Tawar Hati Pada Suami

Di usia 12 tahun perkahwinan, akhirnya aku sedar perkahwinan adalah satu kesilapan yang besar. Aku tersilap memilih suami.

Perkenalan aku dan suami terlalu singkat. Dalam perkenalan setahun itu, suami aku sangatlah baik. Sangat menjaga pandangan mata, kalau kami berjalan berdua, dia akan duduk jauh dari aku.

Muka dia tulus, berkumis. Percakapan lemah lembut. Dia layan aku sangat baik. Sepanjang perkenalan tak pernah dia bercakap benda kotor. Bagaimana aku tidak jatuh hati ya Allah..

Suami aku ni pegawai kerajaan. Dan aku juga staff disana dengan jawatan kontrak sahaja.

Namun selepas kahwin, aku terpaksa berhenti kerja kerana kandungan aku yang fragile, selalu bleeding + alahan yang melampau. Suami aku izinkan aku berhenti kerja.

Nafkah makan, minum keperluan semua cukup tapi tidaklah mewah kerana gaji suami aku pun cukup-cukup.

Ditambah lagi dengan mertua aku yang suka masuk campur urusan ekonomi aku sekeluarga sejak aku berhenti kerja.

Oh ye suami aku pun “anak emak” ye. Sejak aku dah tak kerja ni, suami aku makin rajin bertanya pendapat mak dia kalau nak beli apa-apa.

Contoh ketika aku nak beli barang baby, mak dia bermati-matian halang aku beli pakaian baru untuk anak bakal lahir, dia suruh mintak dengan kakak ipar aku sahaja. MasyaAllah, baby sulung kot. Lagipun aku ada simpanan aku sendiri.

Suami aku memang setuju dengan pendapat mak dia, tapi aku bertegas tetap beli barang2 baru untuk anak aku.

Ni bukan soal membazir tapi excited menyambut kedatangan baby baru + barang-barang tu boleh simpan lagi kan untuk anak-anak lain yang bakal lahir kelak.

Sepanjang tempoh perkahwinan ni terlalu banyak yang melukakan aku tapi time healed it. Aku telan semua tu sebab aku malas nak beratkan kepala dengan benda-benda macam ni.

Hinggalah ketika aku mengandung anak no 2, berat badan aku naik mendadak. Muka break out teruk.

Aku sebelum ni alhamdulillah Allah bagi cantik, kulit licin putih, badan kecik molek. Bayangkan tiba2 badan naik mendadak, muka breakout + kusam. Aku sendiri tak sanggup tengok muka aku.

Masa aku di fasa down tu, suami aku mula buat hal. Dia tak ada skandal, tapi dia suka cuci mata tengok perempuan. Masa kami jalan sama2, bila ada perempuan cantik depan dia, dia akan tengok lama2.

Astaghfirullah, masa tu aku rasa terhina + malu sangat. Hati aku berkecai. Bila aku bergaduh hal ni, dia kata dia tak tengok pun. Dia ingat aku buta ke?

Sepanjang perkahwinan tu, ni kali pertama aku betul2 kecewa terluka. Sebab aku tengah dalam fasa hodoh, dia buat hal tengok perempuan lain.

Memang la orang kata alah tengok je pun, tapi bagi aku tu satu penghinaan dan aku teramat malu kat perempuan yang dia tengok tu sebab takut terbit di hati perempuan tu, “kesian bini dia, tu la siapa suruh jadi hodoh”.

Lepas je bersalin, masa dalam pantang memang aku tak makan nasi ye. Aku ratah ikan, makan sayur dan buah je. Dengan menyusu badan lagi,

Berat badan aku turun mendadak, lagi kurus dari zaman bujang. Kulit aku getting better sebab aku banyak makan sayur dan buah, minum air masak berliter sehari.

Masa tu keyakinan aku datang balik. But in the same time aku jadi trauma nak mengandung balik, sebab aku takut jadi hodoh balik. Aku trauma sebab aku tahu kalau aku hodoh, nanti suami aku pandang perempuan lain lagi.

Suami aku bukan layan aku baik pun. Kedekut dengan aku, kedekut dengan mak ayah aku. Sampai aku terdetik suami aku ni sayang aku ke tak sebenarnya. Aku tengok orang lain bahagia dengan pasangan, tapi aku rasa macam housemate.

Aku dah mula tawar hati kat suami aku. Aku mula teringat kata2 pujangga “kahwin dengan lelaki yang sayangkan kau lebih dari kau sayang dia”. That’s it.

Masa bujang dulu ramai je lelaki yang terkejar aku, tapi aku buat silap, aku buat pilihan salah kahwin dengan orang yang tak sayang aku, yang anak emak, yang tak anggap pun mak ayah dan keluarga aku macam keluarga dia.

Sekarang ni anak no 2 aku dah masuk darjah 1, tapi aku masih belum terbuka hati nak tambah anak sebab sikap suami aku tu.

Kemuncaknya, pada bulan 5 tahun lepas, ayah aku ada telefon aku suruh tolong mintak ambil ubat kat klinik. Tapi suami aku tak izinkan aku guna kereta dengan alasan abang aku ada, suruh je abang aku.

Aku masa tu bergaduh besar dengan suami aku sebab dia selfish. Ayah aku jenis susah nak mintak tolong ye, jadi bila ayah aku suruh aku, maknanya ada sebab lah tu.

Aku naik grab sorang2 pergi ambil ubat ayah aku. Memang suami aku berdosa besar, memang kau takkan kaya dengan mindset dan attitude macam ni.

Masa dalam fasa ni aku tawar hati gila kat suami aku. Tapi aku taknak anak2 nampak aku dan ayah diaorang tak ok. Masa hujung minggu, kita keluar macam biasa dengan anak2.

Sekali lagi suami aku buat hal, aku nampak perempuan depan aku ni macam tak selesa, bila aku cek yes, suami aku duk pandang dia dari tadi.

Memang dalam kereta aku bergaduh kaw2. Ya Allah masa tu memang aku rasa nak berpisah je. Aku rasa kalau aku kerja, memang aku dah lama tinggal suami macam ni. Aku taknak kahwin dah. Aku tahu semua lelaki sama.

Kau cantik lah macamana pun, dia takkan nampak sebab dia dah bosan tengok muka engkau. Dia suka tengok benda baru.

Weh aku pun ada rupa, aku tak pernah terdetik nak pandang lelaki lain. Kat selangor ni berlambak weh lelaki hensem, yang tua yang muda, yang oppa yang kacukan siam, tapi aku takde masa nak tengok lama2. Suami aku pehal wehhh.

Memang start dari tu kitaorang tidur asing. Aku start cari kerja. Aku pun start follow, approve kat fb lelaki2 yang add friend aku. Aku makin galak post gambar2 aku yang g cantik2 kat fb.

Bila lelaki komen memang aku reply kaw2. Kau suka sangat kan tengok perempuan lain. Yes aku pun suka lelaki lain tengok aku.

Selama ni aku malas nak all out sebab susah nak bersih mekap bila nak solat. Tapi sekarang memang aku all out, aku mekap cantik2. Aku pun nak rasa perasaan dilihat lelaki lain.

Isteri cerminan suami. Aku bukan main baik nak jadi muslimah sebelum ni, tapi kau memilih suka tengok perempuan tabarruj. Yes aku pun dah tabarruj sekarang.

Bila jadi macam ni, memang nampak jalangnya aku, salah atas bahu aku. Tapi bilamana kau pandang perempuan lain, ada kau kau fikir perasaan aku?

Dah la weh hati aku sakit hati. Bila aku mintak duit nak beli mekap skincare, kau kedekut. Tapi mata tu gatal nak tengok betina cantik.

– il (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. jadi bila laki ko suka tngok perempuan ko pon nk stoop low mcm laki kau? galak layan laki ajnabi kt fb mcm diri tu bujang? bila rasa nk revenge tu perlu dan ketepikan batas2 sbg seorang isteri dan sbg seorang muslimah? ko bukan takat cerminan husband ko tp mak bapak jugak jadi fikir2 la. kalau dh tawar hati cerai je lah kalau dh rasa semua benda laki ko buat tu menyakitkan hati ko. ni org baca dari side ko org tk tahu dari side laki ko.

  2. Tt ni cantik tapi bodoh sikit. Perempuan zaman skrg ni kawen ke tak, kena ada duit sendiri. Tt buat la servis lipat baju ke, jaga anak orang ke, jual kek ke apa2 takpun minta kat laki tu lebih dari yg perlu. Lebihan jgn bagi balik, simpan senyap2. Kalau buat bisnes, hasil keuntungan simpan, jgn bagi laki taguna tu pulak. Bila kewangan dah makin baik, boleh la decide nak stay ke nak chow. Kau cantik kan, teruskan bercantik2. Manatau laki kau baru rasa tercabar bila sedar wife dia cantik & ramai yg minat. Cuma jgn private message dgn lelaki ajnabi tu jela ea, nanti kes lain pulak ni.

    Laki taguna kau tu kalau dia masih gatal miang lagi, aku doakan mata dia buta. Pastu kau tlg claim pencen socso utk dia n guna duit tu je utk family. Kalau mak mentua kau nak kawal sgt anak dia, kau minta mentua bayarkan bil2 dan rumah n kereta sekali. Tu kalau laki taguna kau buta la..

    Tapi kalau laki kau tetiba berubah jadi baik, semoga korang sihat2 & berbahagia selalu. Sis, baca doa ni setiap kali lepas solat: wal al qoytu ‘alaika mahabbatam minni wali tusdna ‘a ‘ala’aini. May Allah ease your suffering

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *