiasa jadi rumah tumpuan setiap kali hari raya, tak kira raya haji atau raya puasa. Rumah mak abah aku, dan juga rumah aku sendiri tak pernah sunyi didatangi tetamu.

Alhamdulillah aku bersyukur. Sebab Rasulullah pernah bersabda “rumah yang sentiasa didatangi tetamu tu adalah rumah yang penuh dengan keberkatan dan murah rezeki”.

Aku percaya rumah yang selalu didatangi tetamu tu juga membawa keberkatan untuk tuan rumah. Ditambah dari kecik aku dan adik beradik sentiasa dididik dengan melayani tetamu dengan baik.

Pendek kata kalau tetamu tak kira jauh atau dekat datang bertandang, mereka takkan hampa. Sbb kami akan jamu mereka dengan makanan berat dan balik dengan perut kenyang.

Mak dan abah aku sentiasa ingatkan kami semua kalau ada orang datang, bawak la keluar semua makanan yang ada, jamu mereka dengan makanan yang baik², guna cawan dan pinggan yang paling elok, yang ada dalam almari bukan untuk menunjuk tapi sebagai tanda kita memuliakan mereka.

Asas didikan tu lah sampai sekarang memang aku praktikkan dan jadi janggal kalau layan orang lebih kurang bila mereka datang ziarah di rumah, walaupun hanya adik beradik ipar duai sendiri.

Aku pulak, bila orang call bagitau nak datang je, memang aku jarang menolak tanpa sebab. Aku akan masak dan pastikan melayan mereka dengan baik.

Kalau hari tu rezeki aku nak masak kari ayam dengan sayur, itu jugakla menu yang akan aku hidang pada tetamu. Amat jarang sekali tetamu datang aku hanya hidang biskut dengan teh.

Paling kurang pun mesti goreng bihun, mee, kue teow atau buat cucur pisang. Pendek kata kalau tetamu nak datang, dapur aku mesti berasap, walaupun hanya buat teh o, lempeng bawang panas dengan sambal ikan bilis.

Letih? Memang letih ya bila tetamu datang rumah kita.

Lepas masak, hidang, cuci, mengemas. Ya memang sangat letih tapi aku gembira dan ikhlas kerana pada aku itulah ladang pahala nanti di akhirat.

Sejujurnya, aku ikhlas dan gembira jamu tetamu makan. Aku gembira sambut mereka kerana sudi datang bertamu rumah aku.

Ada sekali tu tetamu on da way balik ke KL selepas beraya di kampung, lepas hadap jem berbelas jam, badan dah letih, on da spot call aku kata nak datang singgah beraya, aku yang memahami ni teruslah jemput datang rumah dan masak nasik + lauk untuk jamu mereka makan.

Sebab aku faham mereka dah kelaparan, balik nanti tentulah tak lalu dah nak memasak apa semua, nak singgah kedai pun mungkin tak larat atau mungkin dah habis bajet.

Jadi singgah rumah aku atas tiket “beraya” sambil melepas lelah adalah paling tepat. Ada yang call nak datang beraya pukul 9 malam.

Waktu tu aku dah lepak atas tilam, dah alang-alang seharian beraya, nak datang rumah aku untuk last dinner sebelum balik rumah jadi complete lah meal mereka untuk hari itu katanya seharian lepas round beraya semua rumah. Aku ok je.

. .

Dalam kekalutan tu aku bangun goreng nasik dengan sambal sardin, apa yang ada asalkan tetamu yang datang beraya nanti tak hampa dan ada sesuatu juga untuk dimakan. Dan bermacam-macam lagilah tetamu yang datang.

Dari raya pertama sampai dah nak penghujung raya, aku tetap setia di rumah, memasak, dan melayan orang tanpa aku sendiri berkesempatan keluar beraya. Anak-anak aku sampai bersungut kebosanan sebab tak keluar rumah.

Anak yang sulung sampai cakap “mama kita asik tunggu orang datang raya je. Kakak pun teringin nak merasa pergi beraya rumah orang pulak.

Asik makan makanan kat rumah je teringin nak rasa masakan orang lain pulak. Teringin nak rasa dilayani sebagai tetamu sebab dah asik kita je terima dan melayan tetamu dari siang sampai ke malam tanpa henti”.

Sebagai seorang ibu, aku faham perasaan anak-anak. Setiap kali ada tetamu datang rumah anak-anak aku juga terlibat membantu di dapur.

Sekurangnya kena cuci cawan atau lap pinggan. Jadi lepas berbelas hari terperap dirumah, aku ambil kesempatan untuk “bercuti” dari dapur dan berniat nak bawa anak-anak aku pula pergi beraya dan merasa nikmat hari raya.

Yang paling sedih, setiap kali call nak datang semua bagi alasan takde rumah, tak free, ada kerja, nak pergi berjalan, dan macam-macam lagilah. Aku pun ada otak, aku takkan call pada hari biasa, sudah tentulah call pada hujung minggu.

Yang aku tau suri rumah tak kerja pun bila aku call nak datang ziarah raya, macam-macam alasan dia bagi. Ada keluarga lain nak datang rumah lah, anak demam lah, dan paling aku sentap dengan ayat “rumah aku takde apa kalau kau nak datang raya, kuih muih pun dah habis”.

Allahu… Rasa nak menitik air mata.

Tak taulah kalau aku yang terlebih emo ambil pusing hal-hal kecik macam ni. Aku bukan datang terjah, tapi sudah call lebih awal bagi tau nak datang, nak pastikan mereka ada dirumah.

Cuma aku nak meluah, bila time mereka taknak keluar duit makan, malas nak masak untuk anak-anak hujung minggu, time nak makan free, nak bersenang lenang, mereka suka-suka call aku bgtau nak datang atas tiket nak ‘beraya’. Sebab mereka tau sikap aku yang takkan melecehkan tetamu.

Tapi tiba giliran aku, aku ditolak mentah-mentah macam orang yang takde maruah. Jujur aku sangat terasa hati.

Tatkala aku memberi seluruh keringat keikhlasan untuk mereka, aku dilayan seperti kucing kurap jalanan bila aku beritahu nak datang rumah mereka.

Ada yang tak segan silu sound aku dengan ayat “raya dah habis sambil bagi emoticon ketawa dekat wasap” bila aku bagi tau nak bawak anak-anak datang beraya.

Dengan harapan aku faham bahawa mereka tidak senang nak terima tetamu waktu itu dalam nada bergurau. Aku rasa sangat sedih sampaikan masa baca wasap tu air mata aku tak sengaja keluar.

Barulah aku faham yang selama ni orang datang rumah aku hanya untuk seronok dilayan dengan makanan sedap-sedap, tanpa mereka perlu bersusah payah sinsing lengan. Datang terus duduk dan hadap je makanan yang dah tersedia.

Dah kenyang boleh balik. Tanpa mengambil kira dan menyelami erti sebenar ziarah dan Aidilfitri.

Baru aku tau selama ni rumah aku hanya dijadikan alasan dan transit untuk mereka melepas lelah, berehat laki bini sambil membiarkan anak-anak mereka bebas bermain dalam rumah aku tanpa perlu risau.

Yelah, anak-anak aku kan ada, jadi mereka boleh makan dengan aman sambil anak-anak aku bermain dengan anak mereka.

Pendek kata rumah aku ni cukup cozy dan cukup sifat untuk tetamu datang berehat dan melapangkan fikiran.

Baru aku tau sikap baik dan ikhlas aku selama ni hanya dijadikan platform untuk mereka bersenang lenang dan berseronok pada hujung minggu tanpa perlu mengotorkan rumah mereka.

Mereka boleh datang makan rumah aku pada bila-bila masa. Ada yang siap “order” nak mintak aku masak itu ini sebab mereka tau aku takkan hampakan.

Tapi bila tiba giliran aku, aku dilayan acuh tak acuh seperti manusia yang tiada nilai. Sungguh aku sangat sedih dan terasa hati.

Bilamana aku tak pernah berkira belanja wang ringgit beli lauk pauk untuk hidangan tetamu, tapi bila tiba giliran aku, seolah-olah ia jadi satu beban untuk mereka. Sungguh la aku cakap, orang zaman sekarang memang jauh beza adab dan akhlak dengan orang zaman dulu.

Orang zaman sekarang bila tetamu dah nak sampai depan rumah, dia boleh “decline” begitu sahaja tanpa fikir hati dan perasaan orang. Dia boleh datang makan rumah orang sesuka hati, tapi bila time orang lain nak datang rumah dia, dia berkira dan malas ambil pusing.

Hal-hal silaturrahim dia tak peduli asalkan dia tak susah dan taknak penat. Asalkan kuku dia tak rosak dek kunyit, asalkan dapur dia tak perlu kotor dan berminyak, asalkan dia tak perlu bawa keluar duit, dia tak kisah dan tak peduli.

Jujur, aku datang bukanlah nak balasan dengan makanan. Aku sendiri boleh masak lebih sedap dari mereka, aku cuma nak bergembira, dan menyantuni.

Cukup sekadar hidang sirap kosong dan saki baki kuih raya, aku tetap gembira. Sbb aku tak pernah di ajar datang rumah orang berniat untuk makan sampai kenyang.

Erti ziarah adalah silaturrahim dan menyantuni budi, bukan untuk meminta-minta balasan walaupun aku dah biasa tetamu datang rumah aku siap request nak makan itu ini. Aku ikhlaskan dan aku halalkan.

Tapi kenapa bila aku nak datang rumah mereka, suka-suka aku ditolak dengan alasan yang aku tau ia dibuat-buat? Tahun 2024 ni mungkin raya terakhir buat aku.

Tiada lagi tetamu selepas ni sampai bila-bila. Dan sambutan raya akan datang mungkin aku akan keluar pergi bercuti dengan keluarga membawa anak-anak berhibur.

Tiada lagi masak-masak, tiada lagi pintu terbuka untuk tetamu dan orang luar. Dan aku juga takkan ziarah ke rumah sesiapa lagi melainkan rumah ibu bapa dan adik beradik kandung sendiri selepas ni.

Mungkin orang akan kata aku over dan emo tak kene tempat, tapi ketahuilah bila kita di “reject” tanpa memikir hati dan perasaan, perkara itu sangat mengguris jiwa dan aku tak boleh lupa sampai bila-bila.

Aku tak boleh lupa air muka anak-anak yang kesedihan bila aku call secara onn speaker handphone, anak-anak aku dgr mereka reject kami mentah-mentah dengan alasan kelakar tak munasabah semata-mata taknak kami datang rumah mereka.

-“Nak datang raya? Alaa… raya dah habis “

-“Kau nak datang ke harini?.. ala aku tak tau nak masak apa”

-“Wei kuih rumah aku dah habis, lagipun aku nak keluar ade hal”

-“Next time lah datang, nanti aku bagi tau bila tarikh aku free”

-“Ala seganlah.. rumah aku takde apa”

-“Sori baru tengok fon, tak perasan kau wasap cakap nak datang, aku takde prepare apa-apa”

-“Kau nak datang ke? Nanti aku call orang lain jugak kalau ade yang nak datang sekali, senang order makanan sekali je kalau sikit-sikit leceh la aku malas nak kemas rumah banyak kali”

-“Lah aku kerja ni… raya dah habis” Tunggu raya haji lah, nanti aku buat makan-makan jemput kau datang.

Serius rasa terhina gila. Dan aku takkan lupa ayat anak aku ” Mama kenapa orang boleh selalu datang rumah kita tapi bila kita nak datang rumah orang, macam-macam alasan diorang bagi”.

Tak mengapalah nak.. kita tak mampu nak paksa orang terima kita. Ikhlas kan, halalkan apa yang dah lepas. Semoga Allah balas dengan pahala.

After this, 

No more raya. My door are closed forever.

– Gerimis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Mereka cuma nak ambil kesempatan atas kebaikan puan sekeluarga. Saya doakan segala kebaikan puan sekeluarga diberi ganjaran yg terbaik disisi Allah, amiinn…

  2. Mak saya perangai lebih kurang mcm akak, jnis yg all out untuk tetamu2 dtg. Kdg2 saya sebagai anak dia pun rasa penat hahahahah. Saya harap one day mak saya sedar mcm akak.

    Sebab saya kadang2 saya kecian kat mak saya, rumah parents sy dijadikan tempat persinggahan hujung minggu ibarat mereka lepas tanggungjawab tak nak masak untuk family masing2 tapi lari ke rumah mak saya.

    • ishh sedih la baca 😭 Dulu family saya macamtu jugak . lepastu rasa macam.. asyik kita je terima tetamu, bila kita nak dtg beraya rumah dia, banyak betul alasan dan selalu takde.
      Lepastu pergi beraya je terus😂 Kalau orang dtg kebetulan memang ada kat rumah, kita raikan.. kalau tak sampai ke sudah memang tak beraya jugak haha

      Untuk confessor, sabar ye.. Harap raya tahun depan adalah raya yg lebih baik dan gembira untuk puan✨

  3. lepas ni awak pulak yang bagi alasan untuk mereka semua, settle, kalau nak “cuti” keluar dari rumah bawak anak-anak jalan, pergi je mall ke apa, hidup kita simple je, asyik kita je yg menahan rasa hati, ada masa perlu membalas balik

  4. Saya faham sangat perasaan puan. Dulu rumah saya masa hari raya macam ini la. Mak sayalah orang yang sentiasa meraikan tetamu. Kadang-kala saya merasakan mak saya terlajak baik, sampai orang ambil kesempatan pula tapi mak saya selalu menepis kata-kata saya bahawa tak baik berkira kerana tetamu ni membawa rezeki. Yang saya marahkan, bila ada tetamu yang tanpa segan-silu datang bertandang pukul 12 malam, 1 pagi walaupun ayah saya sedang berkursus. Alasan yang sama, tiba-tiba teringat kat mak saya padahal nak makan free! tengah-tengah malam saya disuruh bersiap ke dapur untuk memasak lauk-lauk nasi utk menjamu tetamu! Mereka bukan setakat makan, malah siap tapau bawak pulang! Alangkah tak malunya mereka! Ada sekali tu, tetamu datang dari jauh ke rumah kami tapi kebetulan mak ayah saya keluar. Walaupun diberitahu berkali-kali yang mak ayah saya mungkin balik waktu malam kerana ada urusan, mereka merungut mengatakan mereka datang jauh-jauh nak merasa makanan yang dimasak mak saya. Saya enggan mengizinkan mereka masuk kerana hanya saya dan adik-adik berada di rumah. Mereka membuat alasan ingin menggunakan tandas tapi selepas itu dengan lepas lakunya masuk ke bilik saya, memeriksa barang-barang rumah malah sibuk bertanya sama ada saya nak memasak makanan tengah hari ke kerana melihat ayam yang saya bersihkan di sinki! Sungguh saya tak suka perangai manusia sebegini! Mereka menunggu sehingga ke petang semata-mata mengharapkan ada habuan untuk mereka. Saya pun bukanlah kejam dan tidak melayan tetamu. Tetap juga saya sediakan sedikit kudap-kudapan dan air untuk mereka tetapi sikap mereka sungguh saya tak suka! Akhirnya setelah beberapa jam menunggu di rumah saya, barulah mereka pulang! Banyak lagi yang perlu kami hadap dek kerana sikap mak kami yang baik hati melayan tetamu. Yang saya rasa sedih sekali, selepas pemergian mak saya, takde seorang pun yang datang beraya. Takde seorang pun yang menjengah kami. Adakah selama ini mereka datang hanya disebabkan ada habuan makanan? Hubungan yang terbina selama ini hanya kerana mereka boleh kenyang, boleh berehat, sama seperti yang puan katakan?! Sejak itu, saya pun bersikap sama iaitu berhati-hati dalam memilih kawan-kawan. Hanya yang ikhlas, yang bersungguh-sungguh sahaja saya layan sebaiknya. Kawan ramai-ramai pun tak guna kalau seorang pun tiada di saat kita susah. Bersabarlah puan, harap selepas ini puan ditemukan dengan kawan yang ikhlas dan baik.

    • Weyyyyhh…kisah kau sebijik kisah keluarga aku weh. Tetamu x tau malu dtg nak dilayan cam raja, nk tgk dapur, nk round laman rumah suka² dia cam public park, dtg x kena waktu, pukul 11 mlm dtg nk beraya kepala bapaak dia larr.

  5. Kalau aku lah, aku jenis yang anggap rumah itu privasi. Kawan kawan sekolah menengah aku nak datang, aku cakap tak payab macm tu je. Bukan sombong atau apa, sebab keluarga aku bukan hamba diorang nak kena layan diorang apa semua. Tapi mak ayah aku tetap panggil mereka makan. Tapi layanan from aku memang macm robotlah sikit. Ada bagi hint supaya cepat cepat makan lepas tu balik mhmmmmmmmm HAHAHAHAHAH. Anyway aku dah lama takde pengunjung from kawan sekolah atau kawan sekerja ke rumah keluarga aku. Kalau nak jumpa, kita jumpa kedai mamak ke apa. Senang nak balik lewat ke apa takyah keluarga aku terlibat sekali.

  6. Yekettew, betoi ka tahun depan tutup pintu utk tetamu? Tgk gaya tt ni, cam mustahil. Org cam tt ni x kn sampai ati nak reject tetamu, sejenis yg x boleh say no. Time hati tgh sakit bleh lar plan mcm² konon nk close the door bagai, ati tgh terluka kn, tp tiba syawal lagi nnt hok gitu juga lar dia melayan tetamu cam tahun² sebelumnya, btoi dak?

    Pasai pa, pasai mak aku pun sejenis cam tt nie, tu aku paham benor perasaan anak² tt tu. Perasaan dok terperuk kt dapur basuh pinggan kemas rumah utk tetamu tiap tahun raya. Benci bila pikir blk semua tu.

    • Kan, tapi kalau betul tt nak buat jgk open house tahun depan..buatlah raya 1 je ke atau raya 2 je..tak perlu buat sampai berbelas hari, kesian dekat anak2..diaorang pun nak merasa beraya jugak macam orang lain..all the best untk tt, semoga dipermudahkan urusan

  7. Jgn la mcm tu, dah sehabis baik dah puan buat, tu semua hasutan syaitan buat puan down. luahkan kt Allah, ni allah nk uji saja. Jgn sia-siakan kebaikan yg puan buat selama ni. mai la nk dtg rumah sy beraya. Pintu sentiasa terbuka menerima tetamu. Org yg amik kesempatan, biarkan. Nnt Allah akan balas semua kebaikan puan.

  8. I feel you sis. Dulu aku pun begitu. Penat gila terima tetamu. Bila mereka balik rumah spt padang jarak padang terkukur. Terkial2 aku mengemas sensorang. Menangis sendirian. Aku dtg rumah ada sorang tuuu lagi best.. secawan air pun tak hidang. Sooo jangan marah utk tindakkanku yg selepas itu. Memang aku bertaubat..,

  9. Sy sgt2 faham. Rumah sy pun antara yg mcm tu. Malah bila anak2 mil dtg dia siap suruh pegi rumah sy. Masa puasa sy bpantang seorg pun tiada dtg melawat tp hari raya saya masih lagi dalam pantang mereka beritahu dalam group sama2 dtg atas tiket melawat baby sambil beraya.

    Jadi pada tahun ini. Sy buat 1 hari utk tetamu masa awal2 raya. Oleh kerana sy duduk bandar. Sy pastikan semua org sudah pulang ke bandar baru buat. Siang sy ajak group kawan2. Malam group keluarga. Sebab kita boleh jangka orang yang sama mmg akan tetap datang. Masa mereka salam nak balik saya cakap terus nanti nak datang raya rumah kau pula.

    So next week hari jumaat sy WhatsApp ahli keluarga dulu kemudian kawan utk datang beraya hari sabtu waktu pagi tengahari petang dan malam. Kalau mereka reply tak boleh. Terus saya tanya kalau ahad free x. Jadi hari jumaat tu saya dah siapkan schedule penuh beraya sabtu dan ahad.
    Jadi minggu itu kita jadi tetamu. Bila ada yg meseg nak dtg minggu tu. Saya jawab tak ada(hati kental sikit ni sbb sedih bila menolak).Kalau mereka insist nak beraya saya minta mereka datang minggu depan.

    Ada juga minggu yg saya jadi sandwich. Mula pergi beraya rumah orang , kemudian balik terima tetamu. Kemudian keluar semula pegi beraya rumah org dan balik terima tetamu. Tapi yg ni boleh bila pergi beraya dekat2 je.

  10. Petua utk tt, jangan angkat call bila time raya or weekend. Kalau angkat call karang lembut hati or tak tau nk bg alasan apa. Mcm saya, beraya rumah saudara mara terdekat sahaja, itupun dlm masa raya 1-3. Lepas tu done, kalau ada jemputan open house dtg sekadar memenuhi jemputan. Yg penting bertya khabar. Kalau ada yg bertya, tak buat open house ker…’jwp jer tak, nak dtg anytime but call before coming sbb kita kena meraikan tetamu, yg pasti datang sure balik kenyang. Cuma kena tau bila nak YES and NO utk kedatangan tetamu. Kalau mlm mmg tak lah…tu time for family utk rest. Jenis org beraya tak ingat waktu ni sejenis yg tak paham perasaan org jgk selalunya.

  11. Cuba sedaya mungkin untuk pergi bercuti raya nanti.
    Takyah tungggu Raya Puasa, Raya Haji nanti Puan pergi lah bercuti hiburkan anak anak Dan hati yang Terasa.

    Heal jap, gembira dengan family.
    Lepas tu tengok macam mana.
    Then update kita ok? 😀

  12. Begitu lah saya, tahun ni saya closed.
    Bg makan sate pun tetamu komen
    Sate mana ye ni..saya jwb laa sate kedai A.. bole lak dia jwbb Kalo sate B lagi sedap dari sate A.. eiii org skrg xde adab..
    Sorry i closed DOOR after tis. No more for you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *