Memang Lama Atau Dah Ditipu Sebenarnya?

Hi, nak minta pendapat dari anyone yang pernah terlibat dalam urusan sumber manusia melibatkan kemasukan warga asing.

Ceritanya begini, Mac 2022 saya pernah funded sejumlah duit kepada seorang kenalan yang uruskan kemasukan warga asing untuk bekerja ke Malaysia.

Hitam putih ada, tapi tidak terlalu detail & dalam agreement ada menyatakan,

”expected to operate for 3 months, approval in April 2022, employee entry May 2022. The overall profit will be available in June 2022″.

Walaubagaimanapun, setakat hari ini, profit yang dijanjikan masih belum dapat dengan alasan kerajaan Malaysia yang melambatkan proses & menteri sumber manusia yang asyik bertukar.

Untuk makluman, saya masih lagi berhubung dengan individu tersebut melalui WhatsApp & agreement saya masih belum distamping di LHDN.

Individu tersebut enggan untuk menjawab sebarang panggilan telefon dari saya dengan alasan sibuk, dll.

Baru2 ini saya ada minta lagi duit saya, tetapi beliau berkeras untuk ajak jumpa & join meeting seperti sebelumnya (sebelum ni saya berkeras untuk tidak berjumpa sebab takut diapa-apakan)

Tetapi bila saya dah bersetuju untuk jumpa, individu tersebut menyatakan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa pula, e.g. buat masa ni tidak ada meeting.

Saya pernah menyatakan hasrat untuk membatalkan perjanjian tersebut & mengambil balik semua duit saya, individu tersebut bersetuju tetapi selepas tu senyap.

Kadang bila bagitahu lagi, individu tersebut buat-buat tak nampak dengan apa yang saya katakan.

Nak minta pendapat lawyer atau siapa2 yang arif berkenaan dunia sumber manusia melibatkan warga asing, memang prosesnya terlalu lama begini atau adakah saya telah ditipu?

Jika saya nak proceed dengan tindakan mahkamah, apa yang perlu saya lakukan & anggaran berapa costing?

Jika ada lawyer yang arif akan hal ini, boleh saya dapatkan contact number?

Terima kasih..

– Cantik (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *